CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pembuli Jalanan Naik Honda Diburu

16-2-2024 11:37 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 26823| Komen: 5



SEGAMAT – Seorang suspek ‘road bully’ atau pembuli jalan raya kini ‘diburu’ pihak polis apabila memandu secara berbahaya di Jalan Genuang, Segamat pada 9 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, suspek diburu selepas seorang lelaki yang juga mangsa berusia 40 tahun membuat laporan polis.

Jelasnya, berdasarkan laporan mangsa, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 7.40 pagi ketika dia sedang memandu kereta dari Jalan Buloh Kasap ke Bandar Segamat.

“Ketika kejadian telah datang satu kereta Honda HRV warna putih brek mengejut tanpa sebab. Mangsa yang sedang memandu terpaksa menekan brek secara mengejut dan menyebabkan anak-anaknya jatuh di dalam kereta.

“Mangsa telah memarahi lelaki tersebut. Suspek telah mengeluarkan ‘stering lock’ dan mengacu ke arah mangsa, namun mangsa meneruskan perjalanan seperti biasa,”katanya


Ahmad Zamry berkata, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 506/279 Kanun Keseksaan dan mengesan suspek sedang dijalankan.

Terdahulu, beliau berkata, pihaknya telah mengesan satu rakaman video berdurasi satu minit 44 saat di media sosial Facebook yang memaparkan sebuah kenderaan jenis honda HRV berwarna putih dipandu secara berbahaya (road bully).

Ujarnya, dalam video berkenaan, kenderaan tersebut didapati beberapa kali menghalang laluan serta menekan brek secara mengejut dengan niat provokasi terhadap pemandu kenderaan lain.

Sumber -KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iza_just2c 19-2-2024 10:24 AM
makin ramai mental tak ada iman
Quote mojarean_X 19-2-2024 10:33 AM
Edited by mojarean_X at 19-2-2024 10:34 AM

Nape byk citer negative psl driver Honda ni. Skang ni sape nk beli Honda pun segan sbb takut dikaitkan ngan driver2 low class sebegini
Quote yenil95 19-2-2024 11:05 AM
mojarean_X replied at 19-2-2024 10:33 AM
Nape byk citer negative psl driver Honda ni. Skang ni sape nk beli Honda pun segan sbb takut dikaitk ...

hahaha..

kualiti kereta honda yang baru pun dah mula diragui.
Masukla dalam group owner kereta honda (achik x igt nama group tu) - banyak gila complains.
Macam menyesal beli pun ada.
hahahaha.
Quote Kurex 19-2-2024 11:56 AM
leluhur parashit ke?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.051880 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top