CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nora Danish Dan Nedim Nazri Sah Cerai Talak Satu Setelah 7 Tahun Berkahwin

19-6-2024 10:29 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 21950| Komen: 129


Memetik Gempak, pelakon jelita Nora Danish dilaporkan sudah bercerai dengan suami, Nedim Nazri setelah 7 tahun mendirikan rumah tangga.

Difahamkan, kedua-duanya bersetuju untuk berpisah secara baik menerusi prosiding yang berlangsung di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Ketika ditemui media, Nora memohon agar semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau andaian mengenai dugaan cerai yang menimpa mereka.


"Saya harap semua boleh hormati jawapan yang saya boleh kongsikan iaitu saya dan bekas suami saya, telah dapat persetujuan bersama untuk mengakhiri hubungan kami setelah 7 tahun."

"Harap juga tiada teori-teori tentang perpisahan kami, saya amat pentingkan keharmonian kedua-dua keluarga, keluarga saya dan Nedim, terutama anak-anak kami sebab nak besarkan mereka dalam keadaan positif."

Nora juga memohon doa orang ramai untuk diberikan perkara yang baik buat mereka sekeluarga.


Sekadar info, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka berdua dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl yang kini berusia 6 tahun.

Terdahulu, Nora memaklumkan bahawa perkahwinannya bersama Nedim sedang dilanda pergolakan.

Sumber : Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CurangLagi 19-6-2024 10:33 PM
Sayangnya pasangan ni. Apa2pun semoga yg baik2 saja. Go go ND
Quote theotherfriend 19-6-2024 10:35 PM
ssemoga yang baik2 saja untuk keduanya
Quote Lailerthee 19-6-2024 10:35 PM
Baru tahu mahkamah bukak sampai malam
Quote Masukkeluar 19-6-2024 10:38 PM
Alahaii cool je nora ni..ned nmpk mcm masih takleh terima. Tp dh jodoh smpai situ. Aku plk tumpang sedih utk nora…2x kawin 2x cerai
Quote Perawankota 19-6-2024 10:39 PM
Sedih gak
Quote becir 19-6-2024 10:40 PM
Weh court bukak memalam ke? Amazed..
Quote iena_jr 19-6-2024 10:41 PM
Wow court pun kena OT ke
Quote likilu 19-6-2024 10:42 PM
Baru 42
Quote noor2 19-6-2024 10:43 PM
Knp si nora ni nk sgt bercerai?...rasa mcm.ned ni syg sgt kat dia..
Quote SalenaGomez 19-6-2024 10:43 PM
Lailerthee replied at 19-6-2024 10:35 PM
Baru tahu mahkamah bukak sampai malam

Tu lahhh, mcm special slot kot

InsyaAllah, semoga dipermudahkan urusan di masa hadapan
Quote Madel 19-6-2024 10:44 PM
Ramai sgt ke yg bercerai smpai mahkamah syariah buka smpai 8.30 mlm.
Quote tahanie 19-6-2024 10:47 PM
Wow special arrangement ke kat court
Quote Masukkeluar 19-6-2024 10:47 PM
noor2 replied at 19-6-2024 10:43 PM
Knp si nora ni nk sgt bercerai?...rasa mcm.ned ni syg sgt kat dia..

Tgk laa iv tu nmpk yg mmg nora nk mtk lepaskan..ned nmpk mcm xleh terima..jwb soalan reporter pn acuh tak acuh. Mmg dia sygkn si nora ni..puas pujuk dh tp bini dh tawar hati.. biasanya cmtu laa kalau bini tu independent & ada duit sdri mmg bini xkisah kalau cerai pn kecuali bini yg jenis bharap duit laki..yg hidup bgantung dgn laki
Quote cari.shaz 19-6-2024 10:48 PM
what's going on? 6 bulan tried to save the marriage pun tak dapek nak selamatkan? aku tumpang sedih. semoga yang baik² je datang selepas ni
Quote noor2 19-6-2024 10:49 PM
Masukkeluar replied at 19-6-2024 10:47 PM
Tgk laa iv tu nmpk yg mmg nora nk mtk lepaskan..ned nmpk mcm xleh terima..jwb soalan reporter pn a ...

Masa suami tgh susah la boleh kita nampak bini tu ikhlas ke tak sebenarnya...tgh suami senang semua syg...syg duit
Quote Masukkeluar 19-6-2024 10:50 PM
cari.shaz replied at 19-6-2024 10:48 PM
what's going on? 6 bulan tried to save the marriage pun tak dapek nak selamatkan? aku tumpang sedih. ...

Dh kalau dk asing mmg makin ssh laa nk baik
Quote anggeriklatifah 19-6-2024 10:50 PM
Sangat profesional dan matang masing2 both nedim &nora
Semogaa nora berjodohan dgn jejai semula
Quote CoffeeOverdose 19-6-2024 10:51 PM
okay la sbb tkda unnecessary drama from both party.
Quote SpyLeman 19-6-2024 10:57 PM
Aku bkn fan diorang. Tapi aku sedih gak la depa cerai. Tapi takyah lah nak matching2 kan balik dgn jejai acik porum wehhh.. kelakar sgt. Makcik tu dlm edah lagi kott

Lihat semua komen(129)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.128974 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top