CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Jangan Kena Tinggal Dengan Suami Baru Nak Bersiap” - Che Ta

30-6-2024 12:50 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7371| Komen: 73



Pelakon jelita, Rozita Che Wan atau Che Ta mengingatkan wanita diluar sana sentiasa menjaga penampilan agar kelihatan menarik di mata pasangan masing-masing.

Menerusi satu video dikongsikan di TikTok, Che Ta berkata kaum wanita tidak boleh kalah dengan lelaki menyerupai wanita (pondan) dan golongan tersebut sememangnya rajin untuk kelihatan cantik.

“Orang perempuan kena rajin sebab itu kalau kita tengok pondan bukan main cantik lagi. Sebab pondan lagi rajin daripada perempuan. Orang perempuan bertambah-tambah dah berlaki (bersuami) tu, punya senang hati tak kisah tak sedar diri.

“Tunggu kena tinggal dengan laki baru beria-ria bersiap, baru nak kempiskan perut, baru nak bertumit tinggi,” katanya.


Sementara itu, Che Ta turut berpesan kepada wanita untuk menjaga kecantikan diri meskipun sibuk serta berseloroh mengatakan biar golongan pondan cemburu melihat penampilan kita.

“Kita kena nombor syatu biar pondan irikan dengan kita. Adik-adik jangan terasa tau. Kita tahu pondan ni memang rajin ‘all out’, berani mati. 

“Orang perempuan macam gitulah, kadang-kadang tak cuci muka. Kata lupa, penat nak cuci muka. Jangan lupa ya,” katanya.

Perkongsian Che Ta itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pendapat pelakon itu, malah ada yang mengatakan penampilan tidak menjanjikan apa-apa kerana jika lelaki mahu curang, mereka akan tetap melakukannya.

SUMBER:  HibGlam/Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote suri33 30-6-2024 02:11 PM
Ok che ta. Saya tetap akan malas. Hahaha.
Quote azwanaliori 30-6-2024 02:13 PM
Cik ta perli sape tu

#syatu
Quote I.K.A888990 30-6-2024 02:48 PM
tgk video atas tu depa laki bini ni mcm seiras pulak dgn laki bini yg viral pergi kubur pakai tema barbie tu
Quote CoffeeOverdose 30-6-2024 02:48 PM
mcm che Ta perli ngai jer tu part bersiap tu mmg i setuju dgn che ta. tp jgnla mekap tebal sampai npk mcm drag queen pulak naa..
Quote Momohizan 30-6-2024 03:10 PM
Bagi I...kebersih n kemas tu mesti. Tapi bersiap sakan ni..emmm tak la
Quote sharlenetexas 30-6-2024 03:12 PM
Kenapa cheta bercerai dulu?


Quote Hypothetically 30-6-2024 03:12 PM
Tapi too overdressed pun mcm tak santai, over doing it org putih cakap, bersederhana dlm semua hal itu yg sebaiknya. Hihihihihi my 2 cents.
Quote sharlenetexas 30-6-2024 03:13 PM
"Orang perempuan macam gitulah, kadang-kadang tak cuci muka. Kata lupa, penat nak cuci muka. Jangan lupa ya,” katanya.

Solat lima waktu takkan tak cuci muka kot? Ke period?

Quote QueenGambit 30-6-2024 03:59 PM
Lupa cuci muka. Omaigod
Cakap pda siapa???
Kalau x bersiap pki baju kelawar je
Baju kelawarpun dah cantik amat skrg...
Duduk rumah smbil bawak ke kedai runcitpun x malu..
Quote Manusiabesa 30-6-2024 04:06 PM
Nenek ni nyanyuk. Dh pelupa. Hanya ingt pd certain2 benda kan? Dia pk laki suka nengok bini besiap je. Lupa ke. Laki kekal dgn bini yg prngai elok, mulut xbyk cakap, sntiasa bantu suami ingt ke agama dan tuhan. Bkn manjang dok sibuk padding juboq dgn padding tetek, sikat bulu mata palsu, tenyeh gincu 24jam, sapu bedak di muka pun becapuk bedak sbb kulit dh xtegang. Apa yg helok gitu? Wanita ni lawa dgn besiap kena pada usia. 30an bole lg blouse saiz M, sluaq slack, mekap tipis. 40 an lebihkan skirt² labuh, tudung shawl belit, mekap tipis, blouse saiz baggy . Tetek size 42,44 ok lg cun sedang2. Pastu naik 50an bykkn baju kurung corak agak nude2. Mekap tipis sikit lip balm je. Tudung labuhkan sikit. Ala2 lisdawati gitu ok dh. Lupakan padding2 dan fake lashes jika dh injak usia middle 40an. Slow2 bykkan skirt labuh dan baju kurung.  Lawa sgt2 begini. Laki makin syg. Bkn laki syg dgn bini besiap mcm bapok
Quote noor2 30-6-2024 04:10 PM
Okayyyy cik taaa....
Quote takutlipas 30-6-2024 04:11 PM
Che ta tak bersiap pun lawa
Quote Rogue98 30-6-2024 04:13 PM
Mentang2 lah dapat suami mcm lembu yg hidung dah kena cucuk...letak tali tarikkkk.....
Quote lucky_peace 30-6-2024 04:25 PM
Wanita2 yg cantik bergaya pon ada je yg kene cerai. Bukan semata sbb x bersiap hah.. artis2 tu ramai yg cantik2 tapi single mom.
Quote nolya 30-6-2024 06:21 PM
Lepas mandi, bersiap, pakai mekap, bulu mata semua, berbedak, bergincu.  Zohor  tanggal semua, cuci muka kena bersih2 agar wudhu sah. Pas zohor, mekap balek.  Nak Asar, cuci lagi. Ulang lagi dandanan 5 waktu sehari. Mcm tu ke Che Ta. Tepek basuh, tepek basuh, cepat habis barang2 mekapnya. Dahlah barang2 mekap mahal. Acane tu?
Quote ohsoyaya 30-6-2024 08:07 PM
Bini nekta stay sbb nekta lawo ke sbb nekta byk ghetanya?
Quote Posh_Madelyn 30-6-2024 08:54 PM
I setuju jer Che Ta ckp psl hal ni. Tp maybe style jaga kecamtikan Che Ta another level dgn kita2 nih. Bottom line rajin2 lah mencantikkan diri.
Iols nk citer my course mate, a guy sgt handsome, tinggi, pandai dlm akademik, pandai berfashion, pendek kata ppuan dok nk mengurat saja. Lps tu iols jumpa balik masa ada my fren buat raya open house. Mamat tu bwk wife, tp wife heols tu ada guest siap sangka dia bibik. Terus wife tu berubah muka. Iols yg ada masa tu buat2 x dgr tp iols tau wife tu marah. Terus ajak laki balik.
Quote AWEKSAMURAI 30-6-2024 08:55 PM
Dlu che ta bersiap sakan pun kena tinggal kan?kalau x..xde lah che ta jadi janda ank 2..okey faham nasihat base on pengalaman...tapi kak ratu dua kali jadi janda dia x janda pun lawa jgak
Quote netizentegas 30-6-2024 09:00 PM
Betulllll kak tqq

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.069772 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top