CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pegawai SPRM Ke Timur Tengah Temui Penderma RM2.6 Bilion

8-12-2015 10:58 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9228| Komen: 52


Oleh : Dean BZ


Sumber foto : ismaweb


Pengarah Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) , Datuk Azam Baki mengesahkan bahawa SPRM telah menghantar sepasukan pegawai ke Timur Tengah untuk menemui penderma dana politik RM2.6 bilion.


"Bagaimanapun SPRM tidak boleh mendedahkan hasil pertemuan itu kerana siasatan masih berjalan, jika ada perkembangan terkini SPRM akan maklumkan dari semasa ke semasa," katanya kepada Bernama semalam.

“Saya ingin jelaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberikan kerjasama yang baik kepada pasukan kami,” katanya.


Pihaknya akan mengemukakan laporan kepada Peguam Negara sebaik sahaja siasatan selesai dilakukan, katanya lagi. - CARI Infonet.





4

Bagus
4

Marah
5

Terkejut
2

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluehedgehog 8-12-2015 08:46 AM
si pendermanya ialah...
Quote qronaldo7 8-12-2015 08:51 AM
drama apakah yg bakal kita saksikan
Quote ctaz 8-12-2015 08:51 AM
nenek belah makcik member pada atuk sedara belah mak ketua kampung punya abang tiri belah nenek sedara pak guard sekolah member pada member aku punya adik punya atok sedara pun boleh ' cakap ' dah jumpa penderma 2.6 b tu.....
kompom makcik2 pakcik2 kat felda2 tepuk tgn dan angguk2 tanda setuju dgn brita ni.....
Quote AniSani 8-12-2015 08:53 AM
sape yg percaya samalah bodoh mcm najib dan sprm yg dicocok hidung
Quote hanie_z 8-12-2015 08:56 AM
pfffffff.....
fishy sgt, ckp sekadar nak tutup kes je..
Quote GhostWalking 8-12-2015 09:12 AM
SPRM Sahkan Hantar Pegawai Bertemu Penderma Dana RM2.6 Bilion     
Diterbitkan: Isnin, 7 Disember 2015 9:07 PM

Datuk Azam Baki

                                               (Ubah saiz teks)         

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin mengesahkan pihaknya telah menghantar pegawai ke Timur Tengah bagi mengadakan pertemuan dengan penderma dana RM2.6 bilion.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata pihaknya akan mengemukakan laporan kepada Peguam Negara sebaik sahaja siasatan selesai dilakukan.

"Bagaimanapun SPRM tidak boleh mendedahkan hasil pertemuan itu kerana siasatan masih berjalan, jika ada perkembangan terkini SPRM akan maklumkan dari semasa ke semasa," katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Pada 5 Ogos lalu, SPRM mengesahkan dana RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan sumbangan daripada penderma Timur Tengah.

Pada Sabtu lalu (5 Dis), SPRM telah mengambil keterangan daripada Najib berhubung isu SRC International dan dana RM2.6 bilion.

Pertemuan itu diadakan selama dua jam setengah dan perdana menteri memberi kerjasama dengan baik kepada SPRM.
SRC International ialah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.-star
Quote Bateesta 8-12-2015 09:15 AM



prfthhhhh......


ni gambar penderma arab jahiliyah najib tu
Quote pehbedah 8-12-2015 09:15 AM
ctaz replied at 8-12-2015 08:51 AM
nenek belah makcik member pada atuk sedara belah mak ketua kampung punya abang tiri belah nenek seda ...

jilaka la engko ni..hahahahaha.....

Quote zamzarai 8-12-2015 09:22 AM
lakonan mau mantap.
Quote msyzam 8-12-2015 09:35 AM
bullshait la sprm ni.. karut, agak2 la kalau nk membohong...
Quote Bedah.Cun 8-12-2015 09:36 AM
Kau pun badan berkaun bawah JPM jer so ape yang boleh diharapkan
Quote NAT_11 8-12-2015 09:40 AM
Edited by NAT_11 at 8-12-2015 09:42 AM
msyzam replied at 8-12-2015 09:35 AM
bullshait la sprm ni.. karut, agak2 la kalau nk membohong...

Janganlah hencap dia. Dia pun nak cari makan gak.
Kang kena tuko ke Ulu Banat, dia gak yang susah.
B iarlah dia nak cakap dah jumpa Pak Erab penderma tu.
Munkin Generla IS, tu yang lama nor nak cari.
Quote chinta89 8-12-2015 09:41 AM
takkan la najib berbohong. terimalah kenyataan jib mmg dpt derma. apelah korang ni bising2
Quote fifie_olin 8-12-2015 09:47 AM
mmg aku x kn tgk kalo muka jibby ni kuar tv...
dia pya ayat... btl2 mntk penumbuk aku jeh...
Quote Bateesta 8-12-2015 09:50 AM
sape tak percaya kena SOSMA nanti
Quote noor2 8-12-2015 09:50 AM
Susah betul.Penderma tu nak mengaku...syukurla sprm berjaya selidik akhirnya...hehe
Quote cilok 8-12-2015 10:15 AM
drama....drama......drama......drama........
popcorn pun dah basi
Quote nolya 8-12-2015 10:27 AM
ctaz replied at 8-12-2015 08:51 AM
nenek belah makcik member pada atuk sedara belah mak ketua kampung punya abang tiri belah nenek seda ...

memang boleh dipercayai 1000%....... penderma itu ada tapi tak boleh diperlihatkan, berita itu ada tapi tak boleh dikhabarkan, derma itu ada dan ikhlas tanpa tujuan dan rakyat tertanya2 tanpa diberi jawapan.
Quote rospinki 8-12-2015 10:29 AM
kalau betul org derma..apake bangang derma byk2 gitu. baik bgi kat aku..ade gak pekdah

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.050284 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top