Minggu kedua bulan Ramadan, sudah tentu ketika ini ramai yang sedang mencari baju raya dan membuat perbandingan harga atau pilihan mengikut tema warna masing-masing. Banyak kita dengar keluhan masyarakat tentang harga baju raya yang saban tahun makin meningkat malah ada yang berpendapat ia tidak wajar. Mari kami kongsikan tiga baju raya termahal pada tahun ini yang dicipta oleh beberapa pereka fesyen terkenal tanah air. 1. Teja, ciptaan Rizman Ruzaini Baju ini menduduki takhta pertama sebagai baju raya dengan harga paling mahal dan tidak masuk akal iaitu RM13,800! Meskipun sudah dihasilkan dengan lima pilihan saiz iaitu dari XS ke XL namun Teja ini boleh juga ditempah oleh pelanggan mengikut ukuran saiz badan. Berwarna hitam, baju one piece ini menonjol di bahagian bahu, lengan dan dada kerana ia dihiasi manik (ke berlian?) yang menyerlahkan sisi eksklusif rekaan tersebut. 2. Lotfia in Ivory Teal, ciptaan FIZIWOO Meskipun jauh berbeza harganya dengan Rizman Ruzaini di atas namun pada saya ia masih dikira tidak masuk akal kerana ia dijual pada harga ribuan ringgit. Menurut laman sesawang FIZIWOO, baju diberi nama Lotfia ini dijual pada harga RM4,200 dan ia dijual dalam kuantiti yang terhad. Terkejut dengan harga baju raya ini? Lebih terkejut lagi kalau anda dapat tahu bahawa baju ini sebenarnya sudah habis terjual. Tapi, jangan risau jika anda mahu menggayakan koleksi baju raya ciptaan FIZIWOO pada tahun ini bolehlah lihat beberapa rekaan lain yang dijual pada harga yang sama. 3. Alba Kurung ciptaan Alia Bastamam Memberi imej elegan buat si pemakai, baju kurung ini dijual pada harga RM2,800 dan Alia Bastamam hanya mengeluarkan rekaan ini dengan satu warna sahaja.
|
dagusengett replied at 21-3-2024 11:53 PM
Wowwww
No 1 sesuai gi oscar black tie party
No 2 sexy maybe can save for cny or xmas party
Mimo.mimo replied at 22-3-2024 01:39 AM
Bukan ramai yang kaya. Tapi setiap size tah2 taksampai 10 pasang pun. Kihkihkih
rosmahisham replied at 21-3-2024 06:20 PM
Yihh belas2 ribu baik iols g melancong..ada gak faedah!pnh beli kain versace ,gucci,chanel x tau la ...
menjad replied at 21-3-2024 11:10 PM
Yg last tuh xlawo langsung
ADVERTISEMENT