CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Awie teruja menanti kelahiran zuriat ketujuh di usia 55 tahun - "Jika diikutkan segan pada usia sebegini namun saya anggap ini adalah rezeki" ...

27-6-2024 06:33 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9369| Komen: 30



Penyanyi rock legenda, Datuk Awie berkongsi keterujaan bakal menimang cahaya mata lelaki yang dijangka dilahirkan menerusi pembedahan pada 7 Julai ini.

Menurut Awie atau pemilik nama penuh Ahmad Azhar Othman, dia memilih nama Arjuna buat cahaya mata ketujuhnya itu.

"Saya sudah memilih nama untuk anak ketujuh saya ITU. Saya memilih nama Arjuna buatnya. Dia adalah Arjunaku!

"Teruja rasanya hendak menanti kelahiran cahaya mata ini. Jika diikutkan segan pada usia sebegini namun saya anggap ini adalah rezeki daripada Allah," katanya kepada Harian Metro.

Berkongsi lanjut mengenai kelahiran cahaya mata itu, vokalis kumpulan Wings itu juga bakal berada di Kelantan beberapa hari sebelum isterinya, Sharifah Ladyana melahirkan anak. 

"Mengikut jadual, saya ketika itu berada di Kelantan atas urusan kerja, jadi pada malam itu juga saya perlu pulang ke ibu kota sebelum isteri masuk ke bilik pembedahan.


"Ini adalah antara pengorbanan saya sebagai anak seni. Antara sebab beginilah kenapa saya rasa bersalah pada isteri dan anak-anak. Namun jerih perih kehidupan inilah saya lalui demi mereka.

"Semoga semua diluar sana mendoakan semuanya dipermudahkan dan dilancarkan," katanya.

Menerusi perkahwinan pertama Awie dengan bekas isteri juga penyanyi, Arni Nazira, mereka dikurniakan dua anak perempuan iaitu Putri Aleeya Antasha, 24, dan Putri Aleefa Antasha, 22, kini menuntut di universiti.

Awie kemudian berkahwin kali kedua dengan Rozana Misbun pada 20 Jun 2005, namun sah bercerai pada 1 November 2014. Mereka dikurniakan tiga anak, Putra Ahmad Merrah, 17; Putra Ahmad Rezzki, 16; dan Puteri Qasseh Antasha, 14. 

Bagaimanapun, pelakon filem Hantu Kak Limah ini dipertemukan jodoh kali ketiga dengan Sharifah Ladyana pada 7 Oktober 2016 dan mereka sudah dikurniakan seorang anak lelaki pada 2020 lalu.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 27-6-2024 06:48 PM
berlawan la tokwi ngan tokmal..
Quote bintangct 27-6-2024 07:04 PM
dah tu bini tokwie ngn tok mal masing² muda lagi mestilah berisi
Quote sukacactus 27-6-2024 07:08 PM
Tp awie ni jenis rajin melayan ank2
Ikut dia la dah mampu kudrat dan ekonomi kan
Quote Ytee 27-6-2024 07:17 PM
Jamal 65, Awie 55 - jauh gak tu beza umur )
Quote Barebow77 27-6-2024 07:53 PM
Wah..memasing tak nak kalah nie..semoga tahun depan tak keluaq lah berita memasing tunggu anak kelapan..hebat ye Awie Sembilu VS Zack Azura..
Quote notfound 27-6-2024 09:38 PM
Tahniah
Quote Nurkaseh01 27-6-2024 09:39 PM
Tahniah
Quote TMZ.com 27-6-2024 09:42 PM
Tahniah. Tok mal tok wie masing2 taknak kalah ye
Quote I.K.A888990 27-6-2024 09:47 PM
jgn next year nnt hatok jamal hatok awie timang yg kelapan pulak tiberrrrrrrrrr
Quote dua_chzy 27-6-2024 09:51 PM
Apsal bini2 deol ni tak reti benti beranak? Tak sayang badan, emosi, jasmani, jeri segala ka?
Quote dua_chzy 27-6-2024 09:52 PM
Janna Nick kalau menikoh Tokwi ka Tokmal ka dah beranak dah kot.




Sorryyyy can't help itttt sorryyyyyy
Quote cawanmilosuam 27-6-2024 11:40 PM
tokmal n tokwi bukan main mnmbah zuriat, apasal tokred ngaku dah x bernapsu...? hilang duit blh jd punca hilang napsu kot....
Quote prince_marhaen 28-6-2024 11:07 AM
cawanmilosuam replied at 27-6-2024 11:40 PM
tokmal n tokwi bukan main mnmbah zuriat, apasal tokred ngaku dah x bernapsu...? hilang duit blh jd p ...

kalau hulur si kemut hamis tu mesti bernapsu jugak...tinggal dah tak berduit je... hahahaha..  


Quote doubleA 28-6-2024 11:12 AM
Gitu sawie pun anak ke7 jugak musim tok kertu2 membiak membesarkan family. Tokkertu k bila lagi? Umur saing2 tokmal
Quote princessmiang 28-6-2024 11:17 AM
Musim geng2 dadih mendonia kah
Quote Lulu_717 28-6-2024 11:22 AM
Tokwie & Tokmal boleh buat group whatsapp bdua dah
Quote awenda507 28-6-2024 12:18 PM
Tahniah tahniahhh
Quote pavlovachoc 28-6-2024 12:23 PM
tahniah ,
Quote sue_liah 29-6-2024 11:19 AM
rasanya kalau berbini 1 je mesti tok wi dah tutup kedai

tapi tu la bini je sampai 3, memang la masing2 nak zuriat dgn tok wi

tak penat lagi tok wi berjaga malam hahaha..tahniah ler

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-10-2024 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.079683 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top