PETALING JAYA – Bekas pemain ragbi kebangsaan New Zealand, Sonny Bill Williams tiba di Malaysia hari ini bagi mengikuti satu program kerohanian yang berlangsung esok dan Ahad di ibu negara. Sonny yang juga peninju profesional memaklumkan ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi video dimuat naik pada akaun media sosialnya. “Assalamualaikum kami berada di Malaysia. Kami di sini untuk bertemu semua orang,” katanya pada video ringkas tersebut hari ini. Malah, Sonny turut menyapa beberapa individu yang menyambut kedatangannya di KLIA. Difahamkan, Sonny akan menghadiri program berbentuk kerohanian iaitu ‘A Step Nearer To God’ (selangkah lebih dekat kepada Tuhan) berlangsung di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur bermula pukul 11 pagi hingga 4 petang. Terdahulu, Sonny memeluk Islam pada tahun 2008 di Perancis sekali gus menjadi muslim pertama yang bermain untuk All Blacks. Sumber – KOSMO! ONLINE |
green~tea replied at 17-2-2024 08:48 AM
Dulu i penah crush kat dia ni.. hahahahha.. hensem manly
Gianna111 replied at 17-2-2024 08:50 AM
i sampai sekarang masih lagi..dan suka tengok family mereka ni.
Gianna111 replied at 17-2-2024 08:50 AM
i sampai sekarang masih lagi..dan suka tengok family mereka ni.
green~tea replied at 17-2-2024 09:02 AM
Oh ya.. aiols suka part dia dulu kan liar2.. bila masuk islam dia betul2 berubah.... like totally ...
Gianna111 replied at 17-2-2024 09:06 AM
tengok cara dia dengan waife dan anak.wife dia tu dulu bukan orang yang ok ok.sekarang elok je.may ...
green~tea replied at 17-2-2024 09:08 AM
Kat sini orang penuh judgemental..
ADVERTISEMENT