CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Kami sanggup overnight (bermalam) di sini sejak malam tadi kerana mahu menjadi orang Malaysia pertama membuka pintu Apple Store ini,” - Pengunjung ...

22-6-2024 10:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8328| Komen: 33

Description: PETALING JAYA – Sambutan luar biasa daripada rakyat Malaysia yang sanggup menunggu semalaman dan beratur panjang untuk menghadiri acara pembukaan kedai fizikal Apple Store pertama di Malaysia hari in ...


PETALING JAYA – Sambutan luar biasa daripada rakyat Malaysia yang sanggup menunggu semalaman dan beratur panjang untuk menghadiri acara pembukaan kedai fizikal Apple Store pertama di Malaysia hari ini.

Menerusi tinjauan Kosmo! Online di media sosial, dua pengunjung dari Putrajaya dan Kuala Lumpur mengatakan mereka sudah bersiap beratur dan menanti di pusat beli-belah, The Exchange TRX, sejak pukul 11 malam, semalam.

“Kami sanggup overnight (bermalam) di sini sejak malam tadi kerana mahu menjadi orang Malaysia yang pertama untuk membuka pintu Apple Store ini,” katanya.

Dalam pada itu, terdapat juga seorang penggemar teknologi Apple dari China yang rela menunggu semalaman untuk hadir pada pembukaan istemewa pada hari ini.

“Saya sangat teruja kerana bediri di garisan paling hadapan. Saya akan mengagumi ruang yang cantik ini serta mengambil banyak gambar,” ujarnya.

Selain itu, turut hadir, Naib Presiden Jualan dan Operasi Antarabangsa Apple, Deirdre O’Brien, menjadi tumpuan oleh peminat Apple untuk tidak melepaskan peluang bergambar dan mengambil tanda tangan daripadanya.

Sementara itu, Apple Store juga membuat pemberian istimewa ‘tote bag’ khas kepada mereka yang beratur awal tanpa memerlukan sebarang pembelian.

Meninjau lagi di media sosial, terdapat kenyataan daripada seorang pengguna yang menjawab persoalan tentang kehadiran orang ramai sedangkan mereka boleh pergi pada hari lain tanpa perlu beratur panjang.

“Setelah 23 tahun menunggu, akhirnya Malaysia mempunyai sebuah Apple Store. Mungkin sesetengah warga maya menganggap itu perkara biasa namun kontradiksi buat peminat setia Apple, jadi tak perlulah kita nak persoalkan, itu hak mereka,” kata @XavierNaxa.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote margo20 22-6-2024 10:47 PM
So ape beza dgn machines or switch?
Quote mojarean_X 22-6-2024 10:56 PM
Ntahlah dekk kalo jd plg awal dpt apa dekk??
Quote piyek92 22-6-2024 11:10 PM
margo20: So ape beza dgn machines or sw ...


Kiranya ni betul2 Apple punya kot macam showroom apple
Quote piyek92 22-6-2024 11:11 PM
mojarean_X replied at 22-6-2024 10:56 PM
Ntahlah dekk kalo jd plg awal dpt apa dekk??

Dapat cerita kat anak cucu
Quote _blackbird 22-6-2024 11:15 PM
margo20 replied at 22-6-2024 10:47 PM
So ape beza dgn machines or switch?

Beza lah. Bila ada apple store maksudnya ummah malaya boleh access semua full range apple product & accessories termasuk better warranry coverage. Switch & machine tak bawa full range.
Quote yoppoy 22-6-2024 11:36 PM
Todia ios fanbois and gewls dah kelua gua
Quote yoppoy 22-6-2024 11:36 PM
Todia ios fanbois and gewls kelua gua
Quote hyie 23-6-2024 12:07 AM
mojarean_X replied at 22-6-2024 10:56 PM
Ntahlah dekk kalo jd plg awal dpt apa dekk??

kekdahnya 100 terawal akan dapat tote bag gitu, atau apa entah macam cenderahati design bumbung apple tu. Ala2 benda rare gitu katanya. Iols ada nampak ifags post kat X.
Quote mojarean_X 23-6-2024 12:09 AM
hyie replied at 23-6-2024 12:07 AM
kekdahnya 100 terawal akan dapat tote bag gitu, atau apa entah macam cenderahati design bumbung ap ...

Ohh cenderahati je lah
Quote fefeeling 23-6-2024 12:17 AM
Dah pnah masuk apple store regent street masa iphone release dolu2 udah ler sama je mana2 outlet pun nothing spesel
Quote Bungatulip1171 23-6-2024 04:10 PM
Gigih ye semua
Quote axl_bach 23-6-2024 08:12 PM
mojarean_X replied at 22-6-2024 10:56 PM
Ntahlah dekk kalo jd plg awal dpt apa dekk??

Kan dlm tu ckp dpt bag tote
Quote nw111 23-6-2024 08:29 PM
Tak paham aku..apa yg excited sgt nk masuk apple store je pun..
Quote Minami2013 23-6-2024 08:48 PM
mojarean_X replied at 22-6-2024 04:09 PM
Ohh cenderahati je lah

Ada terbaca somewhere freegift bag tote tu pun berharga rm500+. Ada yg jual bag tu.
Quote sharlenetexas 23-6-2024 08:49 PM
mojarean_X replied at 22-6-2024 10:56 PM
Ntahlah dekk kalo jd plg awal dpt apa dekk??

Dapat paperbag.

Quote divalaura 23-6-2024 10:47 PM
gigih dan rajin hehehe
Quote izwan_izi 23-6-2024 10:55 PM
Edited by izwan_izi at 23-6-2024 10:56 PM

Yg berlumba2 sampai sanggup overnight ni, tak tau ke yg dlm iphone tu dh ada apps "Apple Store"...

Klilk je icon tu..pilih nk produk apa..nk buat special engraving pon boleh bergantung pd product..

Dlm seminggu mcmtu sampai deliver ke pintu rumah...sb packaging semua dari Singapore..Warranty semua cover by Apple..

Mana ada pergi dah kedai2 Switch - Machines - IT world apa semua tu beli product..just dtg utk tgk aksesori 3rd party yg ada dlm kedai tu..

Quote Thunderclouds 24-6-2024 07:33 AM
Ni la muka2 yg juai blk tote beg free tu kan?
Kan?
Quote BoongaKertas 24-6-2024 07:59 AM
patut dr smlm meols nmpk post org nganjing psl apple store vs palestin. ini lah kot sbbnya, org nak jd org terawal.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.256986 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top