CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PMX Tiba Di Berlin Untuk Lawatan Rasmi Ke Jerman

11-3-2024 11:54 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10947| Komen: 48



BERLIN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di ibu negara Jerman, di sini hari ini, untuk lawatan rasmi beliau ke negara yang menjadi rakan perdagangan terbesar Malaysia dalam kalangan anggota Kesatuan Eropah (EU).

Pesawat yang membawa beliau selamat mendarat di Lapangan Terbang Brandenburg di sini, pada jam 10.29 malam Ahad waktu tempatan (5.29 pagi Isnin waktu Malaysia).

Menyambut ketibaan Perdana Menteri di lapangan terbang ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Duta Besar Malaysia ke Jerman, Datin Paduka Dr Adina Kamarudin dan pegawai kerajaan Jerman.

Memulakan rangka lawatan sebaik tiba di sini, Anwar dijadual melawat Siemens Energy sebelum mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawat beliau, Canselor Olaf Scholz dan kunjungan hormat ke atas Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier.

Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan kemajuan hubungan Malaysia-Jerman terutama kerjasama ekonomi, pendidikan, alam sekitar dan kelestarian selain bertukar pandangan mengenai isu serantau serta antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.


Sepanjang lawatan enam hari itu, yang turut merangkumi kunjungan ke bandar pelabuhan Hamburg, Anwar akan bertemu kapten-kapten industri dan pelabur berpotensi seperti Schott AG, Infineon Technologies AG, Melexis dan Airbus serta menghadiri sesi bersama diaspora Malaysia di Jerman.

Turut mengiringi Anwar ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.


Ketika di Berlin, Perdana Menteri akan menyampaikan ucapan di Yayasan Korber iaitu sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang memfokus kepada isu sosial dan politik serta ucaptama di SME Future Day 2024 anjuran Persatuan Perniagaan Kecil dan Sederhana Jerman (Bundesverband mittelständische Wirtschaft - BVMW).

Di Hamburg, Anwar akan menghadiri Majlis Makan Malam Persahabatan Asia Timur ke-101 (Ostasiatisches Liebesmahl) anjuran Persatuan Perniagaan Asia Pasifik Jerman, di mana beliau dijadual menyampaikan ucaptama.

Perdana Menteri akan turut bertemu diaspora Malaysia dan umat Islam di Jerman serta menunaikan solat Isyak dan Tarawih di Masjid Sehitlik, Berlin.

Menurut Wisma Putra, lawatan rasmi Perdana Menteri itu dijangka mengeratkan lagi hubungan dua hala serta kerjasama pelbagai bidang di antara Putrajaya dan Berlin.

Jerman adalah rakan perdagangan terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota EU sejak tahun 2000, manakala Malaysia menjadi rakan perdagangan terbesar Jerman dalam kalangan negara anggota ASEAN.

Pada 2023, nilai dagangan Malaysia dengan Jerman meningkat sebanyak 5.9 peratus kepada RM63.45 bilion (AS$13.90 bilion) berbanding RM59.87 bilion (AS$13.62 bilion) pada 2022.

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 11-3-2024 12:30 PM
Kak Wan tak ikut tarawih ka?

Quote berusjamban 11-3-2024 12:50 PM
Fuhiyooo siung siung pi sana sini dgn private jet eh? Ingatkan zuhud much?
Baru ja haritu pi Melbourne 2-3 hari pling!!! sampai Germany plak
Quote otai_g 11-3-2024 12:53 PM
Lps tu blk msia announce 1trilion pelaburan Dr jerman akan msk msia. Biasa la penjual air liur
Quote pinkpunk 11-3-2024 01:21 PM
sian.. yg sambung pun org mesia je,. yg pegawai kerajaan german, ntah2 keno bayo je.. hihi
Quote kaseh80 11-3-2024 01:46 PM
Wah cantik jacket pmx
Nak cari investor ken
Quote mojarean_X 11-3-2024 02:41 PM
Herlokkk bang non berjaket kulit
Quote mojarean_X 11-3-2024 02:41 PM
Manà kak wan? X ikut ke?
Quote Azharitubunga 11-3-2024 02:45 PM
Ber. Ber. Ber.. sedhagher sedhager.. arr arr

Apa nanti nak kelentong
Quote sharlenetexas 11-3-2024 02:55 PM
Syukurlah ada org sambut. Bukan macam PMIX.


Quote naj13 11-3-2024 03:19 PM
otai_g replied at 11-3-2024 12:53 PM
Lps tu blk msia announce 1trilion pelaburan Dr jerman akan msk msia. Biasa la penjual air liur

Trillion pulak ehh, selalu billion bilion jer
Quote tripleid 11-3-2024 03:38 PM
Harap semua investment2 tu bukak kilang kat johor,penang atau kl/selangor..jangan kedah nanti Sanusi klem tu keje dia pulak
Quote ChildrenOfBodom 11-3-2024 03:51 PM
tripleid replied at 11-3-2024 03:38 PM
Harap semua investment2 tu bukak kilang kat johor,penang atau kl/selangor..jangan kedah nanti Sanusi ...

Dah berkurun lama dah ada pelaburan dari Jerman kt Kedah i.e Infineon, Münzing, ZF Chassis dan of koz Porsche... hang ja ketinggalan..
Quote tripleid 11-3-2024 04:43 PM
ChildrenOfBodom replied at 11-3-2024 03:51 PM
Dah berkurun lama dah ada pelaburan dari Jerman kt Kedah i.e Infineon, Münzing, ZF Chassis dan of  ...

Ya.kat Kulim Hightech park.pelaburan zaman Umno
Quote nazzse 11-3-2024 05:05 PM
Kuat berjalan pm korang nihhh
Habuk pun takda masalahnya
Quote cashewnut 11-3-2024 05:28 PM
Ada sesapa netizen boleh  catat expenditure pmx ni punya berapa kali outstation, berapa hinggit keluar, mana tau boleh jadi reason untuk trigger masa pru nanti. Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama…sendiri sambung
Quote Decaffeinated 11-3-2024 05:48 PM
berusjamban replied at 11-3-2024 12:50 PM
Fuhiyooo siung siung pi sana sini dgn private jet eh? Ingatkan zuhud much?
Baru ja haritu pi Melbour ...

Salah satu sebab aku tak sanggup jadi PM ialah kena travel macam takde life. So, aku tak jeles pun.
Quote monreyes 11-3-2024 05:52 PM
ni boleh bwk balek brp billiyun trilliun pulak ni
Quote Perwira2022 11-3-2024 10:23 PM
Pakaian macam mat rempit baru balik cari mak nyah je... Memalukan negara betul la
Quote green~tea 11-3-2024 10:33 PM
Jargonista

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.057825 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top