CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azira Shafinaz Beri Penjelasan Berhubung Isu Tarik Diri – ‘Doktor Nasihat Saya Berhenti Buat Persembahan’

27-6-2024 10:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6854| Komen: 23



Pelakon dan ahli kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tampil memberi penjelasan berhubung isu tarik diri daripada sebuah pertandingan nyanyian, baru-baru ini.

Menurutnya, dia terpaksa menarik diri atas faktor kesihatan yang tidak mengizinkan dan nasihat daripada doktor.

Bagaimanapun, Azira tidak mahu berkongsi lebih lanjut tentang masalah kesihatan yang dihadapinya.

"Saya pasti semua orang nak tahu pasal apa yang terjadi kepada saya. Apa yang saya boleh kongsikan saya mendapat nasihat daripada doktor untuk saya berhenti membuat persembahan di The Hardest Singing Show."

"Saya pun berjumpa dengan ahli kumpulan De Fam dan kami bertiga mengambil kata sepakat bersama untuk tarik diri. Kami sudah berjumpa dengan pihak Astro dan saya pun ada sediakan surat daripada doktor juga yang mengatakan saya tidak boleh sambung."

"Apa yang terjadi kepada saya, biarlah saya, ahli kumpulan saya dan pihak Astro sahaja yang tahu. Kalau boleh saya tak nak lagi bercerita tentang apa yang terjadi di The Hardest Singing Show. Habis macam itu sahaja."


Dalam pada itu, Azira dan ahli kumpulan De Fam tidak menolak untuk membuat persembahan yang tidak memerlukan masa yang lama.

"Saya rasa saya faham kenapa orang bertanya sebab baru-baru ini De Fam ada buat persembahan. Saya nak jelaskan di mana di The Hardest Singing Show kita memerlukan sepenuh usaha yang mana Isnin sampai Ahad kena kerahkan idea, tenaga dan sebagainya."

"Jadi untuk De Fam membuat persembahan dimana-mana pun atas keupayaan yang sebolehnya saya rasa benda itu tiada masalah buat masa sekarang."

Kata Azira, dia juga telah membuat keputusan untuk berehat daripada berlakon selepas berbulan-bulan bekerja tanpa henti.

"Buat masa sekarang pun saya tengah berehat memang tak ada berlakon apa-apa. Bukan kebetulan memang saya buat keputusan untuk berehat."

Azira berkata demikian semasa ditemui di sidang media Majlis Pelancaran Viu Original Nafsu yang diadakan di The Exchange TRX, semalam.

Nafsu mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Sam yang menipu dan menyamar sebagai bomoh demi kelangsungan hidup. Bersama-sama rakannya, Suria, mereka mengaut duit golongan atasan yang mudah terpedaya dengan ilmu hitam.

Namun hakikatnya, Sam memang mempunyai deria keenam dan pernah diajar ilmu Ruqyah semasa kecil, tetapi Sam menolak keupayaan itu kerana suatu tragedi. Apabila Dina, bekas kekasih Sam datang meminta pertolongan mencari Alia, adik perempuannya yang hilang selepas mendengar suara-suara aneh, Sam cuba menerima anugerahnya bagi membantu Dina.

Kehilangan Alia cumalah satu permulaan kepada suatu ancaman yang lebih besar, melibatkan kumpulan ajaran sesat daripada golongan elit yang diketuai seorang lelaki misteri penuh karisma bernama Gusti. Disertai Dina dan Suria, Sam bakal diduga dengan perkara-perkara di luar jangkaan akal sementara bandar Kuala Lumpur menyaksikan rancangan besar Gusti berjalan.

Selain Azira, Nafsu turut dibintangi barisan pelakon lain antaranya Kamal Adli, Aqasha, Khayrisyah Kemal dan Nia Atasha.

Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 27-6-2024 11:18 PM
patut la pelik tgk ada fan post defam ada kat trx
kata sakit kan adeh
papepun fly high kaka..baru lepas tgk drama kiblat ke syurga tu..tak sabar nk tgu nafsu pulak
Quote KamikuP 28-6-2024 03:54 PM
Thew hardest singing show ni hauk tak cuolls?
Quote LaskarHijayu 28-6-2024 04:18 PM
KamikuP replied at 28-6-2024 03:54 PM
Thew hardest singing show ni hauk tak cuolls?

Hauk dek ayda mat aris yg saban mgu salah konsep tu la. Pastu lg 1 hauk sbb wife magistrate manjang dpt undian tertinggi pdhal nyanyi ntah le tatau nak sakap samana haha
Quote alesandra 28-6-2024 04:53 PM
LaskarHijayu replied at 28-6-2024 04:18 PM
Hauk dek ayda mat aris yg saban mgu salah konsep tu la. Pastu lg 1 hauk sbb wife magistrate manjan ...

Rasanya kalo tak 3 peserta berenti.2org tu dlm bahaya kena terajang keluar.tapi rasanya selamat sampai ke final.ayda nyanyi lagu shakira minggu lps langsung xde creativity
Quote Prickford 28-6-2024 04:55 PM
I.K.A888990 replied at 27-6-2024 03:18 PM
patut la pelik tgk ada fan post defam ada kat trx
kata sakit kan adeh
papepun fly high kaka..baru l ...

Sebab competition ni bnyk kena buat aksi2 yg hardest sambil nyanyi. Tak koserrr la kot sheolls nak tertonggeng2 mcm Ayda Mat Aris. Baik aman2 je jd penyanyi, boipren pon hulur duit.

Quote MistrezHermanaz 28-6-2024 04:55 PM
LaskarHijayu replied at 28-6-2024 04:18 PM
Hauk dek ayda mat aris yg saban mgu salah konsep tu la. Pastu lg 1 hauk sbb wife magistrate manjan ...

stacy tu fan based dia kuat..tgk masked singer dh la..kn campur undian penonton jugak..patut yg LUSM no 1 tu nilai duit lagi byk..yg undian tu 1k pun cukup
Quote fattymah 28-6-2024 04:58 PM
Tiber kat sini iols nak puji suara Rina Nose.. syedap yach
Quote Lavender_Violet 28-6-2024 05:03 PM
fattymah replied at 28-6-2024 04:58 PM
Tiber kat sini iols nak puji suara Rina Nose.. syedap yach

Rina Nose pun join ke chuolsss????
Quote fattymah 28-6-2024 05:24 PM
Lavender_Violet replied at 28-6-2024 05:03 PM
Rina Nose pun join ke chuolsss????

Pengacara bersama Nabil.. intro prog deme berdua kena nyanyi.. adehhh iols suka naw suara sheols
Quote I.K.A888990 28-6-2024 05:30 PM
Prickford replied at 28-6-2024 04:55 PM
Sebab competition ni bnyk kena buat aksi2 yg hardest sambil nyanyi. Tak koserrr la kot sheolls nak ...

haha kan baik aman2 je menyanyi berlakon dr tonggeng terbalik kan..
Quote LaskarHijayu 28-6-2024 06:50 PM
I.K.A888990 replied at 28-6-2024 05:30 PM
haha kan baik aman2 je menyanyi berlakon dr tonggeng terbalik kan..

Tapi kesian kat de fam member yg lg 2 org tu la sbbnya yg aktif blakon si azira ni je kan.

Ai olsss pulak yg kesian ntah ke dierg ok je haha
Quote I.K.A888990 28-6-2024 07:20 PM
LaskarHijayu replied at 28-6-2024 06:50 PM
Tapi kesian kat de fam member yg lg 2 org tu la sbbnya yg aktif blakon si azira ni je kan.

Ai ol ...

aah kesian jgk sbnrnya kaka manggis pun last tgk dia berlakon 2 thn lepas..mengharapkan defam keluar lagu atau jadi influencer kat TT tu je la gamaknya nk tgk lagi 2 ni aktif
Quote Lulu_717 28-6-2024 08:14 PM
KamikuP replied at 28-6-2024 03:54 PM
Thew hardest singing show ni hauk tak cuolls?

Ai xboleh tgk sbb rasa ngeri..what if jatuh ke apa masa tgh live, seriaunya
Quote Lulu_717 28-6-2024 08:15 PM
fattymah replied at 28-6-2024 04:58 PM
Tiber kat sini iols nak puji suara Rina Nose.. syedap yach

And bg ai dia lawak with brain. Xnampak annoying
Quote QueenGambit 28-6-2024 08:39 PM
Gws azira.
Quote Lavender_Violet 1-7-2024 12:29 PM
fattymah replied at 28-6-2024 05:24 PM
Pengacara bersama Nabil.. intro prog deme berdua kena nyanyi.. adehhh iols suka naw suara sheols

Ohh....macam GV lah...Bam Bil nyanyi kat opening dgn Jihan
BTW, ni program Astro ke TV3? Bam Bil dah beralih ke TV3 ke? Dia kan anak emas Astro
Dah x ada ke pengacara yg herlok kat M'sia ni sampai kena import si Rina Nose?
Quote fattymah 1-7-2024 05:06 PM
Lavender_Violet replied at 1-7-2024 12:29 PM
Ohh....macam GV lah...Bam Bil nyanyi kat opening dgn Jihan
BTW, ni program Astro ke TV3? Bam Bil d ...

Asteruk ha.. tiap ahad 9.00 mlm.. tapi Rina best le.. tingtong dia lain maciem.. suara pun boleh tahan lemak merdu
Quote LaskarHijayu 1-7-2024 05:19 PM
Nak hujung2 road to final ni ai olss jd kesian pulak kat kaka azraff. Sbb dia sorg je yg berjuang minggu2 dan tersingkir. Naem tarik handbrake sebelom sepak mula, datin alyah tarik diri sbb nak pegi haji, defam tarik diri sebab masalah kesihatan. Manakala peserta yg tinggal skang ni asik laa LUSM halaaaaaaaaaa
Quote roti_banjir 1-7-2024 05:31 PM
LaskarHijayu replied at 28-6-2024 06:50 PM
Tapi kesian kat de fam member yg lg 2 org tu la sbbnya yg aktif blakon si azira ni je kan.

Ai ol ...

derang ok jer nak tarik diri....

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-10-2024 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.034156 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top