NIBONG TEBAL: DAP tidak pernah menentang mana-mana program berkonsepkan Islam yang dibentang dalam Jemaah Menteri, malah parti komponen yang berada di bawah Kerajaan Perpaduan itu menghormati apa jua yang ingin dilaksanakan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata banyak dakwaan mengatakan Melayu dan Islam di bawah kerajaan MADANI kini terancam, sedangkan jika dilihat di bawah negeri pimpinan DAP, khususnya Pulau Pinang tetap melaksanakan banyak program memanfaatkan umat Islam. Katanya, ini terbukti dengan pelaksanaan Program PraTahfiz yang dilaksanakan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang sama sekali tidak ditentang DAP. "Kita harus mengetahui DAP yang menjadi rakan kita di dalam Kerajaan Perpaduan tidak pernah menentang sekalipun, terhadap program ini apabila saya bentangkan di dalam perbincangan Jemaah Menteri.
"Malah, mereka sangat berhati-hati terhadap Perkara 153 dalam Perlembagaan, iaitu kedudukan agama Islam, hak orang Melayu serta kedudukan Raja-Raja Melayu," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Program PraTahfiz Peringkat Negeri Pulau Pinang di Bukit Panchor, di sini, hari ini. Ahmad Zahid berkata, beliau berharap soal Islam terancam tidak dijadikan isu terutamanya dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap. Beliau berkata, program PraTahfiz yang melibatkan 10,843 TABIKA dan TADIKA di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dis eluruh negara itu menekankan soal pengajaran ayat-ayat Al- Quran termasuk ibadah solat. "Selain pengajaran ayat-ayat Al-Quran, program ini memberi penekanan terhadap ibadah yang lain termasuk (ibadah) solat dan ini (pendidikan awal) yang kita (perlu) lakukan. "Insya-Allah, menjelang tahun 2026 akan terdapat kira-kira 150,000 pelajar atau anak-anak di TABIKA dan TADIKA KEMAS yang akan mengikuti kelas pratahfiz ini," katanya. Sumber : Berita Harian |
sharlenetexas replied at 2-7-2024 05:19 PM
No ph no dap.
Melayu mudah lupa.
Zahid mudah lupa.
gigahertz replied at 3-7-2024 01:45 AM
agak agak PRU 16 nanti macam mana ?rasanya PN tak perlu berjanji macam2
orang akan auto undi mere ...
suri33 replied at 3-7-2024 05:01 AM
Melayu je lah yg undi PN. Lgpn melayu dh berpecah belah byk parti.
gigahertz replied at 3-7-2024 01:45 AM
agak agak PRU 16 nanti macam mana ?rasanya PN tak perlu berjanji macam2
orang akan auto undi mere ...
ADVERTISEMENT