CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Allah Ada, Lawan Tetap Lawan” – Disaman RM1 Juta Oleh Puteri Sarah Liyana, Bekas Pekerja Kekal Tenang

16-2-2024 11:49 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 29808| Komen: 24


Baru-baru ini, pelakon Puteri Sarah Liyana memaklumkan dia sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang wanita yang juga seorang pegawai pemasaran yang didakwa telah memfitnahnya di media sosial.

Dalam pengumuman tersebut, wanita yang dikenali sebagai Nazira itu telah menuduhnya mengambil bahan terlarang, menanggung seorang lelaki bernama ‘Andy’ selain mendakwa aktres itu telah menganiaya staf yang berkerja di bawah syarikatnya.


Nazira difahamkan telah disaman fitnah sebanyak RM1 juta serta dituntut untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Puteri Sarah di media sosial kerana telah mencalarkan imejnya sebagai seorang selebriti dan usahawan.



Wanita itu kemudian tampil memberi respon terhadap tuntutan yang dikemukakan Puteri Sarah dan memberi gambaran bahawa Allah S.W.T sentiasa ada dengannya di saat sukar ini.

"Allah ada. Jadi tak perlu risau dengan kekalahan hari ini, kemenangan selamanya pasti tiba. Lawan tetap lawan".

Sehingga ke hari ini, Nazira dilihat masih belum melaksanakan tuntutan yang dikemukan Puteri Sarah terutamanya permohonan maaf selain media sosialnya turut dibanjiri komen-komen berbaur kecaman oleh netizen.

Sumber : Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iza_just2c 19-2-2024 10:31 AM
sejuta tu..gile
Quote penjarasgbuloh 19-2-2024 10:57 AM
Kalau di pihak yang benar (dan ada bukti) then tak perlu takut. Betul la tu, lawan tetap lawan.
Quote Orix 19-2-2024 12:57 PM
iols skeptikal sikit dgan ummah yg bila bg statement Allah ada, Allah itu, Allah ini...... pffftttttt........ masa mengata xde plak ko igt Allah tu ada
Quote Lulu_717 19-2-2024 01:03 PM
Orix replied at 19-2-2024 12:57 PM
iols skeptikal sikit dgan ummah yg bila bg statement Allah ada, Allah itu, Allah ini...... pfffttttt ...

Ayat nak sedapkan hati sendiri. Padahal dlm hati dah serabut
Quote asma87 19-2-2024 01:12 PM
Geng2 rider agama suka buat ayat gini...Allah ada...Allah xtido...Allah Maha Baik...ya mujib ya mujib
Quote doodlediddle 19-2-2024 01:19 PM
Normal pemikiran, Kalau cukup bukti dan berani, Mmg boleh caya lah konsep “lawan tetap lawan”. Tapi dak2 gen z gini, diorang kay sentiasa rse diorang berilmu berilmiah, sentiasa Betul, jadi skeptical sikit. Contoh, dia ingt makan ecstacy etc, sekali tu adalah ubat doc bagi. Haaa gitu. Xthu whole picture, pandai2 buat assumption. So good luck lah dik. Semoga kau ade bukti kukuh.
Quote Mamason 19-2-2024 01:21 PM
Allahh... sejuta tu dik... bukan sikit2 duit.  Kaya kot dia ni jadi dia boleh senyum lagi.. huhuhu.. apakah yg dikatakannya sampaikan PS nak saman tu... teruk sgt kot.  Tu lah org kata sbb mulut dik... jaga lah mulut.. bahaya .. boleh bawak binasa...
Quote _kelly 19-2-2024 01:26 PM
Orix replied at 19-2-2024 12:57 PM
iols skeptikal sikit dgan ummah yg bila bg statement Allah ada, Allah itu, Allah ini...... pfffttttt ...

louder sis..masa mengumpat tak ingat Allah pulak ye
Quote pocongkiutss 19-2-2024 01:27 PM
Orix replied at 19-2-2024 12:57 PM
iols skeptikal sikit dgan ummah yg bila bg statement Allah ada, Allah itu, Allah ini...... pfffttttt ...

Dari pemerhatian iols ..yg suka tunggang perkataan Allah ada ni..dia la yg selalu...paham2 je la kan..menunggang agama
Quote pocongkiutss 19-2-2024 01:28 PM
asma87 replied at 19-2-2024 01:12 PM
Geng2 rider agama suka buat ayat gini...Allah ada...Allah xtido...Allah Maha Baik...ya mujib ya muji ...

Kannn..Allah shayangggggggg pun ada
Quote pocongkiutss 19-2-2024 01:28 PM
Dia ni mesti salah sorg acik porem ni
Quote selipar_hijau 19-2-2024 01:34 PM
dan dan allah ada.. masa ko cakap tak tentu hala tu allah gi mana? hahaha cam sial org2 perangai camni
Quote asma87 19-2-2024 01:54 PM
pocongkiutss replied at 19-2-2024 01:28 PM
Kannn..Allah shayangggggggg pun ada

Allah sayang Kita .. Allah sayang semua sambil berkopiah berjubah....
Quote scarflicious 19-2-2024 02:00 PM
Nasib kau lah dik oi. Masa mengata tu x ingat Allah. Dah kena barulah nak ingat Allah.

Kali ni aku side Sarah. Sbb aku tak caya set set yg ingat Allah masa tgh gelabah je.
Quote stania83 19-2-2024 02:02 PM
sebab tu kita kena sekular..make religion as private personal matter..kalau tidak gini laahh, bergaduh memaki guna nama Allah, jadi wakil Allah ..pasti Allah bagi balasan yg dasyat bla bla, buat salah guna nama tuhan..dan dan beristighfar nak tutup kesalahan
Quote cm_vungtau 19-2-2024 02:13 PM
Kalau PS claim dia ni pekerja, PS kena keluarkan bukti epf socso segala. Kalau tak, tak boleh panggil dia pekerja. Company SSM semua kena keluarkan bukti. Kalau just janji mulut, maybe kalah lagi kali ni
Quote yuyoi 19-2-2024 02:20 PM
psl cakap dia cuma staff tu 1 hal, tapi saman ni sebab dia mengata psl ambil benda terlarang dan bela andy kan?. padahal aku tengok andy lagi kaya dari psl siap ada bungalow 4 tingkat.
Quote anarina 19-2-2024 02:26 PM
yuyoi replied at 19-2-2024 02:20 PM
psl cakap dia cuma staff tu 1 hal, tapi saman ni sebab dia mengata psl ambil benda terlarang dan bel ...

Blh tak i nak cakap we neberrr know org2 spt staff, pekeje ni la yg tau behind the scenes acaner busuk buruk hina seorang boss tu... online n on surface mmg nampak purfect... bkn ngata psl.. general

. Unless da sign NDA then yeaaaa i can say xleh nk ckp apa la mmg majikan selamat n blh saman
Quote Lavender_Violet 19-2-2024 02:35 PM
Ira lagi....
Mmg musuh nombor 1 PS lah ppuan2 yg bernama Ira ni
Aku tak la brp gemor sngt dgn PS ni especially lepas bercerai dgn Sol, mcm overexposed pulak
Tak mustahil dia buat apa yg si Ira ni alleged & tak mustahil jugak bnda2 tu semua fitnah dari si Ira ni
Kita grab popcorn aje lah & stay tune sampai kisah ni settle

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.160388 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top