Kemunculan pertama tonggak utama Selangor FC,Mohamad Faisal Abdul Halim selepas kejadian disimbah asid yang menimpanya awal bulan lalu. Pemain sayap sensasi Harimau Malaya kelahiran Pulau Pinang itu mengakui berasa sedih dengan insiden yang menimpa dirinya. "Jujur cakap sudah pasti saya sedih dengan apa yang telah berlaku. Tetapi apa yang berlaku tetap berlaku dan kita tidak boleh ubah perkara yang sudah lepas," katanya pada sidang media yang diadakan di SFC Training Centre pada Khamis.
Sumber : Astro Awani |
ADVERTISEMENT