CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Serangan di Paris : Putin & Hollande Setuju Kerjasama Tentera di Syria

14-11-2015 11:38 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 88664| Komen: 1267|Original author: famri7


Oleh : Dean BZ



*Dikemaskini : 18.11.2015. 10:10am


Putin, Hollande setuju kerja sama tentera, risikan di Syria

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin dan Presiden Perancis, Francois Hollande bersetuju meningkatkan kerjasama ketenteraan dan risikan di Syria selepas serangan di Paris dan pengeboman pesawat Russia di Mesir, menurut Kremlin, hari ini. 


"Sudah dipersetujui hubungan dan penyelarasan antara tentera dan agensi keselamatan kedua-dua negara dalam tindakan terhadap kumpulan pengganas oleh Russia dan Perancis di Syria," kata Kremlin dalam satu kenyataan merujuk perbualan telefon antara Putin dan Hollande. 

Sementara itu, Hollande dijadual bertemu Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di Washington pada 24 November, disusuli Putin di Moscow dua hari kemudian. Pertemuan itu bagi membincangkan usaha memerangi kumpulan militan Negara Islam (IS) selepas serangan di Paris. Hollande, ketika berucap Paris, berkata beliau mahu bertemu pemimpin berkenaan bagi mengukuhkan penyelarasan antarabangsa terhadap IS yang mengaku bertanggungjawab melakukan pembunuhan di ibu negara Perancis itu. - AFP



*Dikemaskini : 16.11.2015. 4:45pm


Obama Ikrar Bantu Buru Penyerang Paris  

ANTALYA, Turki: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berikrar membantu Perancis untuk memburu penyerang Paris dan menggandakan usaha menghapuskan rangkaian militan Negara Islam (IS). Obama berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan. Kedua-dua pemimpin bersetuju menunjukkan perpaduan dengan Perancis dalam mengesan pelaku serangan Paris dan meningkatkan kempen untuk menghapuskan kumpulan IS. - AFP


*Dikemaskini : 16.11.2015. 11:30am

Serangan Di Paris : Perancis Mahu Lanjut Darurat Selama Tiga Bulan


PARIS: Presiden Perancis, Francois Hollande mahu tempoh darurat yang diisytiharkan selepas serangan di Paris diteruskan selama tiga bulan.

Tindakan itu bakal menyaksikan persidangan iklim pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berlangsung dalam keadaan darurat dengan kawalan keselamatan lebih ketat.

Menurut laporan agensi berita AFP yang memetik sumber, Presiden Perancis itu memaklumkan bahawa beliau mahu pengisytiharan darurat diteruskan.

Bagaimanapun, sebarang lanjutan pengisytiharan darurat lebih 12 hari memerlukan kelulusan Parlimen.

Persidangan iklim PBB yang akan berlangsung selama 12 hari, bakal menyaksikan kehadiran berpuluh-puluh ketua negara pada 30 November nanti.



Sumber : www.astroawani.com


*Dikemaskini : 16.11.2015. 11:00am



Perancis bertindak balas, serang IS di Syria


PARIS: Perancis bertindak balas terhadap kumpulan militan Negara Islam (IS) dengan menghantar pesawat pejuangnya mengebom kubu kuat kumpulan itu di Syria, selepas serangan terancang kumpulan itu mengorbankan 129 nyawa di Paris pada Jumaat malam. Perancis yang akan bertafakur selama seminit pada Isnin bagi memperingati mangsa serangan itu, menghantar pesawat pejuangnya yang menggugurkan lebih 20 bom di kubu kuat IS di Raqa, Syria sekali gus mengisyaratkan tekad kerajaan Perancis menentang kumpulan itu. Serangan Perancis itu memusnahkan pusat kawalan IS, pusat pengambilan ahli baru, depot senjata dan kem latihan 'pengganas', kata Kementerian Pertahanan dalam kenyataannya. Dalam pada itu, ketika siasatan terhadap serangan IS di Paris melangkau ke seluruh Eropah, polis Perancis mengeluarkan foto suspek 'berbahaya' yang dikehendaki berhubung serangan itu.


sumber : www.bharian.com.my




*Dikemaskini : 14.11.2015. 5:00pm



Semua penyerang sudah mati - Polis


PARIS: Polis Perancis percaya semua penyerang yang melakukan serangan dan letupan di kota raya ini sudah mati. Ketua Polis Paris, Micheal Cadot mengesahkan perkembangan itu di sini, sebentar tadi. Polis sedang melakukan pencarian kemungkinan ada lagi saki baki penyerang ini yang menyebabkan kematian lebih 120 orang


Sumber : bharian.com.my


*Dikemaskini : 14.11.2015. 4:45pm


'Suasana cemas, orang ramai lari keluar dari tren'


"Ketika kejadian saya berada dalam tren untuk pulang ke rumah. Tren yang saya naiki itu tiba-tiba berhenti dan kedengaran pengumuman yang menyatakan telah berlaku sesuatu di stesen seterusnya," kata seorang rakyat Malaysia di Paris. 

Menceritakan pengalamannya mengenai kejadian serangan di Paris semalam, Mohd Farid Razali, 28, berkata suasana di dalam kereta api kemudiannya menjadi cemas dengan orang ramai mula berlari untuk keluar dari situ. Katanya, beliau berada kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian iaitu Gare Stade de France-Saint Denis atau stesen kereta api berhampiran Stadium Stade de France pada kira-kira pukul 5 pagi waktu tempatan. 

"Saya boleh lihat ada yang menangis, ada yang menelefon keluarga dan sebagainya malah saya sendiri turut berlari keluar dari kereta api kerana takut jika terdapat serangan," katanya kepada Bernama. Mohd Farid berkata, beliau kemudiannya mengambil keputusan untuk pulang ke rumahnya di Aulnay-sous-Bois dengan menaiki bas dan melihat polis sudah mengadakan kawalan di merata tempat. 

Mohd Farid berkata beliau kini selamat berlindung di dalam rumahnya dan berdasarkan status Facebooknya didapati kebanyakan kenalannya rakyat Malaysia juga selamat. 

"Saya sudah maklumkan kepada keluarga saya di Malaysia dan pihak kedutaan tentang keadaan saya dan kami rakyat Malaysia sentiasa kemas kini perkembangan terkini dengan mereka," katanya. Beliau yang bekerja sebagai jurutera projek di Paris berkata pihak kedutaan juga telah memberikan nombor telefon kecemasan yang boleh dihubungi rakyat Malaysia melalui Facebook. Mohd Farid berkata, setakat ini mereka hanya menerima arahan untuk berada di dalam kediaman masing-masing dan perlu memberi bantuan kepada mereka yang terkandas di dalam tren atau bas. -- BERNAMA


*Dikemaskini : 14.11.2015. 4:30pm

Pelajar tajaan MARA di Paris selamat


Semua pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Paris selamat daripada terbabit sebarang insiden serangan bersenjata di Paris. Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, Abdul Halim Abas mengesahkannya di sini, hari ini tanpa memaklumkan jumlah keseluruhan pelajar Malaysia yang menuntut di sana. Katanya, berdasarkan maklumat yang diterimanya, tiada insiden yang membabitkan pelajar Malaysia ketika serangan itu. "Pelajar Malaysia berada jauh dari lokasi kejadian. MARA akan menyalurkan maklumat terkini mengenai keadaan pelajar di sana," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.



*Dikemaskini : 14.11.2015. 1:30pm



8 Pengganas Ditembak Mati

- Hampir 112 orang telah dibunuh dalam Dewan Konsert Bataclan di mana pengganas dikatakan menahan tebusan.

- Seramai 140 orang terbunuh dalam serangan bersiri oleh pengganas di Paris malam tadi.

- Pengganas melaungkan "Allah Akbar" dan "Ini adalah untuk Syria. kata saksi.

- Polis menyerbu pusat teater pada tengah malam tadi dan lapan pelampau yang berada di dalam teater tersebut ditembak mati.

- Pelampau memakai tali pinggang mengandungi bahan letupan.

- Presiden Perancis, Francios Hollande mengistiharkan darurat di seluruh negara dan menutup kawasan sempadan negara.







*Dikemaskini : 14.11.2015. 11:38am

Paris Diserang Pengganas, 153 Maut


PARIS: Kumpulan bersenjata dan pengebom tidak dikenali menyerang restoran, bar dan dewan konsert dibeberapa lokasi di bandar Paris pada Jumaat, sekurang-kurangnya 153 orang maut dalam beberapa siri tembakan serentak di bandaraya itu.

Letupan di luar Stadium Nasional di mana satu perlawanan bola sepak sedang berlangsung.

Presiden Perancis, Francois Hollande mengisytiharkan darurat di kawasan Paris dan menutup pintu sempadan bagi mengelakkan penyerang lolos. Beliau juga membatalkan lawatannya ke Turki untuk menyertai Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20). 


Polis berkata kebanyakannya menjadi korban di Dewan Konsert Bataclan di tengah Paris, kira-kira 200 meter dari bangunan bekas ibu pejabat Charlie Hebdo di mana serangan anggota kumpulan jihad berlaku pada Januari lalu.

Polis turut memberitahu terdapat tebusan ditahan di lokasi itu yang terkenal sebagai pusat hiburan pada waktu malam.

Beberapa pihak menyifatkan ia adalah serangan terancang terhadap Perancis, antara negara sekutu dengan Amerika Syarikat yang melancarkan serangan terhadap militan Negara Islam di Iraq dan Syria.


Presiden AS, Barack Obama dan Canselor Jerman, Angela Merkel menyertai kalangan pemimpin dunia lain termasuk Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, mengutuk serangan keji itu. 

Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo, menasihatkan orang ramai untuk tinggal di rumah. Perancis sebelum ini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga selepas serangan ke atas Charlie Hebdo pada Januari.


Angka rasmi menunjukkan lebih dari 500 orang pejuang Perancis kini bersama kumpulan IS di Syria dan Iraq, manakala 250 orang telah dibawa pulang dan kira-kira 750 pula menyatakan keinginan untuk ke sana.

Kerajaan Perancis minggu lepas mengumumkan akan mengembalikan prosedur pemeriksaan di sempadan sebagai satu langkah keselamatan sempena perbincangan berkenaan iklim anjuran PBB yang akan berlangsung di Paris, hujung bulan ini.


Setakat ini belum ada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu. - Reuters - CARI Infonet.


12

Bagus
23

Marah
15

Terkejut
12

Sedih
12

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (94 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 14-11-2015 07:58 AM
perancis byk puak pendatang


Je suis Paris
Quote famri7 14-11-2015 08:00 AM
AbukRokok replied at 13-11-2015 11:58 PM
perancis byk puak pendatang

cough2...syrians refugees...blue balls...cough2..
Quote AbukRokok 14-11-2015 08:01 AM
memang patutlah sempadan ditutup
lepas tu crackdown intensive


klu abuk jadi presiden malaysia pun 1st time benda buat tutup sempadan 2-3bulan sambil buat operasi penghapusan etnik
Quote v(T.T)v 14-11-2015 08:13 AM
Terpikir kelakuan alvin tan.
isle mencintai keamanan, katanya.
Quote zorrro_03 14-11-2015 08:21 AM
Allahuakbar....  Harap francis hollande segera cari penjenayah celaka yang huruhara kan penduduk bumi.   saya jangka ni ala2 pemberontak breivik swedish hati tu.  Ujung2 muslim juga yang kena fitnahnya.   
Quote blackwidowbae 14-11-2015 08:27 AM
Asal terrorist je Islam..terrorist jer Islam..apa ajaran/agama lain tak ada orang jahat/mental ke? Bodoh punya manusia sudah di brainwash yahudi laknat
Quote Modngengade 14-11-2015 08:35 AM
Yahudi menang lagi sis....
Quote AbukRokok 14-11-2015 08:38 AM
angka korban dah cecah 100

this is massive
Quote AbukRokok 14-11-2015 08:42 AM
aku rasa pengganas tu Freddy the dreamwarrior
mengganas tanggal Jumaat ke 13th .... Friday the 13th
Quote Decaffeinated 14-11-2015 08:44 AM
Semoga Allah pelihara Eiffel Tower.

Kembali kan keamanan di eropah dan kau bolak balik kan lah hati2 terrorist tersebut agar mengganas di kampung halaman sendiri sahaja as uusual.
Quote famri7 14-11-2015 08:50 AM

kan..ujung2 salah ummah suchi yahudi jua kan.
Pasti ummah duk berdoa supaya ditimpa balasan di mahkamah Elohim pelbagai..
Quote sofiazara 14-11-2015 08:51 AM
aduhai
Quote FOTHER-MUCKER 14-11-2015 08:55 AM
Wow.. Menakutkan saya selalu lepak kat republic cafe tu.
Quote faraway1 14-11-2015 08:55 AM
malade mentale partout....
Quote batmana 14-11-2015 08:55 AM
Takziah pda keluarga mangsa. Moga pelaku ni ditangkap.
Tapi aku heran.

Kalu nk kata isis us punya kerja, mana pi klip video 1080p? Bukan ke setiap kejadian kejam tu dibuat dlu kerja2 HD quality, cinematography taraf professional , pstu kibar bendera bagai,trngkn dlu motif,ideologi brula released ke public youtube?

Ni trus bunuh org. Nmpk sgt de yg nk burukn nama islam.
Quote chazey 14-11-2015 08:56 AM
Ramainya mati sis. Innalillah. France tahun ini cukup suwey.
Quote Changa 14-11-2015 08:57 AM
Terrorist sunni.
Quote HannahMontana 14-11-2015 08:57 AM
Bon Jovi   ....
Quote MissNigga 14-11-2015 08:59 AM
Perancis isytihar darurat kat Paris .... this is horribleeeee

Lihat semua komen(1267)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.085209 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top