CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Iman Troye tangguh pengajian, beri tumpuan kepada single baharu

30-5-2024 04:46 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14744| Komen: 23


Penyanyi Iman Troye, 22, memutuskan untuk menangguhkan pengajian buat sementara waktu bagi memberi tumpuan kepada single baharu.

Iman yang juga penuntut Diploma Muzik, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam berkata, dia bakal muncul dengan single yang berkemungkinan diletakkan judul Kemboja selewat-lewatnya Jun depan.

Katanya, kesukaran membahagikan masa antara nyanyian dan pengajian menyebabkannya mengambil keputusan menangguhkan pengajian yang memasuki semester kelima.

"Keputusan ini bukan dibuat sendiri, tapi saya dapatkan restu keluarga. Sebagai anak bongsu, tentulah saya kena dahulukan ibu bapa sebelum membuat apa-apa keputusan.

"Sebelum ini, kerjaya seni saya agak perlahan kerana sibuk belajar, jadi kali ini saya nak fokus betul-betul pada single baharu," katanya yang ditemui pada Majlis Raikan Result SPM dan Pelancaran Insentif Pelajar Cemerlang PTTI di Bangi, baru-baru ini.



Sementara itu, kata Iman lagi, dia akan menyambung pengajian selepas segala single baharu selesai dan sasarannya tercapai.

"Buat masa ini, belum tahu berapa lama saya akan berehat. Lepas selesai semua berkaitan single baharu dan beberapa impian, barulah saya akan sambung pengajian semula.

"Insya-Allah kalau ada rezeki, saya nak sambung ke peringkat ijazah, tapi apa yang penting habiskan diploma dahulu.

"Alhamdulillah, sepanjang belajar di peringkat diploma keputusan saya semuanya mencapai dekan walaupun sibuk dengan nyanyian," katanya.

Berkongsi peranannya selaku Ikon PTTI untuk tahun ketiga, Iman gembira melihat peningkatan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Kejayaan pelajar bukanlah sebab saya. Tugas saya hanya untuk tarik minat pelajar dan berikan kata semangat," katanya.

Sumber ; Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 30-5-2024 09:09 AM
bukan ker menanyi tu boleh malam ker... weekend ker...
hahahhahahaha....

baru diploma jer kott....
Quote Kurex 30-5-2024 09:36 AM
halahhhh halahhhhhhh macam single tu siap dalam masa setahun..
Quote Kurex 30-5-2024 09:37 AM
tapi lantak kau la, bukan aku minat kau pun.. lagu2 kau pu  aku tak tau. yg aku tau muka kau mcm vida
Quote MissVixen 30-5-2024 09:40 AM
Sambung diploma je pun. Kampus pun dekat je. Suara vida junior ni dah la tak sedap, baik la sambung belajar dan mantapkan ilmu muzik tu.
Quote jalfa 30-5-2024 09:43 AM
Korang ni diploma je pon..biarlah dia patut bagi lebih semangat lagi....asalkan dia nak belajar dah cukup bagus...dunia retis tak banyak yg berpeljaran tinggi sebab tu yg kuban kuban je gosip setiap minggu...harap troye sambung balik la lepas single meletop sbb dah sem 5...
Quote hayrin86 30-5-2024 10:09 AM
Kurex replied at 30-5-2024 09:37 AM
tapi lantak kau la, bukan aku minat kau pun.. lagu2 kau pu  aku tak tau. yg aku tau muka kau mcm vid ...

Sama la.. Anisong (runut bunyi anime Jepun) lagi padu..

Quote hokeypokey 30-5-2024 01:39 PM
bila nk berduet ngan dato vida?
Quote anarina 30-5-2024 10:10 PM
Ape ke bodow la jd Duta pelajar cemerlang skali duta extend study???? Ya Allahhh apa la benak nya
Quote Hoola 30-5-2024 10:21 PM
tangguh pngjian...???single je punnnnnnnnnn
ingatkan albummmmmnn

kahhhh
Quote naina 31-5-2024 07:51 PM
jalfa: Korang ni diploma je pon..biar ...


Apoo sem 5? Aku takut dia dah malas nak sambung je..betolla diploma muzik je pun nak tangguh2. Plus memang bidang dia pun..tak lari dengan keje dia. Patut boleh jalan seiring.
Quote one_aiman 31-5-2024 08:01 PM
diploma muzik, dia pun penyanyi..susah jugak ke nak commit utk study dan kerjaya? Lain la kalau dia amik law, kerja pelakon..sampai sudah x grad sebab busy berlakon
Quote sleepandream 1-6-2024 01:07 AM
diploma muzik skip kelas pun takpe kot....
sedangkan dak2 pharmacist uitm pun selamba badak je tak masuk kelas

Quote jejaka_hensem 1-6-2024 03:50 AM
jalfa replied at 30-5-2024 09:43 AM
Korang ni diploma je pon..biarlah dia patut bagi lebih semangat lagi....asalkan dia nak belajar dah  ...

Biasa la sis,acik2 forum terpaling ni..
Quote fadz84 1-6-2024 07:12 AM
one_aiman replied at 31-5-2024 08:01 PM
diploma muzik, dia pun penyanyi..susah jugak ke nak commit utk study dan kerjaya? Lain la kalau dia  ...

Ngata Datin ke tu? Oppsss.. masih study ke pelakon tu?
Quote bulalof 1-6-2024 08:05 AM
dasar peMALAS!
Quote kerani_je 1-6-2024 09:51 AM
bulalof replied at 1-6-2024 08:05 AM
dasar peMALAS!

Apa yg malasnye? Dah elok la die extend study dulu, bukan die stop terus belajar..Die tau la nk manage hidup die..Zaman skarang duit pun perlu, dah alang2 dpt offer job kluarkn single sauk je la dulu..Akan dtg blm tentu lagi ada offer..Bukan selamanye zaman kite org nk minat..Ada la tu plan die alang2 dah dlm industri..2, 3 tahun akn dtg takut org dah lupa kewujudan iman troye..Alang2 sauk je la dulu rezeki job yg ada skrang..
Quote annadonna 1-6-2024 10:12 AM
Tangguh ke mmg progress hauk kat uni. Selalu artis yg belajar ni doranglah paling hauk dlm kelas. Mana yg betul betul bijak akan slow down dulu macm najwa latif. Tapi risikonya bila dah abis belajar artis lain dah ramai, industri pun dah lain. Tapi kalau ada higher degree apalah dikisahkan. Menyanyi jadi hobi ajelah.
Quote sukanyanyi 1-6-2024 10:26 AM
Kurex replied at 30-5-2024 09:36 AM
halahhhh halahhhhhhh macam single tu siap dalam masa setahun..

Tahnye.. kalo album tu lain la...
Quote sukanyanyi 1-6-2024 10:29 AM
one_aiman replied at 31-5-2024 08:01 PM
diploma muzik, dia pun penyanyi..susah jugak ke nak commit utk study dan kerjaya? Lain la kalau dia  ...

Hahaha.. terkena yg sorang tu ye.. dgn nak layan laki lg, gi event glemer2 lg..

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.038614 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top