CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bahaya makan biji kecubung, boleh jadi halusinasi 2 jam - Public Health Malaysia (PHM)

4-7-2024 08:05 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14481| Komen: 50



PETALING JAYA – Seorang remaja dilaporkan mengalami keracunan selepas mencuba memakan biji kecubung untuk mendapatkan kesan halusinasi.

Menerusi hantaran oleh Public Health Malaysia (PHM) di laman X, individu tersebut akan mengalami halusinasi visual dan kekeliruan pada dua jam pertama.

“Kesan racun kecubung itu juga menyebabkan peningkatan dalam degupan jantung serta penglihatan yang akan mula kabur.

“Kecubung (datura) mengandungi alkaloid tropana yang boleh menyebabkan keracunan serius jika dimakan atau dihirup.

“Di unit kecemasan, remaja tersebut diberikan charcoal untuk mengurangkan penyerapan toksin dalam saluran pencernaan dan pemberian benzodiazepin untuk merawat keresahan dan halusinasi,” ujarnya.

Menurut PMH, keseluruhan pokok kecubung memang disahkan mengandungi bahan bahaya.

Dalam pada itu, PMH menyeru kepada semua agar berhati-hati terutama untuk golongan kanak-kanak.


Pokok kecubung banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan kerana bunganya yang cantik dan unik manakala buah atau bijinya berwarna coklat dan mempunyai duri-duri halus diluarnya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CoffeeOverdose 4-7-2024 08:41 AM
mcm2 cara eh budak2 skrg cuba utk high. nsb baik tk mampos.
Quote noor2 4-7-2024 08:49 AM
Bahayanya buah ni...boleh jadi racun ...
Quote s@s@ 4-7-2024 08:53 AM
pelik2 la.... mana budak tu tau bole halusinasi
Quote manehnya 4-7-2024 09:02 AM
sangap sgt ke, tak mampu beli gam
Quote copy_paste 4-7-2024 09:03 AM
getah dia ni kot buat lumur kat anak panah sumpit buat buru haiwan.
Quote chinta89 4-7-2024 11:17 AM
saje2 nk berhalusinasi ke? biar je la mati terus kalau dh jemu hidup
Quote ifanonline 4-7-2024 11:22 AM
hang dok bagitau buat apa? dah pakat2 mat pit cari buah ni pulak
Quote Kurex 4-7-2024 11:23 AM
macam telo kerandut yg baru tumbuh bulu lepas cukur
Quote Supersirap 4-7-2024 11:37 AM
Janganlah buat benda yang mengarut ni
Quote Bungatulip1171 4-7-2024 12:29 PM
X pernah tgk buah kecubung ni
Quote hokeypokey 4-7-2024 01:12 PM
dadah jenis baru ke ni, yg isap gam boleh cuba yg ni plak.. tanam free jer kt rumah
Quote BlackpingU 4-7-2024 01:15 PM
Kurex replied at 4-7-2024 11:23 AM
macam telo kerandut yg baru tumbuh bulu lepas cukur

Quote kepompong 4-7-2024 04:07 PM
buah kecubung ni "senjata" zaman perang dulu2
Quote elnor_81 4-7-2024 04:29 PM
manehnya: sangap sgt ke, tak mampu beli  ...

Benda blh dpt free..wat pe beli
Quote MrsJane 4-7-2024 05:28 PM
Isshh nape i tengok mcm buah nona?
Quote sharlenetexas 4-7-2024 05:28 PM
Pucuk kecubung berbunga dalam.


Quote sharlenetexas 4-7-2024 05:29 PM
ifanonline replied at 4-7-2024 11:22 AM
hang dok bagitau buat apa? dah pakat2 mat pit cari buah ni pulak

Biar mat pit ramai2 mati akibat keracunan kecubung.

Quote sharlenetexas 4-7-2024 05:30 PM
hokeypokey replied at 4-7-2024 01:12 PM
dadah jenis baru ke ni, yg isap gam boleh cuba yg ni plak.. tanam free jer kt rumah

Semulajadi pulak tu. Bukan sintetik.

Quote hokeypokey 4-7-2024 06:01 PM
sharlenetexas replied at 4-7-2024 05:30 PM
Semulajadi pulak tu. Bukan sintetik.

kan.. makanya lebih selamat gitu.. selamat mencoba buat penagih2 tegar sekalian..

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.052826 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top