CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ellie Suriaty Terbuka Hati Untuk Kahwin Lagi – ‘Saya Suka Alam Perkahwinan’

31-5-2024 12:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16044| Komen: 59

Description: Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty menyatakan dia selesa mengekalkan hubungan baik dengan bekas suami, Azri Iskandar demi kebaikan anak-anak.

Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty menyatakan dia selesa mengekalkan hubungan baik dengan bekas suami, Azri Iskandar demi kebaikan anak-anak.

Memetik laporan Melodi, Ellie berkata, dia tiada niat untuk kembali semula dengan bekas suami namun masih mahu Azri kekal dalam kehidupannya.

"Saya lebih selesa untuk kami bersaudara. Sangat penting untuk kita mengekalkan persaudaraan. Saya anggap Azri sebagai sebahagian daripada kehidupan kita."

"Saya tak boleh membenci dia dan dia adalah bapa kepada anak-anak saya. Tetapi adalah lebih baik untuk kita meneruskan perhubungan ini sebagai saudara."

"Insya-Allah kalau saya ada jodoh dengan orang lain, saya juga nak dia terlibat dan akrab dengan teman lelaki saya pada masa akan datang. Saya cakap ni supaya jangan fikir saya akan balik semula dengan Azri lah. Kita hormati ruang masing-masing."

Disoal untuk kembali berumah tangga, Ellie berterus terang dia bersedia untuk kahwin lagi.




"Ya mesti. Saya suka alam perkahwinan. Pada saya, ia sesuatu alam yang sangat suci tetapi saya tidak memaksa untuk keadaan itu berlaku. Itu semua dengan izin Allah Taala. Kalau Allah kata tak ada, tak adalah nak buat macam mana."

Mengulas tentang penglibatan dalam persiapan perkahwinan bekas suami dengan wanita pilihannya, Ellie gembira dapat mewakili pihak lelaki.

"Tapi saya tumpang gembira untuk Azri dan saya doakan yang terbaik. Saya harap bakal isteri dia dapat menerima apa yang kita lakukan bukan untuk mengatakan sebaliknya tetapi semata-mata wakil pihak lelaki itu sahaja."

Untuk rekod, Ellie dan Azri sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 17 Mei tahun lalu selepas 19 tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 19, dan Nur Azreen, 15.

Sumber: Melodi/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sangbara2020 30-5-2024 07:49 AM
aku slalu tgk yg cerita lawak dia tgh mkn dgn apek,syanie,sape lg 2 org tu...
tp apesal dia nih bertambah kepam
Quote anarina 30-5-2024 08:08 AM
Biasalah mmg susah nak move on lg2 dgn laki yg kita beranak anak2 dia, nak beranak anak dia dah tentu ngesek beratus2 kali tp takpe chuolszah ati baik. Kawan2 je baik2. Uve big hearts. Bulan semua org mampo kak Ely oi.
Quote Burong_Hantuk 30-5-2024 08:38 AM
ada ke yg sudi pd acik selekeh kepam ni????
Quote annadonna 30-5-2024 08:59 AM
Dia takdelah kepam sgt kat luar. Dia tak fotogenik je. Mmg dia tak cinta dah kat azri tu. Pasal tu lepas tau azri nak kawin baru nampak dia happy balik.
Quote Hessa 30-5-2024 09:06 AM
annadonna replied at 30-5-2024 08:59 AM
Dia takdelah kepam sgt kat luar. Dia tak fotogenik je. Mmg dia tak cinta dah kat azri tu. Pasal tu l ...

ye..tk fotogenik.pd i dia ni ada manisnya..cuma kulit dia sedikit gelap. tp kalau dia groom diri dia ala2 wanita korporat moden..lawa yg pakaian style2 dato shafinaz tu baru menyerlah. mcm mana nk ckp eh..mcm tu lah
Quote Mary_jane 30-5-2024 09:25 AM
Dalam tarantula stylo je ellie. Best kot cerita tu. Casting tiptop dengan hani mohsin yang dashing. Moga ellie bertemu jodoh juga. Baik je dia layan ex meski dah tak sama2.
Quote putericahaya999 30-5-2024 09:29 AM
Dia penah jadi stewardess MAS
Quote silampumeja 30-5-2024 09:33 AM
Hessa replied at 30-5-2024 01:06 AM
ye..tk fotogenik.pd i dia ni ada manisnya..cuma kulit dia sedikit gelap. tp kalau dia groom diri d ...

tgk waktu temuramah dgn zarul tu dia cantik je...plus sangat bijak bercakap. share experience pun best dengar.
Quote DOGGER 30-5-2024 10:23 AM
Terus iolls google gambar stewardess dia. Not bad. But tak boleh lupa kepamness of this hacik time kat luar court for bossku dulu. Choyyyy.
Quote Barebow77 30-5-2024 10:30 AM
Walau nampak selekah dan kepams tapi acik ada soft spot kat elly nie..nampak baik dan berjiwa besar..semoga ada lelaki yang sudi memperisterikan elly..somtaim ada je lelaki yang minat woman like her..all the best..
Quote ezacbee 30-5-2024 10:32 AM
sangbara2020 replied at 30-5-2024 07:49 AM
aku slalu tgk yg cerita lawak dia tgh mkn dgn apek,syanie,sape lg 2 org tu...
tp apesal dia nih bert ...

Kuman ngan yasin.. memang kelakar part tu..

Watak paling ingat pah bedah..

Quote kerani_je 30-5-2024 10:42 AM
Burong_Hantuk replied at 30-5-2024 08:38 AM
ada ke yg sudi pd acik selekeh kepam ni????

Dah menopouse ke belum acik elly yg nak nikoh lagi ni? Dah tua2 fokus diri sendiri lagi bagus..Bila dah berlaki balik nnti dah susahkan diri balik nk kena masak utk laki,  basuh baju laki..Better la single tua2 ni n anak dah besar pun,  tak perlu nk galas tanggungjawab jaga makan, minum,  pkai lelaki..Dapat plak laki biawak balik tak ke naya hidup di usia emas..
Quote kerani_je 30-5-2024 10:44 AM
Barebow77 replied at 30-5-2024 10:30 AM
Walau nampak selekah dan kepams tapi acik ada soft spot kat elly nie..nampak baik dan berjiwa besar. ...

Raja azura pun makan masa nk cari pengganti..ziana zain smpai ke sudah x nikoh baru..Cik yelly ni sape je nak..Udah2 la cari laki baru..Better tua2 hidup single je..Tgk erma fatima aman2 je single tua ni..
Quote nuhanis 30-5-2024 11:00 AM
Dia ni masa zaman2 drama mastura kat ntv7 dulu, lawa je kan. muka klasik. dia ke ntah org lain.
Quote adelea 30-5-2024 11:02 AM
annadonna replied at 30-5-2024 08:59 AM
Dia takdelah kepam sgt kat luar. Dia tak fotogenik je. Mmg dia tak cinta dah kat azri tu. Pasal tu l ...

Klu dgr citer dia komen kat melodi , sayang kat azri ni bukan macam laki bini dah , lebih kepada adik beradik … sayang famili .. nampak la mmg elly ni je yg. Oleh jaga azri .. cuma deme dah xde cinta …
Quote BellaThePrinces 30-5-2024 11:17 AM
alahhhhh...tetiba terlintas lak kat pikiran..kalau lah acik elly kawin baru..kesian shuringai masih tak laku...ehhh...ehhh

Quote drivethru 30-5-2024 12:32 PM
Masih tertanya tanya, macam mana orang tak lawa mcm dia boleh jadi cabin crew. Mmg ramai crew MAS yg tak cantik, tapi dia top 1 paling rak cantik
Quote DukunSentet 30-5-2024 12:35 PM
kerani_je replied at 30-5-2024 10:44 AM
Raja azura pun makan masa nk cari pengganti..ziana zain smpai ke sudah x nikoh baru..Cik yelly ni  ...

Itulah..Raja Azura, Erma Fatima, Ziana Zain dan sewaktu dengannya memilih untuk lone rangers sebab tak kuasa nak melayan tok laki maybe..Elly pulak lebih kepada suka alam perkahwinan kan..maybe sejenis suka berteman..tak mau tua sorg2 kot..so doa jelah baik2 kalau itu pilihan dia..

#donebekapellysuriati

Quote intan_smsb 30-5-2024 12:37 PM
kerani_je replied at 30-5-2024 10:42 AM
Dah menopouse ke belum acik elly yg nak nikoh lagi ni? Dah tua2 fokus diri sendiri lagi bagus..Bil ...

ni meols setuju
lani byk laki xde kualiti

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-7-2024 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.086859 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top