Oleh : TS LOO Warung Kelapa Sawit yang bertempat di Juru, Seberang Perai, Pulau Pinang, betul-betul di tepi Jalan Perusahaan, kalau mai Penang, hang tak singgah, memang tak sah kata hang mai Pulau Mutiara.
Cuba bayangkan keseronokan menjamu selera di bawah pokok kelapa sawit, inilah tarikan utama warung tersebut. Sesiapa yang datang ke Warung Kelapa Sawit, selain khemah yang sedia ada, kebanyakan orang lebih gemar duduk di bawah pokok kelapa sawit, cuma kalau cahaya matahari terlalu terik, maka pelanggan akan beransur-ansur masuk ke dalam khemah untuk menjamu selera.
sumber foto: https://farm6.staticflickr.com/ Walaupun, bernama Warung Kelapa Sawit, tetapi kebanyakan orang menamakan tempat ini sebagai Juru Ikan Bawal, ini kerana tempat ini memang terkenal dengan goreng ikan bawal nya. Setiap hari apabila tiba saja waktu makan tengahari, orang ramai akan dengan penuh disiplin beratur di depan warung sambil menunggu kakitangan warung tersebut mengeluarkan ikan-ikan bawal yang telah siap panas digoreng dan letak di pingan masing-masing. Ketika menunggu, jangan lupa ambil rencah sos kicap istimewa hasil buatan sendiri. Ikan bawal goreng yang wangi dan garing tersebut perlu dimakan sekali dengan rencah sos kicap yang istimewa tersebut, barulah kelazatannya terserlah dengan sempurna, jangan lupa mencuba tau! Sebenarnya ramai juga yang pelik kenapa ikan bawal goreng nya begitu istimewa sehinggakan rata-rata pelanggan sanggup beratur panjang dan menunggu. Punca utama saya begitu suka ikan bawal goreng di sini adalah kerana sebaik sahaja ikan bawal itu siap digoreng dengan garing, memang wangi dan garing rasanya, lebih-lebih lagi kegaringan ikan itu membolehkan kita makan sekali tulang nya. Bagi mereka yang bercadang untuk pergi Pulau Pinang, jangan lupa singgah ke warung Kelapa Sawit tersebut, kerangupan ikan bawal gorennya pasti membuatkan anda ketagih bila-bila masa.- CARI Infonet |
11
Bagus |
12
Marah |
8
Terkejut |
8
Sedih |
4
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
linaekor: nampak mcm best............
cendolsantan replied at 16-12-2015 06:10 PM
sebenarnya saya pernah pergi makan kat sana, suasana memang best, ikan bawal gorengnya kena makan di ...
ADVERTISEMENT