CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Remy Ishak Tak Tergugat Dengan Bakat Baharu Seperti Mierul Aiman & Amir Ahnaf – ‘Buat Apa Bersaing, Saya Ada Level Sendiri’

17-4-2024 08:33 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 16080| Komen: 89


Pernah digelar ‘Hero Malaya’ suatu ketika dahulu, pelakon Remy Ishak mengakui tidak berasa tercabar dengan kehadiran bakat baharu yang saban tahun semakin ramai mewarnai industri seni.

Menurut Remy, tiada sebab untuk dia berasa tergugat mahupun bersaing antara satu sama lain kerana menganggap mereka berada pada ‘liga’ yang berbeza.

"Saya ambil contoh macam permainan bola sepak, ada Liga Malaysia ada Liga Super. Jadi kami pada liga yang berbeza sebenarnya. Buat apa untuk kami bersaing."

"Rasa terancam atau sebagainya tidak langsung. Tetapi dengan kehadiran bakat-bakat baharu ini akan menggantikan bakat lama. Saya dulu pun begitu juga, proses itu memang ada."

"Andai nama-nama disebut (Mierul Aiman, Nadhir Nasar, Amir Ahnaf) mendapat permintaan yang tinggi, memang wajar kerana sekarang zaman mereka."

"Saya pula ada level saya sendiri, mungkin di filem, OTT (over the top) atau sebagainya."


Sementara itu, disoal adakah Remy menonton karya lakonan pendatang baharu, dia menjawab ada kalanya tidak sempat disebabkan kesibukan kerja.

"Tipu lah kalau saya tidak tahu kewujudan mereka. Cumanya kadang kala terlepas untuk tengok hasil lakonan mereka di kaca TV. Sebab lakonan saya sendiri pun kadang-kadang saya tak sempat nak tengok."

Dalam perkembangan lain, Remy bakal muncul dengan filem baharu berjudul The Experts. Selain Remy, filem itu turut dibintangi Datuk Aaron Aziz, Maya Karin, Syafiq Kyle dan Mimi Lana.

Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chandrahusin 17-4-2024 08:38 AM
Terpaling level
tapi mmg betul pun
Remy Ishak dlm movie dgn Zul Arifin
jadi sayo tu mmg menjadi
dlm movie setan dgn Umi Aida tu pun
mmg menjadi2 lakonan dia
mmg level lain
Quote jemahjacjon 17-4-2024 08:50 AM
chandrahusin replied at 17-4-2024 08:38 AM
Terpaling level
tapi mmg betul pun
Remy Ishak dlm movie dgn Zul Arifin

Movie setan ni apa?

Setujukk lainla remy sehak dgn hero2 bbnu. Tak nmpk mainly sgt
Quote kakakgarang 17-4-2024 08:56 AM
yes bang remy mmg ada vibe tersendiri..
Quote anony-mous 17-4-2024 09:27 AM
Klau compare masa remy muda dgn bbnu ni pon bbnu ni klah teruk. Mkin lama mkin xlawa pelakon2 mlaysia. Baik yg laki or yg pompuan. Ramai muka awam
Quote sang_kuriang 17-4-2024 09:28 AM
Betul, lain level sangat², remy ada aura dia tersendiri, dahla hensem
Quote azimodin 17-4-2024 10:11 AM
Remi dengan bront another level la. Vibe macho ala2 model dunhill zaman dulu2.
Quote DianaSaksen 17-4-2024 10:11 AM
Uncle REMy hensem giler masa berlakon ngan intan najuwa tu
Nampak charming
Quote azimodin 17-4-2024 10:13 AM
anony-mous replied at 17-4-2024 09:27 AM
Klau compare masa remy muda dgn bbnu ni pon bbnu ni klah teruk. Mkin lama mkin xlawa pelakon2 mlaysi ...

Tapi kalau compare dengan hero2 movie 80an macam OS, Badul, Shah Reza, ebi saiful kira xlari jauh la level visual tu.
Quote nolya 17-4-2024 10:15 AM
Lama tak nampak Remy berlakon drama baru di TV.  Rindu dgn lakonan dia. Pelakon2 baru? Malas nak  tengok.
Quote DottieDot 17-4-2024 10:20 AM
Bagi I hero Melayu yang package aura, tarikan aesthetic + lakonan adalah Faizal Hussein, Remy Ishak & Bront Palarae (wlupn dia mixed sbnrnya)..
Quote She-Ra 17-4-2024 11:20 AM
azimodin replied at 17-4-2024 10:11 AM
Remi dengan bront another level la. Vibe macho ala2 model dunhill zaman dulu2.

bront tu kan ehh ntahla nak ckp mcm mana
dia punya aura tuuu.. dr dulu sampai sekarang
dgn ala2 cool dia tu.. pedulik hape dia follower ig tak ramai, job berkepuk jua sampai ke indo sana
pengarah tanah melayu manjang tgk follower jota jota tp kayu ehh tak semuaaa
iols suka je amir ahnaf dgn mierul ni.. suka tgk lakonan dorg kt 'AKU KAHAR, KAPLA HIGH COUNCIL"
Quote anony-mous 17-4-2024 01:03 PM
azimodin replied at 17-4-2024 10:13 AM
Tapi kalau compare dengan hero2 movie 80an macam OS, Badul, Shah Reza, ebi saiful kira xlari jauh  ...

Hahaha 80an tu kira variety. Ok la sbb ada mcm2 jenis pastu bakat lakonan mantap. Tp 80an bkn ke ramai hensem2 jgk
Quote hokeypokey 17-4-2024 01:37 PM
abam wemy busy jaga anak jer skrg..
Quote anilanil 17-4-2024 01:45 PM
Edited by anilanil at 17-4-2024 01:47 PM

Bamwemy target audience nya lain, of course la level pon lain. Characters, genre pon takleh nak setara ngan retis bbnu. Takkan nak bawa watak college student lagi? Tapi bamwemy debut era pon best, tak kayu kayan. Yg itu bole sama level ngan mierul rahang, amir handsome & nadhir art berat. Ketiga-tiga tu takde la kayu kayan papan lapis level bamtah debut era. High possibility la dak bertiga tu jadi pemain filem papan atas mcm bamwemy & acik nasrul palarae.
Quote ezacbee 17-4-2024 02:06 PM
Paling real watak salman bhai..

Adekk putehhhhh..

Quote beatgirlX 17-4-2024 02:25 PM
She-Ra replied at 17-4-2024 11:20 AM
bront tu kan ehh ntahla nak ckp mcm mana
dia punya aura tuuu.. dr dulu sampai sekarang
dgn ala2  ...

Weh... Aku like sejuta kali komen ko...
Aku mmg minat gler kat Bront... Nak kata hensem aku admit dia bkn la kategori hensem sgt tapi aura dan karisma dia lain macammmm... Tua2 pun mcm woww...kalau ikutkam utk aku laa.. Bront dgn Aaron... Aku lagi suka tgk Bront...
Lg pelakon gred A yg aku suka Zul Huzaimy and of coz la Beto...
Quote doodlediddle 17-4-2024 02:29 PM
You’re right abam wemy! You dah level ataih dari diorang with VAST Experiance. Can’t compare with the bbnus
Quote wikedsaikel 17-4-2024 02:33 PM
Of courseeee. Yg baru semua muka style kpop. Abe remy style benua lain. (sambil menari bollywood)
Quote HoneyManjer 17-4-2024 02:36 PM
versatile la abam wemyyyyyyyyyyyyyyy
we love you forevahhhhhhhhhhh!!!!!

Lihat semua komen(89)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.177383 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top