CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

5 Makanan Tradisional Paling Popular di Terengganu

8-12-2015 05:34 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 28084| Komen: 7


Oleh : Dean BZ


Negeri Terengganu merupakan sebuah negeri yang kaya dengan keindahan alam semulajadi seperti pantai, pulau dan air terjun. Selain itu, terdapat pelbagai makanan tradisional popular di negeri yang terkenal dengan lagu "Ulik Mayang" ini.

Mari kita kenali apakah makanan tradisional yang terkenal di negeri "Sang Penyu" ini :


1 - Keropok Lekor
Sebut je Keropok Lekor pasti akan terbayangkan Terengganu kerana sememangnya keropok lekor berasal dari negeri Terengganu. Keropok lekor diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu serta sedikit garam. Keropok akan akan diuli terlebih dahulu dan digentel sebelum direbus didalam air panas. Kemudian boleh goreng dirumah.


Sumber foto : ajyahcatering.com


2 - Nasi Dagang 
Nasi Dagang biasanya dijadikan sarapan pagi atau dijadikan santapan ketika majlis kenduri. Nasi Dagang kebiasaannya dihidangkan dalam daun pisang dengan kuah dan ikan yang biasa digunakan adalah ikan aya hitam (ikan tongkol). Cubalah, pasti nak lagi.

Sumber foto : resepimudah.com


3 - Ketupat Sotong
Hidangan Ketupat Sotong sememangnya sentiasa dirindui oleh anak Terengganu yang merantau ditempat orang. Jaranglah anak Terengganu tak suka Ketupat Sotong ni. Sotong disumbat dengan beras pulut dan dimasak dengan santan. Rasanya sangat lemak dan enak sekali.

Sumber foto : matzakaria.com


4 - Laksam
Laksam diperbuat dari tepung beras dan dimakan dengan kuah lemak. Sama seperti laksa cuma bezanya adalah bentuknya yang leper dan bergulung.

Sumber foto : akusuketerengganu.blogspot.com


5 - Ikan Singgang
Orang Terengganu kalau tak pandai masak ikan singgang Terengganu memang pelik. Ini kerana ikan singgang mahu pun daging singgang merupakan makanan kegemaran rakyat Terengganu. Nak masak singgang ni pun sangat mudah dan cepat. Mungkin di negeri lain, masakan ni dipanggil masakan Pindang.


Sebenarnya ada banyak lagi masakan yang sedap-sedap dan terkenal di Terengganu selain senarai di atas, antaranya seperti Nasi Lemak Ikan Tongkol, Otak-otak, Sata, Satay Ikan, Bronok Sagu,Pulut Lepe, Puteri Mandi, Kayu Keramat, Nasi Kapit Sambal, Tok Aji Serban, Beke Ubi Kayu, Tepung Gomok, Nganang dan macam-macam lagi lah.  - CARI Infonet.





53

Bagus
35

Marah
30

Terkejut
27

Sedih
22

Lawak
34

Bosan

Friends Rank (201 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote comel91 8-12-2015 09:54 PM
Sorry laksam mknn Kelantan. Tganu sila cuba lagi
Quote rastaf 9-12-2015 10:00 AM
comel91: Sorry laksam mknn Kelantan. Tganu sila cuba lagi


laksam memang dari terengganu kelantan, beza dia kuah je...mungkin kelantan manis kot
Quote starbee 9-12-2015 01:21 PM
ketupat sotong tak makan lg... yg lain dah.. sedap..
Quote donut_1752 10-12-2015 02:37 AM
Keropok lekor ke losong ?
Quote akakdendeng 10-12-2015 10:36 AM
makanan terengganu sedap2...suka sangat....
Quote Wan62 17-2-2018 10:30 PM
rastaf: laksam memang dari terengganu kelantan, beza dia kuah je...mungkin kelantan manis kot

laksam makanan asal dari kelantan.
Maaf sy nak tegur ni atas dasar attitude bkn sbb makanan.. Org kelantan klu bkn asal dari tempat dia dorg x akn mengaku.. Sbg contoh

Tarian menora dan main puteri terkenal di kelantan. Tp klu tanya tarian menora asal mana dorg akn cakap asal pattani walaupun tarian menora tu skrg lebih sinonim dgn kelantan. Klu tanya main puteri asal mana dorg akan cakap asal kelantan. Kat kelantan jg ada jual satar klu tanya makcik yg jual satar tu asal mknn satar dari mana.. Dorg akan cakap dari terengganu.
Tp klu tanya nasi kerabu atau budu konpem dorg akan bgtau asal kelantan.
Sy terpanggil nak komen ni sbb byk sangat yg asal dr kelantan negeri lain klaim asal dr tempat dia.
Satu ketika dlu keropok famous di kelantan, tp kami tahu keropok tu asalnya dari narathiwat. Cuma yg diubahsuai oleh rakyat kelantan jadi keropok gotel.
Sy pernah makan ayam percik di krabi, kat kedai tu ramai org thai.. Tp yg mengusahakannya melayu narathiwat.. Bila kami saje2 tanya dorg ayam percik ni asal mana? Dia jawab.. Ololah.. Nyo tanyo bulleh asal tempat demo lah (kelantan).
Nampak kat situ sikap jujur dorg.. Kami x malu mengaku klu sesuatu makanan tu viral tmpat kami tapi asal dari tempat lain. Skrg sy tengok kuih akok, lompat tikam, jala mas, bahkan budu ada negeri dah mengaku asal dr tempat dia. Mgkn satu hari nnt nasi kerabu, tahi itik, tepung pelita, buah tanjung pun dah tukar tempat asal maklumlah takde cop trademark. Kiki

Wallahu a'lam
Quote purpledesire 19-2-2018 12:13 PM
Suka mkn keropok lekor dgn laksam jer..huhuu

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.041739 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top