LONDON – Beberapa pegawai perisikan memberi amaran bahawa China mencapai kemajuan drastik dalam teknologi peluru berpandu hipersonik sehingga mampu mengelakkan senjata tersebut daripada dipintas. Akhbar Daily Express melaporkan, peluru berpandu balistik DF-17 dan DF-27 milik China mencapai kelajuan 10,460 kilometer sejam. Senjata itu menimbulkan ancaman besar kepada aset ketenteraan termasuk kapal perang utama Britain, HMS Queen Elizabeth dan HMS Prince of Wales. Kebimbangan terhadap misil tergolong dalam kategori kenderaan luncur hipersonik (HGV) itu mendorong tindak balas segera daripada sekutu-sekutu Barat. Britain, Australia dan Amerika Syarikat (AS) sebagai ahli perikatan tentera AUKUS kini berusaha merangka pelbagai langkah bagi menangani ancaman tersebut. Lebih membimbangkan apabila HGV berupaya terbang pada trajektori lebih rendah daripada peluru berpandu balistik antara benua lain, menyebabkan ia sukar dipintas.
“China mengutamakan keupayaan ini dan membina senjata HGV terkemuka di dunia. Ia mencatat kemajuan dramatik dalam tahun 2020-an. Menangani ancaman ini menjadi keutamaan AUKUS,” kata mereka. – AGENSI |
jejai replied at 10-2-2024 01:10 PM
Semua claim paling power tp tak ada siapa berani mula.benda2 ni semua buat standbye je incase ww3 ba ...
pooh~key replied at 10-2-2024 10:03 PM
Al quran cakap macam tu sis? Nasib baik quran cakap macam tu sis, kalau tak selama ni akak ingat h ...
Tinot7 replied at 11-2-2024 12:28 PM
Hipopitamus ni amender?
ADVERTISEMENT