CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kenderaan Awam Dilanggar Oleh Polis? Peguam Jelas Cara Untuk Minta Pampasan Daripada Kerajaan

14-3-2024 10:33 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15219| Komen: 7



Menerusi X, tular satu rakaman video yang dirakam dashcam milik seorang pengguna jalan raya di mana ia memaparkan seorang anggota polis dipercayai tidak sengaja melanggar bahagian belakang kereta.

Keadaan jalan raya pada ketika itu dilihat penuh dengan kenderaan namun lokasi dan tarikh sebenar kejadian tersebut berlaku tidak dinyatakan.

Video itu dikongsi oleh seorang pengguna Twitter yang tertanya sama ada orang awam boleh membuat tuntutan sekiranya berlaku kemalangan membabitkan pihak berkuasa.


Anggota tersebut kemudian didengari meminta maaf dan mencadangkan pemandu tersebut untuk ke bahu jalan untuk berbincang lebih lanjut.

Susulan tular video itu, seorang peguam, Muhammad Akmal Arif Shamsul Kahar berkongsi bahawa sekiranya kemalangan sebegitu berlaku pemandu tidak perlu berasa panik.

Katanya, tindakan seterusnya yang perlu pemandu itu lakukan adalah membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam selepas insiden berlaku dan mengemukakan bahan bukti.

Gambar Hiasan


"Ini kerana, bagi kenderaan yang dimiliki oleh pasukan polis ia tidak dilindungi oleh insurans. Tapi jangan risau kerana anda boleh membuat tuntutan kepada kerajaan untuk mendapatkan pampasan."

Jelasnya lagi, motosikal polis tersenarai di dalam kategori ‘kenderaan kerajaan’ di bawah Seksyen 5 Akta Prosiding Kerajaan 1956 yang mana tertakluk kepada Akta Kerajaan akan bertanggungjawab ke atas sebarang perbuatan salah yang dilakukan atau sebarang pengabaian atau keingkaran dilakukan oleh mana-mana pegawai awam dengan cara yang sama.

"Termasuk (kenderaan) menteri rasmi atau kereta diraja, kenderaan peronda polis lain seperti kereta dan balai polis bergerak, trak bomba, dan ambulans (tidak termasuk yang persendirian)."

Bermakna, mengikut undang-undang sekiranya anggota atau pegawai kerajaan tersebut melakukan sesuatu yang salah, mengabaikan kewajipan mereka atau gagal melaukan sesuasu yang sepatutnya, kerajaan sendiri bertanggungjawab ke atas hal itu.

Tambah Akmal lagi, kerajaan mempunyai Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 sebagai kelebihan, di mana mangsa yang terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaan kerajaan hanya mempunyai tempoh tiga tahun untuk membawa kerajaan ke mahkamah.

"Oleh itu, anda perlu membuat tindakan segera sebelum tempoh tiga tahun luput atau hakim kemungkinan besar tidak akan melayan tuntutan tersebut."
 

"Seksyen 2(a) Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 menetapkan bahawa sebarang tindakan undang-undang, termasuk saman, pendakwaan, atau prosiding, tidak boleh dimulakan melainkan ia bermula dalam tempoh 36 bulan selepas perbuatan salah, pengabaian, atau keingkaran yang didakwa, atau dalam tempoh tiga puluh enam bulan selepas pemberhentian berterusan kecederaan atau kerosakan."


SUMBER : Majoriti/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 14-3-2024 10:41 PM
Bila mat rempit diambil jadi Polis.

Quote AreYou.69 14-3-2024 11:21 PM
Polis tp....dh la bawak xcermat..siap blah cmtu je..apooo
Quote BoongaKertas 15-3-2024 10:02 AM
jap. nak amek tindakan tu maksudnya kena saman melalui kes di mahkamah ke?
Quote Dysania@72 15-3-2024 10:16 AM
good luck, coz to claim from police is the hardest.  been there done that. eventually we gave up.
Quote Marylis 15-3-2024 10:43 AM
lupakan... keta sy kena langgar dgn polis time dia kejar org mmg tak dapat pampasan apa pun... diorng bgtau kena claim insurance sendiri... pandailah ko nak buat camne... sbb tak boleh claim
Quote mikasa 16-3-2024 05:33 PM
Kena claim insuran sendiri dulu laa jawabnya...

Pastu baru lantik lawyer handle ke mahkamah

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.046418 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top