CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mabuk lepas makan durian dan kopi - “Untuk semua peminat durian, ingatlah berhati-hati dengan apa yang anda gabungkan"

9-7-2024 11:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15611| Komen: 13



PETALING JAYA – Durian mengandungi sulfur dan tinggi karbohidrat manakala kopi mempunyai kafein yang boleh menyebabkan dehidrasi.

Malah, gabungan durian dan kopi boleh menyebabkan tindak balas yang tidak baik kepada badan manusia termasuklah risiko mabuk serta keracunan ringan.

Menerusi perkongsian pakar perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan di Threads hari ini, beliau menyenaraikan beberapa jenis makanan dan minuman yang perlu dielakkan selepas makan durian.

“Elak minum kopi, minuman beralkohol, berkarbonat, produk tenusu, makanan berminyak, pedas serta tinggi protein.

“Jangan gabungkan makanan atau minuman yang boleh beri tekanan berlebihan kepada badan. Selepas makan durian, tunggu sekurang-kurangnya empat hingga enam jam sebelum minum kopi,” katanya.

Dalam hantaran sama, beliau berkongsi antara rawatan yang boleh dilakukan sekiranya mengalami mabuk akibat makan durian.


“Rehatkan badan, minum banyak air kosong untuk bantu singkirkan toksin dalam badan serta makan makanan ringan yang mudah hadam. Jika keadaan tidak bertambah baik, pergi ke hospital untuk rawatan lanjut

“Untuk semua peminat durian, ingatlah berhati-hati dengan apa yang anda gabungkan dengan durian. Durian memang nikmat, tetapi bila salah makan, boleh mudarat,” pesannya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manop 18-7-2024 07:24 AM
hokayyyyy
Quote nisako 18-7-2024 08:18 AM
betul ke pantang ni......takut le pulak nasib bukan sgt minat durian
Quote Weller 18-7-2024 08:29 AM
tah ler....elok je bedal durian dengan kopi o no sugar. huhuhu
Quote monreyes 18-7-2024 01:29 PM
of late lps makan duyan sakit kepala teruk...
kepala rasa besar je mcm alien mars attack tu...
dulu ok je, setakat hadap 3-4 bijik sensorang..tu wat ghaso2 je pada aku..
maybe faktor usia, aku assume segala kandungan durian tu dah jadi berlebihan dlm badan kot..
semalam melantak lagi..aduiii..asyik terbeli je..
Quote ninja boy 18-7-2024 02:07 PM
Edited by ninja boy at 18-7-2024 02:14 PM

Durian kopek semua masuk petias, mkn sikit2 satu hari 5 kali 5 ketul x sempat mengopi terus bantai air masak cam biasa kasi kencing keluar
Org yg ada gout pun sama cam biasa kena minum air byk kasi kencing keluar. Urin tu byk jgn mkn protein daging seafood dan ayam berlebihan, penat ginjal proses.
Quote noor2 18-7-2024 02:15 PM
monreyes replied at 18-7-2024 01:29 PM
of late lps makan duyan sakit kepala teruk...
kepala rasa besar je mcm alien mars attack tu...
dulu  ...

Samala kita...ai baru lepas beli 20 biji durian..mkn 1 biji esoknya terus anxiety,  mood swings, jantung berdebar, pi google nk rendahkan balik level gula dia bg advised suruh mkn berries( blueberries+ strawberry ai beli),  kiwi, nenas, avocado, pisang, anggur...ai pi supermarket terus beli kesemua buah2 ni dlm RM100 ++ belanja buah buah yg dicadangkan ni..baru rasa ok...teruk betul penangan buah doyan...
Quote msdummy.2018 18-7-2024 03:08 PM
Betul petua tuh..tp kalo lepas kopek ko masuk peti , makan esok pagi, should be ok kot..sb gas dia pun dh kurang..

Durian karbohidrat tinggi2...yg ada kencing manis, makan sikit2..aku freezerkan dn kuar sikit2 tuk makan...
Quote monreyes 18-7-2024 05:03 PM
noor2 replied at 18-7-2024 02:15 PM
Samala kita...ai baru lepas beli 20 biji durian..mkn 1 biji esoknya terus anxiety,  mood swings, j ...

dedulu mkn banyak takat panas badan je...
skrg lain mcm perginya...berbintang2...

Quote kemaruk 18-7-2024 05:09 PM
Dulu pernah femes kes orang mati makan durian dengan minum cokacola, sampai berbuih buih mulut

Betul ke?

Atau sama tipu macam kes bangla jatuh tangki cocakola
Quote kakikuDibibirmu 18-7-2024 05:18 PM


[youtube]bm9SYvhsfeI[/youtube]
Quote Tumpang-Sibok 20-7-2024 09:12 AM
dasar kentot busuk
Quote mejaputih 20-7-2024 09:23 AM
Dah berusia ni dah takleh bedal durian fresh yg baru kopek..gas dia tu adui buat mabuk..dah la iols  drive masa tu asyik la sendawa bau durian..kalau mkn pil charcoal ok tak utk legakan gas tu?
Quote nolya 20-7-2024 09:29 AM
nisako replied at 18-7-2024 08:18 AM
betul ke pantang ni......takut le pulak nasib bukan sgt minat durian

Betul, saya pernah alaminya, iaitu makan durian kemudian minum kopi, terasa dunia ni berpusing2.  Mujurlah makan tak terlalu banyak. Shnga hari ini  saya berjaga2 untuk tidak minum kopi selepas makan durian.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.039538 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top