Oleh Izzah Abbasy
Bagi sesiapa yang mempunyai hobi mendaki bukit mahupun gunung pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mendaki ke puncak Bukit Tabur ini. Bukit Tabur adalah bukit yang terletak di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Ia juga dikenali sebagai Bukit Hangus. Bukit ini amat menonjol dan boleh dilihat dari Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2). Biasanya Bukit Tabur didaki untuk tujuan latihan bagi pendaki-pendaki yang akan mendaki gunung yang lebih tinggi. Namun begitu, ketika tahun baru, ramai pendaki akan berada di bukit ini pada pukul 12.00 malam untuk menyambut tahun baru. Dinasihatkan kepada pendaki yang ingin cuba menawan bukit ini agar membuat persiapan rapi. Dikatakan, walaupun pendaki adalah seorang profesional, jika tidak mementingkan aspek keselamatan, maka pendakian boleh menjadi malapetaka buat mereka. - CARI Infonet
|
21
Bagus |
9
Marah |
21
Terkejut |
10
Sedih |
14
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT