CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ramai Lelaki Cuba Nasib Pikat Hati Nora Danish, Siap Mengaku Bawa Kereta & Motor Lepas Tangan!

22-6-2024 11:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14488| Komen: 108

Description: Seperti yang diketahui ramai, pelakon jelita iaitu Nora Danish kini kembali hidup ‘solo’ selepas sah berpisah secara baik bersama bekas suaminya, Nedim Nazri pada 19 Jun lalu.


Seperti yang diketahui ramai, pelakon jelita iaitu Nora Danish kini kembali hidup ‘solo’ selepas sah berpisah secara baik bersama bekas suaminya, Nedim Nazri pada 19 Jun lalu.

Terbaharu, hantaran video ‘latest’ Nora di hantaran TikTok telah menarik perhatian ramai apabila dipenuhi dengan komen jejaka yang mencuba nasib ingin berkenalan dengannya.

Menerusi perkongsian tersebut, ramai jejaka daripada pelbagai peringkat umur dilihat memperkenalkan diri mereka sambil berseloroh mendedahkan kebolehan yang ada pada mereka.

Terdahulu, Nora dan bekas suaminya, Nedim akhirnya bersetuju untuk berpisah secara baik menerusi prosiding yang berjalan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.


Pada 29 April lalu, Nora mendedahkan rumah tangga dengan Nedim yang dibina sejak 2017 bergolak.

Nora mengaku dia dan Nedim berusaha perbaiki hubingan sebaik mungkin agar tidak terjadi perkara negatif yang boleh memberi kesan kepada anak mereka.

Sekadar info, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia enam tahun.

Untuk rekod, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008.


Sumber: TikTok Nora Danish/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matjerk 22-6-2024 11:20 AM
Ewwwwww... korang ingat itu ke level nora? Level yg mencirit di ruangan komen promote diri??? LAMBERRRTTT lagi..
Quote mojarean_X 22-6-2024 11:22 AM
Insecure retis2 pompuan lain yg jd janda pun x dpt reaction begini
Quote nolya 22-6-2024 11:34 AM
matjerk: Ewwwwww... korang ingat itu ke level nora? Level yg mencirit di ruangan komen promote diri??? LAMBERRRTTT lagi..


Ala.... mereka tu mengusik dn tekel2 manja je.  Tau tak akan berhasilnya. Nora tentu pilih lelaki yg lebih secure, berpenghasilan lebih drp apa yg dia boleh dapat. Tak de maknanya Nora tak de beban batu pulak nak digalas.   
Quote tasha 22-6-2024 11:44 AM
Knp lain sgt muka ...buat surgery ke???
Quote Incanto 22-6-2024 11:49 AM
hahahah...lawak lah budak budak ni punya komen

bukan serius pun, minat tapi sedar diri
Quote dua_chzy 22-6-2024 11:51 AM
Begini ka rupa biasa2 kata acik porom? Idok acikkk idokkkk ni rupa tak biasaaa nihhhh berapa orang ja ko pernah jumpa macam rupa Nora Danish in real laiffffff
Quote Incanto 22-6-2024 11:51 AM
mojarean_X replied at 22-6-2024 11:22 AM
Insecure retis2 pompuan lain yg jd janda pun x dpt reaction begini

yg lain bising potpet potpet, sebelum dan selepas jadi janda

ND cool...lelaki suka
Quote Incanto 22-6-2024 11:52 AM
dua_chzy replied at 22-6-2024 11:51 AM
Begini ka rupa biasa2 kata acik porom? Idok acikkk idokkkk ni rupa tak biasaaa nihhhh berapa orang j ...

ada ...ruhainies kemut perasan muka sama ND
Quote dua_chzy 22-6-2024 11:53 AM
Incanto replied at 22-6-2024 03:52 AM
ada ...ruhainies kemut perasan muka sama ND

Ewwwwwwww mana hada samaaaaaaa ewwwwwwwwwwww
Quote dua_chzy 22-6-2024 11:54 AM
Padan muka Nedim kena tinggal, like aiols so jahat puas hati sangat gitu tau!

Semoga Nora dah tak kejar bad boy. Carik la jantan semenggah Nora ooiiiiii asal jangan curik laki orang dah laaaaaaa
Quote kepompong 22-6-2024 11:55 AM
tasha replied at 22-6-2024 11:44 AM
Knp lain sgt muka ...buat surgery ke???


zaman skrg kalau tak surgery pun boleh jadi lawa. Antara berani & tidak je

isunya.. retis lain buat muka tak jadi lawa pun, & nampak la kesan2 dia buat muka... kecuali a few

tenggelam la janda2 lain bila nowa masuk list janda bergetah di pasaran
Quote lightheaded67 22-6-2024 12:29 PM
go nowa go nowa go nowa agitu (dlm bnyk bnyk retis vain, ai leh terima nowa vain sajorrrrrr )
Quote noor2 22-6-2024 12:31 PM
Errr..knp dia buat video mcm.ni ...untuk apa..
Quote chandrahusin 22-6-2024 12:35 PM
Why settle for less
When you can have more
Go ND!
Quote noor2 22-6-2024 12:37 PM
matjerk replied at 22-6-2024 11:20 AM
Ewwwwww... korang ingat itu ke level nora? Level yg mencirit di ruangan komen promote diri??? LAMBER ...

Budak2 umo 20an ....euwww...baya anak2
Quote Marunggey 22-6-2024 12:46 PM
Depa melawak ja tu kakak.. hihiii
Quote miss_strangers 22-6-2024 12:48 PM
So antara retis Janda dlm kategori hots:

Nowa

Mawar

Bella

PS

So masing2 dah boleh buat group wassup la.
Quote putribatrisya 22-6-2024 01:14 PM
miss_strangers replied at 22-6-2024 12:48 PM
So antara retis Janda dlm kategori hots:

Nowa

Xrasa nowa nk join grp wasap depa. Nowa ada geng² dia sendiri hahahaha

Yg lain tu tersakiti sgt haha
Quote lanacondor 22-6-2024 01:35 PM
tasha replied at 22-6-2024 11:44 AM
Knp lain sgt muka ...buat surgery ke???

Pakai apps je la kakak

Lihat semua komen(108)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.067284 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top