CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Prebet Muhammad Syafiq sangka hilang dua hari sahaja - “Realitinya, kita tidak boleh menafikan perkara mistik walau macam mana canggih.."

9-7-2024 04:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 30478| Komen: 68

Description: MIRI – Prebet Muhammad Syafiq Hilmi Abd Halim cuma mengatakan dirinya hilang selama dua hari sahaja, sedangkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mengambil masa yang begitu panjang untuk menemuinya ...


MIRI – Prebet Muhammad Syafiq Hilmi Abd Halim cuma mengatakan dirinya hilang selama dua hari sahaja, sedangkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mengambil masa yang begitu panjang untuk menemuinya.

Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, perkara itu dinyatakan sendiri oleh Muhammad Syafiq ketika ditemu ramah selepas dijumpai selamat pada 6 Julai lalu setelah dilaporkan hilang ketika bertugas dalam Op UKUR di Limbang pada 18 Jun lepas.

Menjelas lanjut, beliau berkata Muhammad Syafiq juga berusaha mencari kembali pasukan dengan menyusuri jalan yang dilalui sebelum itu tetapi gagal, membuatkannya perlu bertahan sendiri.

“Dalam tempoh lebih kurang dua hari, dia cuba berjalan menyusuri sungai-sungai dan tanda-tanda yang ada untuk kembali kepada pasukan.

“Pada hari kita jumpa itu, dia nampak khemah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan soalan pertama dia adalah ‘ini askar Brunei ke’ sebab dia takut mungkin telah sesat ke Brunei,” katanya pada sidang media Wisma Perwira Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD), Kem Sri Miri, hari ini.


Dalam pada itu, Muhammad Hafizuddeain juga tidak menafikan kehilangan Muhammad Syafiq ada kaitan dengan perkara mistik.

“Realitinya, kita tidak boleh menafikan perkara mistik walau macam mana canggih kita dalam teknologi…mistik sentiasa ada cuma sukar untuk kita buktikan.

“Sebab itulah dalam pencarian, kita juga menggunakan cara tradisional iaitu bantuan daripada Ustaz dan pengamal-pengamal perubatan setempat yang mungkin lebih faham dengan keadaan di situ. Penduduk tempatan juga membantu dan mereka tahu kawasan tersebut agak keras,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata keadaan fizikal, mental dan rohani Muhammad Syafiq kini dalam keadaan stabil dan normal. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SWORKS27 9-7-2024 04:14 PM
perkara yg sukar untuk kita jelaskan secara saintifik..
tapi alam ghaib itu bener....
mistik.....
Quote hokeypokey 9-7-2024 04:19 PM
mujurlah selamat..
Quote misc 9-7-2024 04:25 PM
So logik la dia dah termasuk ke alam mistik. Org ckp 1 hari dunia sana = +-seminggu dunia nyata.
Quote shark_eow7 9-7-2024 04:41 PM
alhamdulillah keluar selamat. semuanya selamat. boleh kembali semula ke pangkuan keluarga dan kerja..
Quote sharlenetexas 9-7-2024 04:49 PM
Mcm masuk time machine.

Quote Kurex 9-7-2024 05:04 PM
helok comel..
Quote ina_na 9-7-2024 05:12 PM
sharlenetexas replied at 9-7-2024 04:49 PM
Mcm masuk time machine.

Ye,dl kat kg iolss kul 12 lebih gitu nangis seorg budak ni..pakaian dia pelik gila ms tu iolss rs..org perempuan pakai baju ala2 kurung Kedah tp berpoket mcm baju melayu..Ade pakcik ckp dia terlepas waktu nk blk tu... Br keluar ni,x pe Kang senja karang dia boleh balik...iolss dgr je..pokcik2 tu ckp senja gan waktu kul 12 mcm tu time dia org keluar msk...dan Ade tempat2 khas nye jugak...salah satu nye dr buluh,ade pakcik tu ajar mslhnye iolss x faham2..
Quote mojarean_X 9-7-2024 05:13 PM
Betul. Herlokk.
Quote BlousePutih 9-7-2024 05:14 PM
Yg bagusnya team SAR gigih & tak putus asa.. tak tamatkan operasi walau dah berhari2 hilang.. tahniah kpd yg hilang & yg mencari. Dgb izinNYA.. dijumpai & menjumpai
Tapi, macam tak tahu pulak punca hilang. Jln blkg sekali ke?
Quote elnor_81 9-7-2024 05:18 PM
Dia ni mmg layak digelar askar. Semangat x putus. Mesti org baik ni..
Quote babynina30 9-7-2024 06:12 PM
Alhamdulillah selamat. Byk lagi yg hilg lps bertahun . Based on komen fmly members dkt tt. Hilg masa ops .
Quote Barebow77 9-7-2024 06:24 PM
Agak2 Acap yang hilang kat Gopeng tue kes mcm nie ke..ke alam sebelah dan rasa sayang nak balik alam asal..maybe rasa alah baru sebulan..nanti2 balik la padahal dah bertahun2..begitu jugak dengan pakcik2 yang hilang kat Pantai Remis tu..dah nk masuk 20 hari tapi maybe rasa baru dua hari lah kot..gituw aiol memandai speku..
Quote TeropongThaico 9-7-2024 06:24 PM
Wah kuatnya semangat dia. Baru sgtkan jumpa tgk gambar atas tu fit dah pun takde lemah mcm tu hari
Quote mawarika 9-7-2024 06:29 PM
ina_na replied at 9-7-2024 05:12 PM
Ye,dl kat kg iolss kul 12 lebih gitu nangis seorg budak ni..pakaian dia pelik gila ms tu iolss rs. ...

Cite la lg… mcm best je…
Quote kotakbaju 9-7-2024 06:31 PM
Barebow77 replied at 9-7-2024 06:24 PM
Agak2 Acap yang hilang kat Gopeng tue kes mcm nie ke..ke alam sebelah dan rasa sayang nak balik alam ...

Buleh jadi betul. Masa di alam sana lambat berlalu tak macam alam kita. Masa lebih cepat.
Quote kotakbaju 9-7-2024 06:33 PM
sharlenetexas replied at 9-7-2024 04:49 PM
Mcm masuk time machine.

Macam masuk laluan masa. Macam citer doraemon pulak.
Quote royaldanish 9-7-2024 06:59 PM
iols tgk gambar2 upacara yg ikut adat Iban di tu, dieorg bawa dua pasu kecil sebagai ‘ganti’ utk permintaan alam sana.
Quote grouper 9-7-2024 07:35 PM
royaldanish replied at 9-7-2024 06:59 PM
iols tgk gambar2 upacara yg ikut adat Iban di tu, dieorg bawa dua pasu kecil sebagai ‘ganti’ utk p ...

Sebab tu dapat jumpa..diorg dah lepaskan. Kes acap n pakcik2 kat pantai remis tu samada x dpt lepas or diorg sendiri x nak balik dah
Quote plywood 9-7-2024 08:15 PM
royaldanish replied at 9-7-2024 06:59 PM
iols tgk gambar2 upacara yg ikut adat Iban di tu, dieorg bawa dua pasu kecil sebagai ‘ganti’ utk p ...

mana?

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-7-2024 02:17 AM GMT+8 , Processed in 0.149929 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top