CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Jika SFC Sudi, Saya Nak Sumbang Separuh Royalti Untuk Bayar Denda Ini’ – Altimet

27-6-2024 06:21 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8193| Komen: 6



Penyanyi rap yang kini berstatus wakil rakyat, Altimet bercadang mahu membantu meringankan beban pasukan Selangor FC (SFC) yang didenda Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Menerusi ciapan yang dibuat di aplikasi X, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad memaklumkan dia mahu menyumbangkan separuh daripada royalti hartanya bagi membantu pasukan kesayangannya itu.


"Saya akan sumbangkan separuh kutipan royalti harta intelek saya tahun ini untuk bantu bayar denda ini, jika SFC sudi."


Ciapan tersebut telah meraih perhatian ramai yang rata-ratanya menitipkan ucapan terima kasih buat pelantun ‘Kalau Aku Kaya’ itu.

Menjengah ke ruangan komen, ada juga dalam kalangan wargamaya yang menyuarakan keinginan mereka untuk turut menyumbang bagi meringankan beban pasukan SFC.

Terdahulu, SFC didenda sebanyak RM100,000 oleh MFL susulan ‘ketidakhadiran’ pasukan itu pada saingan Piala Sumbangsih menentang JDT pada 10 Mei lalu.

Keputusan untuk tidak hadir itu dibuat susulan kejadian menimpa pemain bintang mereka iaitu Faisal Halim yang disimbah asid pada 5 Mei lalu.

Sumber: Aplikasi X/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wikedsaikel 27-6-2024 07:03 PM
Berapa nilai royalti dia? 20K kah
Quote pakwetizzaqyah 27-6-2024 10:20 PM
poyo la butt ugly martian ni
Quote Lentera 28-6-2024 01:12 AM
Terbaik la YB
Quote prince_marhaen 28-6-2024 11:10 AM
Duit simpan je la beli skincare... poyo amat.
Quote stingerkaypoh 9-8-2024 05:19 AM
Quote sangbara2020 9-8-2024 09:52 AM
kang dia buat muka jd ba+pok xsiap plk

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.097174 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top