oleh Fyruz Hanna Jika anda membeli ayam di Supermarket, ini yang perlu kamu bimbang.. Lebih daripada tiga suku supermarket yang menjual ayam positif kuman pembawa keracunan makanan, kata Agensi Makanan Standard (FSA), Amerika Syarikat. Penemuan terbaharu menemukan 76 peratus % daripada daging itu mengandungi bakteria campylobacter.
Sejenis bakteria biasa yanng menyebabkan keracunan makanan yang mengakibatkan 100 kematian setiap tahun. Walaupun kes keracunan bahan tercemar menurun di US namun ia bukan satu petanda baik apabila rakyatnya rata-rata membeli daging mentah yang telah diproses dan diplastikkan. Bakteria Camylobacter ini mampu tumbuh dan hidup dalam kadar yang lama dan boleh mengakibatkan kematian jika dimakan dalam jangka masa yang panjang.-CARI Infonet. Sumber: MirroUk |
12
Bagus |
28
Marah |
16
Terkejut |
27
Sedih |
30
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
zulka replied at 24-11-2015 04:58 PM
US? apa kena mengena dgn Msia?
Mengapa Anda Perlu Bimbang Membeli Ayam Supermarket
Lebih daripada tiga suku supermarket yang menjual ayam positif kuman pembawa keracunan makanan
mengandungi bakteria campylobacter
Keracunan Makanan oleh Bakteria Campylobacter
Makanan yang biasa dikaitkan dengan bakteria ini:
Cara keracunan makanan oleh Campylobacter Jejuni merebak
Tanda-tanda
Tempoh jangkitan
Pencegahan
Agen penyebab
Bakteria Campylobacter jejuni.
Punca
Usus haiwan
Air yang tercemar
Makanan yang biasa dikaitkan dengan bakteria ini:
Susu mentah
Daging unggas (ayam, itik dan burung)
Hati
Kerang mentah
Cendawan
Air yang tercemar
Cara keracunan makanan oleh Campylobacter Jejuni merebak
Makanan yang tidak dimasak dengan sempurna
Air yang tercemar
Pencemaran silang dari daging mentah ke makanan yang telah dimasak
Susu yang tidak dipasturkan dengan betul
Tanda-tanda
Cirit birit yang berdarah
Sakit perut
Sakit kepala
Muntah-muntah
Tempoh jangkitan
Antara satu hingga sepuluh hari (biasanya 2 - 5 hari).
Pencegahan
Asingkan makanan yang mentah dan yang telah dimasak
Masak dengan sempurna sajian berasaskan daging dan unggas
Salmonelosis. Keracunannya disebabkan oleh bakteria Salmonella yang didapati dalam ayam. Tanda-tanda umum dirasakan selepas 24-48 jam.
Berikut ialah beberapa cara yang betul dalam pengendalian makanan dan keselamatan di dapur.
Peti sejuk mestilah kurang dari 4 darjah celsius atau 0 darjah celsius untuk peti dinginbeku.
Perlu diingatkan bahawa suhu sejuk tidak membunuh bakteria, tetapi menghalang daripada membiak.
Makanan yang disimpan mestilah dalam bekas yang ditutup atau dibungkus.
Basuh tangan dengan teliti sebelum atau selepas mengendalikan makanan bagi mengelakkan pencemaran bakteria salmonella atau organisme lain.
Peralatan dapur seperti alatpemotong perlu dibasuh dengan air panas sebelum penggunaan terutamanya alas pemotong daging.
Alas pemotong yang terbaik ialah jenis arkrilik kerana mudah dibasuh dan tidak meninggalkan alur yang membolehkan bakteria hidup.
Sebaik-baiknya gunakan alas pemotong yang berasingan bagi daging dan sayur- sayuran.
Jangan sekali-kali memakan makanan berkulat.
Elakkan dari menggunakan telur retak yang berkemungkinan mangandungi bakteria Salmonella. Bagaimanapun telur yang sempurna juga berkemungkinan mengandungi salmonella.
Kerana salmonella mudah dihapuskan pada suhu tinggi, masak dengan sempurna merupakann cara yang terbaik. Elakkan makan telur mentah dan separuh masak.
Mengasingkan makanan yang telah dimasak dengan makanan yang belum dimasak atau yang mentah. Ini kerana makanan yang telah dimasak lebih mudah tercemar berbanding makanan belum masak.
Pilih makanan yang telah dimasak untuk menjaga keselamatan. Banyak makanan seperti buah dan sayur agak selamat dalam keadaan semulajadinya.
Makan makanan yang dimasak serta merta. Apabila makanan telah sejuk, bakteria lebih mudah mencemarinya.
Simpan makanan yang telah dimasak dengan cermat pada keadaan yang sesuai. Simpan di atas pemanas atau kawasan dingin.
Panaskan semula makanan dengan teliti. Ini adalah cara yang paling baik untuk menjauhi daripada kuman yang mungkin muncul semasa dalam simpanan.
Pajeri_Nenas replied at 24-11-2015 06:01 PM
Ayam Tesco paling busuk.yewwww
FanTasyCreaTioN replied at 24-11-2015 05:23 PM
Thread macam ni bagus
berinfomasi dan boleh jadi panduan untuk berjaga2 dan berhati semasa membeli
...
ultra78 replied at 24-11-2015 08:19 PM
Orang Malaysia tak bimbang pasal ayam yg ada kuman. Tapi mereka amat bimbang jika ayam itu tidak dis ...
ADVERTISEMENT