CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Kalau Ada Tawaran Watak Bernilai Di Sisi Allah, Saya Terima’ – Abby Abadi

16-2-2024 11:19 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 28281| Komen: 25


Jarang kelihatan dalam dunia lakonan, aktres Abby Abadi kini hanya menerima tawaran watak yang sesuai dan lebih selesa menjadi seorang usahawan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan dilihat sedang menjalankan satu sesi penggambaran bagi sebuah program televisyen.


Di ruangan kapsyen, Abby memaklumkan dia kini lebih selektif dalam memilih watak lakonan.

"Alhamdulillah semua berjalan dengan baik semalam. Produksi best, pengarah baik, krew pun semua baik tapi semua tak kenal dah sebab lama dah saya tak shooting, tak kenal dah semua orang."


"Ada yang tanya, kakak dah tak berlakon? Menyanyi pun dah tak juga ya kak? Tahu apa yang saya jawab? Insya-Allah kalau ada tawaran watak-watak yang bernilai di sisi Allah, saya join."

Bagaimanapun, anggota kumpulan Elite ini akan tetap meneruskan perniagaannya andai tiada sebarang tawaran lakonan.

Menurut Abby dia kini lebih mementingkan keredaan Allah sebelum bersetuju untuk menjayakan satu naskah.

"Kalau tak ada saya berniaga je lah. Saya pun tak nak lah, kalau sibuk nak shooting balik, terutama drama panjang-panjang, banyak pantang larang, nanti buat orang benci pula dengan saya kan?"

"Baik saya usaha buat apa yang saya suka, yang paling penting Allah reda".

"Doakan yang baik-baik untuk semua okay. Semua pengakhiran yang baik Allah izinkan untuk kita semua. Amin".

Terdahulu, Abby pernah memberitahu bahawa dia tidak berminat jika diberikan watak seorang ibu kerana sering mendapat tawaran seperti itu.

Sumber: IG Abby Abadi/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote newyork 16-2-2024 11:38 PM
Nak jugak selit ala2 islamik..pooodacit
Quote oggy 17-2-2024 12:26 AM
Tak minat watak ibu, ok sila offer dia bawa watak nenek2
Quote Orgkgdukobesi 17-2-2024 07:26 AM
Selektif? Sapa jer lah nak offer Yebbi ni, dah tak relevant lagi.
Quote Perils 17-2-2024 08:06 AM
Tp TBH Abby ni pandai la berlakon...nk2 zmn gerak khas, manjalara....skrg x tau la kot2 skill dah hilang
Quote wikedsaikel 17-2-2024 08:13 AM
Sesungguhnya diam itu lebih baik dan bernilai kerana  mengurangkan dosa netizen.
Quote BellaThePrinces 17-2-2024 09:12 AM
2 hari lepas tbaca ig yebbi..berat dia dah 80kg..produk bariatik yg gagal katanya....
then dok tanya produk utk confirm kurus..

apo lah mamayebby ni...kuar duit dah puluh2 k, tapi tak mampu disiplin diri....cemano??
tapi itulah...masa dh susut sikit aritu kemain ko pakai legging sajor dgn blause labuh..
Quote Goodluckdontcry 17-2-2024 02:31 PM
Mmmmm...islamik polemik betul keluarga cik arbaah islamiyah salasah.. kehkehkeh ank lelaki yg acah alhafiz, dulu kemain bersumpah dgn nama Allah SWT, dgn nm Allah SWT dia nk jd pelakon..tp rupanya perangai lbh kurang apak miangnya ..

Den bkn xsuka atau dengki dgn sesapa yg nk guna nm Allah SWT.. cuma nya biarla bertempat sikit sbb itulah tanda kita mengagungkan tuhan Yang Maha Esa..

Tp bila berkait dgn bidang seni yg byk lagho dr  kebaikkan...den julingkan mata je la...anak menantu pe kabo??? Kehkehkeh
Quote ezacbee 17-2-2024 07:38 PM
Watak extra sesuai kot.
Quote Carcosa 17-2-2024 09:17 PM
Usaha nak divert cerita anak dara yg dah takde dara.
Quote DeLuna85 18-2-2024 12:28 AM
Terlalu memuja anak sendiri di media social. Tu sorang lagi kakkm.
Quote kaedahnya 18-2-2024 01:31 AM
kesian jugak kat dia kes anak dia tu.
Quote Heydidle 18-2-2024 02:01 AM
Marissa dah buat hal sendiri
Si adik la pulak di ketengahkan
Tp tgk bts masak2 ni muka boring je adik ni.. not her passion kot glamer2 ni
Quote aina_shaira 18-2-2024 05:57 AM
Perils replied at 17-2-2024 08:06 AM
Tp TBH Abby ni pandai la berlakon...nk2 zmn gerak khas, manjalara....skrg x tau la kot2 skill dah hi ...

Akhir sekali cite manjalara tu jadi ape ye? Tak sempat tengok sampai habis sbb panjang sgt episod nye
Quote selipar_hijau 18-2-2024 11:22 AM
Apa maksud watak benilai di sisi Allah tu?
Quote shernazz 18-2-2024 01:08 PM
Heydidle replied at 18-2-2024 02:01 AM
Marissa dah buat hal sendiri
Si adik la pulak di ketengahkan
Tp tgk bts masak2 ni muka boring je adi ...

Adik Marissa tu mmg tak suka depan kamera
Ingat dulu Abby nak rakam..dia lari..
Marissa mmg suka kamera
Quote bedahmenjuyah 18-2-2024 01:13 PM
Goodluckdontcry replied at 17-2-2024 02:31 PM
Mmmmm...islamik polemik betul keluarga cik arbaah islamiyah salasah.. kehkehkeh ank lelaki yg acah a ...

Tenkiu awak. Tak payah saya nak karang2 ayat. Betul sgt lah tu. Rimas puak2 ni mcm kan org lain tak pikir agama dlm kehidupan.
Quote bungarose 18-2-2024 01:35 PM
Aper yang ngko cakap nih bakyah
Quote kucing_gebu 18-2-2024 03:55 PM
Watak seorang ibu tak bernilai ke yebbi. Darjat seorang ibu tu kan tinggi di sisi Islam. Tapiiiiii...ye la kann...realitinya yebbi pun fail jgk sbg seorg ibu
Quote pocongkiutss 18-2-2024 04:01 PM
Tak habis2 dgn statement poyo dia ni

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.058091 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top