CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malaysia juara berganda Piala Dunia Sepak Takraw 2024, kalahkan Thailand

23-5-2024 05:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 20616| Komen: 34


KUALA LUMPUR: Stadium Titiwangsa menjadi saksi kejayaan luar biasa skuad sepak takraw negara apabila meraih gelaran berganda pada saingan Piala Dunia 2024, sebentar tadi.

Selepas mengungguli acara double, skuad negara melengkapkan malam gemilang mereka dengan turut menjuarai saingan regu menerusi kemenangan ke atas Thailand pada aksi final.

Trio negara yang dibarisi Farhan Adam, Syahir Rosdi, Azlan Alias (Haziq Hairul Nizam) mempamerkan prestasi menakjubkan untuk menumbangkan regu Thailand, Poramet Siriswat, Sittipong Khamchan, Varayut Jantarasena (Siriwat Sakha) 15-8, 15-12.

Dibantu sokongan padu kira-kira 3,000 penyokong yang hadir di Stadium Titiwangsa, regu Malaysia bermula dengan aksi penuh meyakinkan apabila kekal mendahului sepanjang perlawanan sebelum mencatat kemenangan 15-8 di set pertama.

Thailand yang tersentak dengan kekalahan set pertama cuba bangkit dan memberi tentangan dalam usaha untuk mengheret ke set penentuan.


Bagaimanapun, trio negara diketuai Farhan kekal tenang dalam menyerap segala asakan skuad Gajah Perang sekali gus menoktahkan kemenangan 15-12 di set kedua.

Sebagai rekod, kali terakhir regu Malaysia berjaya menumbangkan Thailand adalah pada saingan Siri Super ISTAF 2015 di Melaka.

Kemenangan regu negara menambahkan koleksi kejuaraan Malaysia pada edisi Piala Dunia tahun ini gandingan Aidil Aiman Azwawi-Noraizat Mohd Nordin menjuarai acara double.

Aidil-Noraizat mencatat kemenangan 17-16, 15-13 ke atas gandingan Thailand Seksan Tubtong-Kittiphum Sareebut dalam final double.

Pingat emas dalam acara double dan regu itu adalah yang pertama buat Malaysia dalam saingan Piala Dunia sejak diperkenalkan pada 2011.

Sumber ; Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 23-5-2024 07:42 AM
hahaha! teringat plak smlm lalu explore iols. yg player lawan ni celebrate awl sgt, sekali msian player bg 1 lagi kick. terciduk heols.
Quote pokokmeranti 23-5-2024 08:42 AM
Tahniah, anak muda kebanggaan negara.
Quote rospinki 23-5-2024 08:50 AM
tahniah team Malaysia
Quote hayrin86 23-5-2024 09:20 AM
Tahniah pasukan Harimau Malaya dalam sukan takraw ini..
Quote syamzana 23-5-2024 09:23 AM
tahniah!!!

hebat blh kalahkan thai
Quote mejaputih 23-5-2024 09:24 AM
Tahniah .kita kembali...
Quote mrsbale 23-5-2024 09:25 AM
Tahniahhhhh.
Happy & sebak rase masa dorg menang
Quote TabletSusu 23-5-2024 10:21 AM
syamzana replied at 23-5-2024 01:23 AM
tahniah!!!

hebat blh kalahkan thai

kannn..
aku yg tgk ni dgn dup dap nya.. x senang duduk
Quote Weller 23-5-2024 10:27 AM
tahniah!!!


ada jugak berita positif sukan negara



tapi jangan celebrate lebih lebih sangat, flop karang tak naik naik, pastu kena kutuk, sentap....


huhuhu
Quote She-Ra 23-5-2024 10:37 AM
setelah sekian lama, akhirnya... tak tgk pun game ni sb duk p layan movie the experts . apapun iols gumbiraaaa.. teringat kekecik dulu bila kita lawan musuh tradisi ni, game panassss dgn gelagat masing2 yg kuat nganjing. asalnya player thailand yg suka nganjing, team kita layannn lawannn.. kdg2 terhibur tgk dorg menari2, kdg2 rasa nak carut hahaha

penah jumpa dan bergamba dgn si tinggi lampai syahir masa thn 2017 di stadium titiwangsa. mmg tinggi gila wehhh...iols paras siku dia je hahahaha
Quote matseh 23-5-2024 12:31 PM
Ada lagi, Berpasukan start hari ni. 3 regu.
Grp C, Jepun & Brunai.
Jika menang,Malaysia sapu semua Juara Dunia.
Kemenangan Doubles & Regu semalam mmg membanggakan. Sistem servis 1 dan point 15 make the game more intresting.

Quote penmerah 23-5-2024 12:50 PM
Bestnya nak cari kat utube lah
Tahniah pasukan msia
Quote penmerah 23-5-2024 12:51 PM
matseh replied at 23-5-2024 12:31 PM
Ada lagi, Berpasukan start hari ni. 3 regu.
Grp C, Jepun & Brunai.
Jika menang,Malaysia sapu semua  ...

Harap msia menang
Rtm Ada buat live Ka?
Mana NK tengok live?
Mohon shate
Quote Denco 23-5-2024 01:27 PM
Tahniah Msia.
Kali ni baru dpt kalahkan Thai.. dulu selalu kecewa je.
Quote beatgirlX 23-5-2024 01:51 PM
Suka dgr pengulas smlm.. Aku terhiburrr
Quote matseh 23-5-2024 01:58 PM
penmerah replied at 23-5-2024 12:51 PM
Harap msia menang
Rtm Ada buat live Ka?
Mana NK tengok live?

Astro. 801.
RTM not sure ada ke tidak
Quote penmerah 23-5-2024 02:01 PM
matseh replied at 23-5-2024 01:58 PM
Astro. 801.
RTM not sure ada ke tidak

Tq bro
Quote haruslah 23-5-2024 02:06 PM
penmerah replied at 23-5-2024 12:51 PM
Harap msia menang
Rtm Ada buat live Ka?
Mana NK tengok live?

Search fb bolarotantv
Kat yt pun ade tp x igt

Best pengulas dia..ceria
Quote haruslah 23-5-2024 02:11 PM
She-Ra replied at 23-5-2024 10:37 AM
setelah sekian lama, akhirnya... tak tgk pun game ni sb duk p layan movie the experts  . apapun io ...

Bagus nya dia siap dedikasikn kemenngan kat faisal halim

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.049129 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top