CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Insiden Bunuh Kerani: Netizen Kongsi Tips Keselamatan

18-11-2015 11:03 AM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 10741| Komen: 70


Berikutan kejadian kerani wanita yang mati dirogol dan dibunuh di Muar, seorang netizen berkongsi beberapa tips keselamatan khusunya kepada golongan wanita.

Tips yang dikongsi oleh Cik Puan Nurul menyenaraikan enam perkara tanpa sedar yang mendedahkan wanita kepada risiko bahaya.

1. Kurangkan selfie.
Kita tak tau kalau2 selama ni tiap kali awak post gambar, ada mata yang sentiasa memerhati. Dah lama jatuh cinta dengan awak. Dah lama imagine nak "bersama" awak. Nak jadikan awak milik dia. Jangan kata mustahil, zaman sekarang ni manusia makin gila.

2. Jangan check in rumah sendiri.
Tolonglah.... jangan check in alamat sendiri. No.1 jalan 2, taman tas, kuantan. Bila-bila masa orang boleh datang rumah awak.

3. Jangan up status tinggal sorang kat rumah.
Dah lah check in alamat sendiri, siap bagitau dunia tengah sorang-sorang kat rumah. "Boringnya. My habibi out station lagi. Tinggal dengan anak bulus je. Ada yang nak teman?" Haaa...jap lagi ada yang datang betul-betul baru tau erti penyesalan. Kalau yang jenis tak pernah check in alamat sendiri, pun perlu elakkan bgtau awak tengah keseorangan. Sebab apa? Ada je kawan diluar alam maya yg tau rumah awak & tak semuanya baik.

4. Jangan post no plat kereta
Ye... tau kereta tu atas nama awak. Hasil titik peluh awak. Kalau nak post gambar, at least tutup no plat. Bahaya. Dari no plat je boleh tau semua personal details kita. Kalau info tu dapat kat orang jahat?

5. Jangan sibuk nak check in semua tempat yang awak pergi.
Sampai pejabat check in, tingkat 73 klcc. Lunch check in, kedai mamak belakang klcc. Habis kerja, pergi jogging check in taman klcc. Nak balik rumah check in jem kat akleh sambil selfie nampak muka cantik & lambang kereta mahal kat stereng. Sampai rumah check in, sampai dah my home sweet home no.38-4-7 kondo mewah, jalan orang kaya, kl.
Bahaya! Bahaya! Bahaya! Nak-nak lagi kalau status tu setting public. Satu dunia boleh tengok.

6. Hadkan apa yang perlu dikongsi difacebook.
Baru beli gelang emas lip lap lip lap macam mami jarum, tak payah post kat fb. Dapat bonus rm10k seeloknya jangan up kat fb. Jangan terlalu pamerkan kemewahan & kekayaan awak kat fb. Bukan sebab taknak orang kata riak, itu isu lain. Tapi demi keselamatan awak.
Harap bermanfaat. Semoga kita semua dilindungi dari perkara buruk & kejahatan manusia.

Selfie yang kerap serta kaedah check-in mengundang bahaya apabila status yang dikongsi tersebut dipaparkan sebagai public atau umum.

Tips tersebut mendapat 18 ribu perkongsian di laman Facebook. -CARI Infonet. 
15

Bagus
10

Marah
13

Terkejut
17

Sedih
17

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (83 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Peterpan17 18-11-2015 11:09 AM
Pernah tgk Criminal Mind Season 10 episode 7. Budak2 remaja byk follower kat Twitter,Facebook mati kena bunuh. Too much of information reveal to public mmg bahaya.
Quote krustykrab 18-11-2015 11:12 AM
kalo privatekn akaun tu utk certain people yg we know very well cam best friend ke, ok kut
Quote Modngengade 18-11-2015 11:21 AM
cikki yg dirogol dan dibunuh tu  buat benda2 yg di atas tu ker....sorry kakak ketinggalan lrt
Quote liyamariska 18-11-2015 11:22 AM
ai cam bersetuju dgn fakta2 yg diberikan oleh Cik Puan Nurul nih...
Quote mikasa 18-11-2015 11:25 AM
Modngengade replied at 18-11-2015 11:21 AM
cikki yg dirogol dan dibunuh tu  buat benda2 yg di atas tu ker....sorry kakak ketinggalan lrt

Aah...aku pun nak tau jugak...
Quote zizadin 18-11-2015 11:26 AM
macam2 jenayah sekarang ni..
Quote nonarona 18-11-2015 11:26 AM
lagi satu, klu smpi rmh nak buka pintu gate tgk2 dulu depan belakang takut kot2 dah ada yg standby tggu kita kkuar keta pastu klu dah rasa selamat takde org bru kluar keta & buka gate...
Quote Modngengade 18-11-2015 11:27 AM
kakak harap sangat  agar ayahanda rani kulop dapat menyelesaikan masalah limpahan warga asing ni
Quote jahcomel 18-11-2015 11:28 AM
sib baik lh aku bkn giler selfie,pesbook,ig dll...aku suke CARI je...senang aku nk meroyan dlm nih...
Quote comel91 18-11-2015 11:30 AM
jangan la berani-berani share mende bukan2.. sekarang ni ng orang kenal pun belum tentu selamat..
Quote kelip2_07 18-11-2015 11:33 AM
aku xtau nape org suka selfie..suka check in..setiap saat
Quote alieyrina 18-11-2015 11:38 AM
Ramai yg x sedaq buat gini..aku perati ja lah..harap2 akaun depa tu prvte..kalau yg jenis p melancong tu lg lah..sat2 cek in epot sini..epot sana..kafe lah mall lah..yg post gambaq anak dara pun byk..

ada sorg macik kt opis..dia buat biz produk kecantikan..1 opis tau dia kaki selpi..sokmo letak kt fb..dpt la pancing org kaya..kata nyaa..
Quote budakmanentah 18-11-2015 11:43 AM
semlm aku baca pasal ni kat fb pon terus terpikir...cikki yg kena bunuh ni kuat selfie ke?
Quote Staratila 18-11-2015 11:48 AM
Sokong dgn cadangan cik nurul kat atas
Quote lazim 18-11-2015 11:49 AM
aku ade srg kawan sekolah yg rjin upload pic anak beranak. memang best sbb dia ceria. tp dia pon jenis suka bercaption seperti " malam ni kita berdua je la nak.. ayah awk oustation"

gitu...
Quote famri7 18-11-2015 11:53 AM
Barula kecit tercirit ummah2 bimbo semua..common sense kot xkan ummah xterdetik...oopss...lupa..kita harus bertawakkal jah ok.
Quote lavaloncat 18-11-2015 11:55 AM
famri7 replied at 18-11-2015 11:53 AM
Barula kecit tercirit ummah2 bimbo semua..common sense kot xkan ummah xterdetik...oopss...lupa..kita ...

yg tercirit tu lu...siap delete post sebab tercirit ketakutan...

lawak siot...





Quote sukacactus 18-11-2015 11:55 AM
Setuju dgn list kat ats tu
Fb aku pun xpublic
Kwn2 hya 100++ itu pun dr kalangan yg btl dikenali shj
Org xkenal even mutual friend lg2 xpernah jumpa dpn2 mmg xapprove
Kata la aku sombong ke apa, sukati aku la fb aku
Quote rosasa 18-11-2015 12:00 PM
" Masak ni utk mlm b, husband ot, makan sorang le nampaknya ( sad emoticon)"

"Lunch di sini - Check in at XXX"

"Lagi 2 hari husband balik...tak sabar rasanya"

" Bf ke2 tengah mandi " (sambil upload gambar kereta siap ada plat no yg cantik untuk tatapan)


ada hakak kesah dik?

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.165074 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top