sumber foto : http://figuramalaya.com/ Berikutan enggan hartanya diwarisi oleh cucu, seorang wanita berusia 85 tahun di Austria sanggup menyiat dan memotong wang sebanyak AS$ 1.1 Juta yang bersamaan RM4.7 juta miliknya menjadi perca dan cebisan.
Bukan sahaja itu, nenek yang cukup hilang akal ni dikatakan turut menyiat buku akaun simpanannya sebelum meninggal dunia di pusat penjagaan orang tua. Bagaimanapun, anggota keluarganya bernasib baik kerana bank pusat Austria berikrar untuk menggantikan AS$ 1.1 Juta yang dimusnahkannya. Kesemua cebisan wang kertas yang dirosakkan telah ditemui selepas dia mati, kata pendakwa raya Erich Habitzl yang mengesahkan penemuan itu, tetapi dia tidak boleh berbuat apa-apa bagi pihak keluarga wanita itu.
“Wang yang dimusnahkan itu milik wanita berkenaan. Ia bukan perbuatan jenayah. Kerana itu kami tidak boleh memulakan siasatan.” Bercakap kepada akhbar tempatan Kurier Daily, Friedrich Hammerschmidt berkata, jika waris wanita itu boleh menunjukkan wang kertas yang sudah disiat-siatkan itu dan sekiranya sumber wang itu terjamin, sudah pasti mereka akan menggantikannya. - CARI Infonet Sumber info : www.hmetro.com.my
|
10
Bagus |
2
Marah |
6
Terkejut |
2
Sedih |
7
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
tentera_laut replied at 13-11-2015 10:48 AM
sellayaknya la.. kau pi hantar kat rumah orang tua..
so orang tua tu mmg tak kasik la harta dia.. ...
ADVERTISEMENT