PETALING JAYA – Anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Nurulhidayah berkongsi perasaan lega apabila pernikahannya bersama suami disahkan oleh kerajaan Malaysia. Nurulhidayah dalam satu perkongsian di Instagram memaklumkan proses bagi mendapatkan pengesahan tersebut memakan masa selama tujuh tahun. “Alhamdulillah selepas tujuh tahun. Segalanya menjadi proses dan pengajaran dalam sebuah perjalanan hidup. “Jangan mengambil mudah perkara yang kita anggap mudah dan menjadi kebiasaan bagi mereka yang mengambil kesempatan atas kemudahan yang bakal memberi implikasi kemudian hari,” katanya di sini hari ini. Melalui tinjauan di ruang komen, Nurulhidayah ketika menjawab persoalan mengenai perkahwinannya, beliau memaklumkan bahawa surat nikah tersebut dari kerajaan Arab Saudi yang perlu disahkan di Malaysia. “Nikah sah di Mekah cuma tiada pengesahan dan sijil nikah di Malaysia.
“Pernikahan di luar negara perlu mendapat pengesahan di Malaysia baru boleh dapat surat dan sijil nikah dari kerajaan Malaysia,” katanya. Untuk rekod, Nurulhidayah bernikah pada Jun 2017 bersama pilihan hatinya, Datuk Saiful Nizam Mohd. Yusoff di Masjid al-Haram, Mekah. Sumber – KOSMO! ONLINE. |
stingergrumpy replied at 15-5-2024 12:16 PM
Wah lama jugak kena 'puasa'... berapa tahun air gatal bertakung ni?
nw111 replied at 15-5-2024 08:32 PM
Cepat sheols move on...bukan lama sgt laki sheols mati masa sheols kawin tu...
rbmy replied at 15-5-2024 04:04 PM
takde makna la.. hahhahahhaa sah nikahnya.. cuma sijil je lambat
stingergrumpy replied at 16-5-2024 09:58 AM
Oh boleh main ler maknanya? Aku ingat ibarat macam nikah gantung giteww....tak boleh menenggek unt ...
ADVERTISEMENT