Tidak dinafikan ramai peminat suka melihat aksi manis pasangan selebriti Janna Nick dan Dini Scahtzmaan. Namun, disebalik sikap manja Dini, ada yang mengatakan aktor itu lembut. Memetik mStar Online, Janna berkata meskipun suaminya memiliki karakter lemah lembut namun Dini seorang yang tegas dan lebih dominan daripada dirinya. “Suami saya straight la, takkan nak rekod video share dekat korang. Saya rasa kelakar dan layan sahaja (bila ada orang kata dia lembut). Mentaliti masyarakat Melayu kita sekarang ini sudah biasa dengan mentaliti lelaki dominon, keras. Itu adat kita,” katanya. Sementara itu, Janna berkata dia sukakan lelaki yang menghormati wanita dan dia sensitif dengan lelaki kasar kerana trauma dengan isu panas baran.
|
Momohizan replied at 30-6-2024 03:13 PM
Padan je Janna n Dini ni... Sorang terjerit2. Sorang terkemut2. Janji dedua ikhlas
ADVERTISEMENT