Melaka: Lelaki warga emas dijatuhi hukuman penjara sehari dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini, tadi, selepas mengaku bersalah menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol, tahun lalu. Majistret Mazana Sinin membuat keputusan itu selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh, Toong Chen Qen, 63. Mazana menetapkan hukuman penjara bermula hari ini dan jika gagal membayar denda, lelaki itu boleh dipenjara tambahan empat bulan selain lesen memandu digantung dua tahun. Berdasarkan fakta kes, perbuatan dilakukan di Jalan Tamby Abdullah, di sini, pada jam 2.30 pagi, 2 September 2023, kira-kira jam 2.30 pagi. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika disabitkan boleh dipenjara maksimum dua tahun dan denda antara RM10,000 hingga RM30,000.
Terdahulu, Chen Qen yang tidak diwakili peguam merayu denda ringan kerana tidak bekerja dan menanggung ibu berusia lebih 80 tahun serta isteri dan anak perempuan yang menghidap penyakit mental. Pegawai Pendakwa Inspektor Mohammad Naim Abd Jalil bagaimanapun memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh. Sumber : Harian Metro |
annehuda replied at 2-3-2024 09:33 AM
Mohon rayuan sebab sara keluarga tapi ada plak duit beli arak
honeybee1802 replied at 2-3-2024 09:48 AM
Sehari je penjara?
wikedsaikel replied at 2-3-2024 01:55 PM
Arak setin atau sebotol berapa?
otai_g replied at 2-3-2024 10:25 PM
Lain kali lps abes minum mintk la tlng kwn hntr balik rumah atau orderkan grab. Kos tambandg grab at ...
wikedsaikel replied at 2-3-2024 01:55 PM
Arak setin atau sebotol berapa?
otai_g replied at 2-3-2024 10:25 PM
Lain kali lps abes minum mintk la tlng kwn hntr balik rumah atau orderkan grab. Kos tambandg grab at ...
ADVERTISEMENT