CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga telur turun 3 sen sebiji, peniaga jimat RM500 sebulan - “Biasa beli telur gred C ini rm12.30. Hari ini (kelmarin) turun RM11.40"

23-6-2024 12:01 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7594| Komen: 24


PETALING JAYA – Seorang peniaga, Safwan Way mengakui dia mampu berjimat sehingga RM500 sebulan ekoran harga telur di pasaran ketika ini murah daripada sebelumnya.

Katanya, sebagai peniaga dalam industri berasaskan Food and Beverage (F&B), setiap hari pihaknya memerlukan 10 hingga 20 papan telur bagi menyiapkan jualan di kedai.

“Biasa beli telur gred C ini rm12.30. Hari ini (kelmarin) turun RM11.40.

“Untuk pengetahuan semua, kami usahawan peniaga F&B beli telur 10 papan hingga 20 papan setiap hari. Sebulan dapat jimat RM270 hingga RM500. Alhamdulillah,” katanya dalam satu hantaran yang dikongsikan di Facebook.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit telur ayam gred A, B, dan C sebanyak 3 sen sebiji berkuat kuasa 17 Jun lalu.

Usaha tersebut secara jelasnya membantu mengurangkan kos perniagaan golongan peniaga disebabkan telur merupakan antara bahan utama yang diperlukan terutama bisnes masakan dan pastri.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 22-6-2024 10:54 PM
Edited by Skuau at 22-6-2024 10:55 PM

rega beli=dh jimat rm500.
untung meniaga=ganda 3.
               
Quote felinecat 22-6-2024 11:26 PM
Xuntung juga. Kalau beli telur kene betul2 cek. Aku balik nk masak telur, tgok sebar is kene tukar dgn saiz kecik, cilakak sape yg tukar2 telur. Ko dh beli gred murah xpayah le tukar dgn gred besar plak
Quote Tinot7 23-6-2024 01:32 AM
Betui ka turun? Sapa2 bleh confirmkan?
Quote grouper 23-6-2024 07:53 AM
Rege makanan turun x
Quote ninja boy 23-6-2024 08:44 AM
Telur sebiji potong 10
Quote suri33 23-6-2024 08:47 AM
Bodo la. Telur turun 3 sen berkokok cm hape.
Quote nazurah 23-6-2024 09:12 AM
Telut ayam kampung masih dalam lingkungan harga yang sama, sekitar 70sen sebijik. Haritu 75sen, turun 3 sen… belum kira murah lagi. Itu harga iols google, belum tengok harga sebenar kat AEON,
Quote kmelankolia 23-6-2024 09:24 AM
ntahla la noq...tolur dlm 1 pek tak semua herlok, ada busuk la, ada retak la
Quote Firenzza 23-6-2024 09:39 AM
Tinot7 replied at 23-6-2024 01:32 AM
Betui ka turun? Sapa2 bleh confirmkan?

Dia beli telur gred C & D tp jual balik end product rega  teluq A mmg le untung berlipat ganda
Quote Tinot7 23-6-2024 10:35 AM
Firenzza replied at 23-6-2024 09:39 AM
Dia beli telur gred C & D tp jual balik end product rega  teluq A mmg le untung berlipat ganda

Astaga.. scammer rupanya..
Quote LautBiru52 23-6-2024 11:46 AM
kalau dah boleh jimat tu turunkan la harga makanan sikit
Quote Apoo 23-6-2024 12:36 PM
LautBiru52 replied at 23-6-2024 11:46 AM
kalau dah boleh jimat tu turunkan la harga makanan sikit

Sorry la nak turun. Cuba harga telur naik 1 sen. Pagi umum, tengah hari terus tomyam naik harga seringgit.
Quote always_typo 23-6-2024 01:06 PM
Itu baru 3 sen. Macam mana dengan barangan lain yg naik harga? Macam mana kiraan penambahan kosnya?
Quote kasibiman 23-6-2024 01:15 PM
Huntong la kau Safwan.

Penjimatan telur ni dah boleh bayar instalment alpat satu lagi.

We love bangnon
Quote LautBiru52 23-6-2024 01:49 PM
Apoo replied at 23-6-2024 12:36 PM
Sorry la nak turun. Cuba harga telur naik 1 sen. Pagi umum, tengah hari terus tomyam naik harga se ...

Naik yang tak pernah turun ye dak
Quote glump 23-6-2024 03:19 PM
Tak tau lah apa yg Turun Tu..kat biasa pi Tu ..last month beli telur gred e sepapan ,$7.40 Hari ni dh $9.40. gred B Hari ni $16.40 biasa beli gred A pun tak lebih $15.00.  so nak tanya yg dikata turun 3sen Tu Dari berapa sen ?60sen ke?
Quote Decaffeinated 23-6-2024 05:41 PM
Average household di tanah air ni consume telur banyak mana seminggu, sepapan?
Quote ekselen 23-6-2024 05:46 PM
kat bintulu ni telur x byk..2 kali seminggu je restock..kt certain pasaraya le.. tak tau knp takde stock setiap hari..
Quote TeropongThaico 23-6-2024 10:24 PM
Dia berniaga telur je untung la. Eh telur buat masak apa tu? Kalau sekadar goreng dgn rebus ok lah minyak gas mungkin tak naik harga

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.040344 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top