CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis temui UFO atas jalan raya

3-7-2024 10:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9950| Komen: 10



WASHINGTON – Sebuah kenderaan menyerupai objek terbang tidak dikenali (UFO) ditahan oleh anggota-anggota polis di negeri Missouri, Amerika Syarikat, lapor laman berita Wion News semalam.

‘UFO’ itu berbeza dengan yang sering dilihat sebelum ini kerana ia tidak terapung di udara, sebaliknya dipandu di atas jalan raya.

Kenderaan unik yang diubah suai mirip UFO itu ditahan oleh polis sebelum pemandunya diarahkan supaya berhenti di tepi jalan. 

Pemandunya kemudian diberikan notis amaran kerana memandu kenderaan itu dengan nombor pendaftaran yang amat tempoh, selain melanggar peraturan jalan raya.

Ketika ditahan, kenderaan itu dalam perjalanan ke Roswell, negeri New Mexico untuk menghadiri sebuah festival.

Pejabat Syerif Daerah Crawford mendedahkan penahanan itu di akaun Facebook dengan menulis: “Humanoid (robot manusia) yang mesra ini telah datang dengan aman.”


Beberapa netizen turut mengulas dengan ada yang secara berseloroh menulis: “Jangan main-main dengan makhluk asing. Ia mungkin mempunyai senjata sinaran maut.” – AGENSI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninja boy 3-7-2024 11:54 PM
Kereta berhias versi alien on the road
Quote hokeypokey 4-7-2024 12:58 AM
astaga nenek alien
Quote sharlenetexas 4-7-2024 01:40 AM
Ufo lah sangat. Bukan boleh terbang pun.
Kelakar.


Quote myhairisbad 4-7-2024 09:11 AM
Ahaha comel apa..
Quote nisako 4-7-2024 09:34 AM
adui macam macam .........hahaaa
Quote ketambangkang 4-7-2024 09:37 AM
akhirnya berjaya aku pulihkan Mat Top
Quote any42 4-7-2024 09:50 AM
Bahagia dgn cara sndri. Hehe
Quote IzzahF 4-7-2024 10:01 AM
tgk muka driver dalam tu excited kemahen. mcm budak kecik dpt toys
Quote intan_smsb 4-7-2024 10:39 AM
ufo sangat
Quote syamzana 4-7-2024 10:42 AM
dah kalau tak terbang takleh pggl ufo la.
ape ke ngok, sendiri buat term sendiri tak reti guna.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-9-2024 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.193908 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top