PUTRAJAYA -- Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menyatakan bahawa kerajaan tiada hubungan dengan sayap ketenteraan Hamas. Fahmi berkata bagaimanapun parti politik mempunyai hubungan dengan sayap politik organisasi itu. "Tetapi semua parti politik dalam negara kita mempunyai hubungan dengan sayap politik organisasi tersebut atas dasar perjuangan untuk menegakkan Palestin. "Bagi saya atau kerajaan, sudah pasti dengan pendirian yang jelas kita mengambil tindakan-tindakan yang dirasakan wajar dan tidak bertentangan dengan prinsip dan undang-undang. "Dan juga prinsip yang kita pegang iaitu "dari sungai ke segara, Palestin pasti merdeka"," katanya. Beliau berkata demikian dalam satu sidang media pada hari ini. Info lanjut menyusul. Sumber: Awani/SiakapKeli |
Decaffeinated replied at 15-5-2024 08:36 PM
Bukan mudah jadi kerajaan Malaysia. Depan rakyat jadi penyokong Hamas, di persada antarabangsa cakap ...
Kurex replied at 15-5-2024 11:59 PM
Fafok ni kementerian apa sampai semua isu nak ulas
axl_bach replied at 16-5-2024 12:04 AM
Sbb secara teknikalnya mmg Hamas yg govern Gaza sbg political entity.
Decaffeinated replied at 15-5-2024 08:36 PM
Bukan mudah jadi kerajaan Malaysia. Depan rakyat jadi penyokong Hamas, di persada antarabangsa cakap ...
ADVERTISEMENT