CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ayda Jebat Sedih Tak Dapat Tidur Dengan Anak

21-6-2024 11:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10234| Komen: 47

Description: Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat meluahkan rasa sedih apabila perlu berkorban waktu tidur dengan dua anaknya kerana sibuk menjalani latihan untuk rancangan The Hardest Singing Show (THSS).


Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat meluahkan rasa sedih apabila perlu berkorban waktu tidur dengan dua anaknya kerana sibuk menjalani latihan untuk rancangan The Hardest Singing Show (THSS).

Memetik Astro Gempak, Ayda berkata dia sudah beberapa hari tidak tidur bersama anak-anaknya berikutan perlu menjalani latihan sehingga lewat pagi demi memastikan persembahan berjalan lancar.

“Kalau nak ikutkan saya dah beberapa hari tak tidur dengan anak saya. Sebab saya punya latihan balik lambat sampai pukul 5/6 pagi. Jadi bila nak buat satu persembahan yang flawless itu memang perlukan latihan yang banyak,” katanya.

Sementara itu, Ayda meluahkan rasa syukur kerana mempunyai keluarga yang memahami dan membantu ketika dia terlibat dalam program berkenaan.

“Saya rasa sangat teruk, tapi Alhamdulillah saya ada keluarga yang boleh tengokkan mereka.  Sebab bila saya bangun tidur pun ada lagi perkara lain yang saya perlu buat, sebenarnya ini yang paling hardest untuk saya lakukan,” katanya.


SUMBER: Astro Gempak/Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 21-6-2024 01:50 PM
Ingat bawak watak hantu td...terkejut tgk gambar...tp mmg sedih bila jauh dgn anak
Quote princessmiang 21-6-2024 01:51 PM
Pompuan ni over betul dalam rancangan the hardest tu..melebih2 sampai malas nak tengok sebab terlampau over
Quote CoffeeOverdose 21-6-2024 02:10 PM
Lps balik dh boleh kan tdo dgn anak tu sekejap sblm anak tu bangun pagi.
Quote Lavender_Violet 21-6-2024 02:21 PM
princessmiang replied at 21-6-2024 01:51 PM
Pompuan ni over betul dalam rancangan the hardest tu..melebih2 sampai malas nak tengok sebab terlamp ...

Tak tengok rancangan ni so tak tau
Rancangan ni pasal nyanyian atau lakonan sis Princess?
Quote MistrezHermanaz 21-6-2024 02:46 PM
dia je yg duk cerita psl hardest dia dlm show tu, anak demam, x dpt tido dgn anak..ada je mak2 yg join show tu, stacy, kaka xde pun ckp lebih2 sampai nangis2..dia ni je over
Quote shark_eow7 21-6-2024 02:49 PM
okey tak tengok program tuu. maaf.
Quote naina 21-6-2024 02:55 PM
Aku pun xtau kewujudan program ni
Tapi kat FB asikla muka dia keluar pasal ni
Dh kau yang pilih untuk tidak tidur dengan anak so whattt? Beriya benar buat kerja sia2. Buat penat, buang duit dan tenaga.
Kat FB 99% kecam.
Quote princessmiang 21-6-2024 03:00 PM
Lavender_Violet replied at 21-6-2024 02:21 PM
Tak tengok rancangan ni so tak tau
Rancangan ni pasal nyanyian atau lakonan sis Princess?

Dia nyanyian tp kena ada stunt mcm ala2 aisha retno buat masa AJL ritu..tp lagi extreme la..kena ikut tema tiap2 mgu..

Acik ni org suruh tema LED dia pergi tema hantu..pastu tema alat muzik dia guna piring astro..

Contestant lain elok je guna piano, gitar etc..tp sebab dia ni terpaling hazab dan beriye.. mgu first ke kedua yang dia jadi tarzan tu mmg too much..dgn dipeluk2 jantan dancer..

Over lah dia ni
Quote bungarose 21-6-2024 03:03 PM
Over sesangat macam ler ngko duduk dalam dunia peperangan
Diri sendiri yang beriya nak masuk show iteww alih2 merempan terpaksa berkorban bagai
Withdraw ajer ler dari show itewww da ngko merana sesangat
Quote naina 21-6-2024 03:08 PM
princessmiang replied at 21-6-2024 03:00 PM
Dia nyanyian tp kena ada stunt mcm ala2 aisha retno buat masa AJL ritu..tp lagi extreme la..kena i ...

Ada tertengok cebisan show Tarzan dia tu
Ya ampunnn
Dayus betol laki dia ya
BG restu tak kena cara
Berpeluk2 berdukung2 dgn jantan
Tu aku kata beriya benar buat maksiat
Quote msdummy.2018 21-6-2024 03:21 PM
Sb aku xtgk hardest singing sb ada minah poyo nih
Quote LaskarHijayu 21-6-2024 03:24 PM
Dah rindu sgt tu elok la dikeluarkan dia dr rancangan tu. Cam dia sorg je dlm rancangan tu ade anak halahhhh
Quote lasagna 21-6-2024 03:28 PM
princessmiang replied at 21-6-2024 01:51 PM
Pompuan ni over betul dalam rancangan the hardest tu..melebih2 sampai malas nak tengok sebab terlamp ...

demi sesuap nasi uols.. kann!
iols tak prnh amat tgk show ni,
so tak tau overnya camne.
Quote Lulu_717 21-6-2024 03:50 PM
princessmiang replied at 21-6-2024 01:51 PM
Pompuan ni over betul dalam rancangan the hardest tu..melebih2 sampai malas nak tengok sebab terlamp ...

Iolls risau btul tgk rancangan ni..bbaloi ke sakit2 buat stunt semua? If anything happened on stage agak2 insurance cover ke? If cedera ringan xpe lagi..buatnya jatuh, permanently disable naya je..
Quote lilacomot 21-6-2024 04:24 PM
ntah...over la kau nyahhh...sila undur diri
Quote kakasotong2 21-6-2024 04:38 PM
Buat persembahan kemain over beria sangat2 lepastu nanti sentap xdapat jadi juara. Macam masa dia join Family Duo dulu2 merentan mcm budak kecik kecewa xdapat jd juara siap ungkit belanja beratus ribu untuk buat persembahan setiap minggu. Kemain merajuk katanya dah xnak masuk pertandingan eh tiber masuk pertandingan The Hardest Singing Show ni pula.

Meols harap sheols bukan juara program ni biar sheols merentan lagi
Quote silampumeja 21-6-2024 04:39 PM
Bleh tahan kerja kuat dia kan... Non stop masuk bertanding
Quote acik79 21-6-2024 04:53 PM
Tak org paksa ko berjauhan tak boleh tido dgn anak ko…. Ko yg pilih… jgn nak merungut pula.
Quote Sazreena 21-6-2024 05:02 PM
Sooooooo...ko yg pilih nak commit en...hadap je la.

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-7-2024 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.405111 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top