Kejadian berlaku di Seksyen 36, Shah Alam, semalam, seorang lelaki maut ditikam beberapa kali oleh rakan sendiri hanya kerana meminum air oren rakan tersebut. Difahamkan daripada Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, pihaknya menerima panggilan kecemasan untuk ke lokasi kejadian selepas mendapat laporan seorang lelaki warga Bangladesh ditikam hingga maut. "Suspek marah apabila mangsa meminum air orennya semasa berbuka puasa yang mana suspek bertindak menikam mangsa beberapa kali." Melalui laporan Berita Harian, suspek telah ditahan di lokasi kejadian pada jam 7.30 malam dan semakan mendapati mereka berdua merupakan rakan sekerja.
Siasatan kes ini akan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dimana suspek boleh dikenakan hukuman mati atau penjara tidak kurang daripada 30 tahun tetapi tidak melebih 40 tahun. Jika tidak dikenakan hukuman mati, setidak-tidaknya suspek akan dikena sebatan tidak kurang daripada 12 kali. SUMBER : Berita Harian |
Imkhai: Ni msti kes perangai lahanat a ...
B40tastePosh replied at 21-3-2024 01:19 AM
Adoi, tegur jelah cukup. Bagi sedas ayat jenis makan dlm atau maki je.
Yang ko pergi tikam sebab ai ...
zuuu replied at 21-3-2024 04:59 AM
Sadis sungguh baca berita ni,sebab air oren melayang nyawa,yg ditikam xreti nk mintak izin minum air ...
rumahbiru replied at 22-3-2024 01:59 PM
balik negara ko dulu pastu nak bunuh ke apa bunuh la...nyusahkan taxpayer malaysia plak
antikorok replied at 22-3-2024 02:36 PM
Semoga dihantar pulang naik tongkang berhambus balek ke tempat asalnyeh.
Pulanglah ke tempat asal ...
ADVERTISEMENT