Pelakon Zara Zya meluahkan pendapatnya tentang kesan buruk penggunaan media sosial yang boleh mencetuskan rasa insecure terhadap seseorang. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkongsi tentang perkara tersebut di dalam sebuah majlis. Menurut Zara, dia mengambil pendekatan untuk tidak mengikuti sesiapa pun di media sosialnya sebagai langkah untuk mengelakkan diri daripada memupuk perasaan yang negatif. "Kalau ada rasa insecure dengan kelebihan orang lain, kenikmatan yang orang lain dapat lebih daripada kita..ini yang saya buat." "Di media sosial saya kalau anda perasan, saya tak follow sesiapa pun. Bukan sebab saya sombong tapi cuma untuk hati saya. Untuk selamatkan hati saya."
Pelakon drama Love You Mr Arrogant itu mengakui bahawa dia pernah terlalu mengagumi kelebihan yang dimiliki oleh individu-indivdu yang diikuti di media sosial. "Sebab pernah, saya tengok bila sahabat ataupun artis dan influencer yang muat naik hantaran..saya pernah terdetik cantiknya baju dia, cantiknya rumah dia, cantiknya solekan dia, dia buat majlis hari lahir besar-besaran banyaknya hadiah dapat." "Perkara itu sedikit sebanyak saya rasa merosakan hati saya, jadi saya elak perbuatan yang bagi saya rasa insecure dan yang tak selamat, saya akan jarakkan." Dalam masa yang sama, tindakan berkenaan membuatkan aktres berusia 38 tahun tersebut telah menghindarkan dirinya daripada perbuatan yang sia-sia. "Saya kurangkan saya punya circle, bukanlah kita memilih tapi bila kita makin berpengalaman dan matang, kita sendiri yang akan dijarakkan." "Jadilah manusia yang dapat memanusiakan orang lain." "Tahu orang ini bergosip, kadang-kadang kita pula yang tambah. Bila orang bergosip, diam. Kalau baik ikut, kalau tak jarakkan, Insya-Allah, Allah selamatkan kita." Sumber: TikTok/OhBulan |
Pujangga22 replied at 21-7-2024 05:16 PM
Bapa pilih tutup mulut, tiada sekelumit perasaan benci terhadap Zara Zya - “Sampai syurga itulah ...
rosevelvet replied at 21-7-2024 05:38 PM
Check jugak forum nk tau tp xde update. Apa jd ngn kawan2 sheol shila jihan n fafau
rosevelvet replied at 21-7-2024 05:38 PM
Check jugak forum nk tau tp xde update. Apa jd ngn kawan2 sheol shila jihan n fafau
Mimo.mimo replied at 21-7-2024 08:58 PM
Dah tak bff ke?
Manusiabesa replied at 21-7-2024 09:20 PM
Knapa dia ni nmpk xmenarik ye. Xda aura utk stay femes dlm industri. Citer best xda. Tp alhmdlh cite ...
noorhairiahma replied at 22-7-2024 10:35 AM
Ya, i pun fikir sama. Tak ada yang best dekat dia. Dalam drama ke, dalam video ke, dalam ig ke, de ...
Manusiabesa replied at 22-7-2024 11:32 AM
Kan. Muka plain basic sgt2 membosankan. Ada org rupa x ada tp menarik rasa nk pandang sbb ada seri ...
gadis_tulip replied at 22-7-2024 01:05 PM
Lately Zara nie very vocal dalam Thread. Tak sangka pulak dia perangai cengini.
ADVERTISEMENT