CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

4 mahkamah majistret keluarkan waran tangkap Norjuma Habib, gagal hadir pada prosiding sebutan kes

27-6-2024 06:27 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12018| Komen: 35


Empat Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, mengarahkan waran tangkap dikeluarkan terhadap bekas personaliti televisyen, Norjuma Habib Mohamed, kerana gagal hadir pada prosiding sebutan kes berkaitan lima pertuduhan mencederakan tiga individu dan melakukan khianat, tujuh tahun lalu.

Waran tangkap itu masing-masing dikeluarkan oleh Majistret Illi Marisqa Khalizan, Nurul Izzah Shaharuddin, Fatin Dayana Jalil dan Noor Elynna Hanim Abd Halim selepas Norjuma dan penjamin iaitu adiknya, tidak muncul dalam kamar mahkamah walaupun nama dan kesnya disebut beberapa kali.

Ketika kesnya disebut di hadapan Illi Marisqan, Timbalan Pendakwa Raya Hamizah Hisan memohon waran tangkap selepas Norjuma tidak muncul selepas kesnya disebut sebanyak tiga kali.

"Sekarang sudah jam 11.21 pagi namun tertuduh, penjamin mahupun peguamnya tidak muncul dan saya memohon waran tangkap dikeluarkan," katanya.



Mahkamah kemudian menetapkan 26, 29, 30 Julai serta 2 Ogos ini untuk sebutan waran tangkap.

Terdahulu, kelibat usahawan tudung berusia 44 tahun itu sempat dirakam oleh lensa kamera petugas media yang menunggunya seawal jam 8.30 pagi.

Norjuma dilihat hadir bersendirian memandu kereta hitam kira-kira jam 10.30 pagi, namun tidak memasuki petak parkir berhampiran kompleks mahkamah yang digunakan oleh orang awam.

Sebaliknya, usahawan selebriti itu terus meletakkan kenderaannya di tangga pintu utama kompleks menyebabkan pihak keselamatan mahkamah memintanya mengalihkan kenderaan ke tempat yang disediakan.

Norjuma kemudian berpatah balik ke keretanya sambil melambai tangan kepada petugas media sebelum dilihat beredar dari kompleks mahkamah.

Pada 25 April lalu, usahawan tudung itu mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan mencederakan tiga individu dan melakukan khianat.

Mengikut pertuduhan pertama, bekas personaliti televisyen itu didakwa menyebabkan kecederaan ke atas Mohd Afiq Ismail, 34, di premis perniagaan di Menara Atlan, Jalan Ampang, di sini, pada jam 8.43 malam, 21 Februari 2017.

Mengikut pertuduhan kedua, dia didakwa menyebabkan kecederaan dengan menendang betis kaki kiri seorang pengawal keselamatan lelaki warga Nepal, Neupane Tika Ram di sebuah pusat tuisyen di Bukit Damansara, di sini, pada jam 3 petang, 29 Mac 2018 lalu.

Bagi pertuduhan ketiga, dia dituduh menyebabkan kecederaan dengan cara menampar pipi dan mencakar tangan Nur Solehah Rosli, 31, di sebuah kondominium di Wangsa Maju pada jam 10.30 pagi, 18 Oktober 2021.

Tiga pertuduhan ini dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda mencecah RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi dua lagi kes mengkhianat, wanita itu didakwa merosakkan palang keluar masuk kenderaan dan CCTV milik sebuah kondominium, dengan anggaran kerugian berjumlah RM4,700 di Taman U-Thant, di sini, pada jam 7.44 dan 7.45 malam, 28 Julai 2023.

Kes dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 27-6-2024 07:29 PM
Kenapa sendu..meh iols upkan..asik thread pancut2 jaj yg naik
Quote gekkou 27-6-2024 07:37 PM
Terdahulu, kelibat usahawan tudung berusia 44 tahun itu sempat dirakam oleh lensa kamera petugas media yang menunggunya seawal jam 8.30 pagi.

dia datang court
tapi balik umah terus lepas kena alih kereta?

hebat betul dia
dgn lawyer2 sekali hilang
Quote abadi84 27-6-2024 07:43 PM
A few times dah dgr tp bebas jer dia ni berkeliaran. Lepas tu buat interview merepek 'peguam negara pun belum tentu tahu kes apa'.
Quote Barebow77 27-6-2024 07:44 PM
Lambaian tue mesti lambaian ala2 ratu kan..sebab tue selamber badak jer blah camtue..wkwkwk..

Quote HaliaClan 27-6-2024 08:46 PM
pocongkiutss replied at 27-6-2024 07:29 PM
Kenapa sendu..meh iols upkan..asik thread pancut2 jaj yg naik

Hahaha.. letih cite pancut2 ni..
Quote pinksarah 27-6-2024 08:50 PM
elok je dia melawan mahkamah x dulik apa pon
Quote cari.shaz 27-6-2024 08:53 PM
berani betol dia ni [em:1:]
Quote Whitney72 27-6-2024 08:54 PM
Rasanya dia ni ada mental prblm..
Quote Neno90 27-6-2024 08:54 PM
La. Kurang kasih sayang kut ni
Quote jihyomelly 27-6-2024 09:05 PM
alih keta skali balik rumah siap lambaian ala2 miss world..ntah apa la dlm pala hotak dia
Quote I.K.A888990 27-6-2024 09:39 PM
mmg sakit ke dia ni
acah macam kebal bebenor lagaknya
pelik pulak
Quote TMZ.com 27-6-2024 09:45 PM
Dia ni ada mental disorder ke? Boleh pulak alih kereta terus balik
Quote Momohizan 27-6-2024 09:53 PM
Dia ingat hadir perbicaraan tu datang compound mahkamah je kot
Quote sharlenetexas 27-6-2024 10:06 PM
HaliaClan replied at 27-6-2024 08:46 PM
Hahaha.. letih cite pancut2 ni..

Boring tengok banyak sangat thread setinggan pancut.

Quote BoongaKertas 28-6-2024 08:09 AM
dia mmg sakit ke sbnrnye? asyik attack org jer?
Quote sarah_ary2 28-6-2024 08:42 AM
Confirm mental ni jenis tak takut hukuman ntah ntah kalau kene tangkap pun senyum melebar rilek rilek jah mcm arwah mona fendi
Quote lasagna 28-6-2024 08:49 AM
mental. lawyer dia pun bodoh.
Quote sunshinelady 28-6-2024 09:24 AM
wow byk betul pertuduhan. haru dia ni.
Quote fofuler 28-6-2024 09:54 AM
Kenapa dia ni macam kebal semacam?

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.152016 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top