Maran: Peniaga pasar malam yang dalam perjalanan ke program RXZ Fighter Gathering di Kuantan, Pahang maut selepas terbabas di Kilometer 166.6 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) hari ini. Dalam kejadian 10.55 pagi itu, Muhammad Lokman Abdul Aziz, 29, dari Kampung Talang Masjid, Kuala Kangsar, Perak yang menunggang motosikal Yamaha RXZ maut di lokasi kemalangan. Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Mohamad Zamri Mohamad Zaber berkata, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kiri jalan sebelum melanggar besi penghadang jalan. Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa bersama 14 rakan berkonvoi dengan motosikal dari Kuala Kangsar menghala ke Kuantan bagi menyertai program berkenaan. "Ketika kejadian, mangsa berada paling belakang konvoi berkenaan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Mohamad Zamri berkata, mayat dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Sumber : Harian Metro |
pearl.silver replied at 2-3-2024 11:43 AM
Dlm tiktok ada video yg motor2 ni tgh wat aksi superman pastu langgar sesama swndiri pastu langgar k ...
kurga replied at 5-3-2024 01:26 PM
ini yg dia rakam dia tgh bawak motor lepas tu kena bantai dgn lori dari belakang tu ke? dalam vid di ...
asfaz replied at 11-3-2024 07:32 AM
Bukan rasanya sb berita tu ckp dia duk belakang. Yg tu dia depan nampak motor lain kat belakang. W ...
ADVERTISEMENT