Oleh : TS LOO Menjelang Perhimpuan Agung UMNO, tersebar satu video berbentuk animasi secara luas di laman Facebook yang berdurasi kira-kira 6 minit yang mengecam bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir sebenarnya bukan 'bersih' sangat ketika di bawah pentadbirannya.
Video animasi tersebut khususnya mengisahkan tentang tiga orang pemimpin politik negara iaitu Tun Mahathir, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Tun Razak, bagaimana mereka memperolehi dana politik. Loading FB Video... Pada permulaan video, parti pembangkang dikecam memperolehi dana politik menerusi kutipan ketika majlis makan malam yang diadakan dan juga menyebut Anwar Ibarhim memperolehi sejumlah besar dana politik Amerika Syarikat yang mempunyai hubungan rapat dengannya.
Bagi Tun Mahathir pula, beliau memperolehi dana politik ketika pilihanraya menerusi 'syarikat koloni' yang dimiliki oleh segelintir orang kaya di Malaysia. Video tersebut juga memperjelaskan bagi pihak Datuk Seri Najib dengan menegaskan pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, SPRM telah mengesahkan jumlah dana politik yang diperolehi Najib adalah tiada kaitan langsung dengan Syarikat 1MDB. Selain itu, video itu juga menyebut tujuan dana politik itu adalah digunakan untuk memastikan kuasa politik UMNO terus dipertahankan. Video tersebut yang dimuatnaik oleh laman Facebook rasmi [Ngelaban], hanya dalam tempoh tiga hari sahaja telah memperolehi kira-kira 400 ribu klik dan 'share'. Akan tetapi, pemilik laman Facebook terbabit telah diberitahu, video tersebut harus dipadamkan, bagaiman pun ianya tidak disebut samada arahan itu dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, SKMM atau mana-mana pihak yang lain.- CARI Infonet |
3
Bagus |
3
Marah |
3
Terkejut |
7
Sedih |
6
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT