CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Satu perkara yang saya bersyukur hidup di negara ini ialah rakyat Malaysia pemaaf" – Shuk Sahar tidak lagi dikecam

9-7-2024 11:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 20211| Komen: 25


Bekas penyampai radio, Shuk Sahar bersyukur apabila kemunculan semula dalam industri seni diterima baik terutama selepas mendirikan rumah tangga bersama Fara Salleh November lalu.

Menurut Shuk atau nama sebenarnya Mohamad Shukri Mohamed Sahar, 38, perkara positif itu dilihat berlaku selepas ‘digam’ daripada menerima sebarang tawaran lakonan dan pengacaraan selama dua tahun iaitu ketika namanya dihambat dengan kontroversi.

“Satu perkara yang saya bersyukur hidup di negara ini ialah rakyat Malaysia pemaaf. Saya lihat penerimaan orang sudah semakin baik.

“Kita tahu kalau kita melakukan sesuatu yang salah mereka akan marah tetapi kalau kita buat sesuatu untuk membetulkan keadaan, mereka terbuka dan menerima.

“Berbanding dulu kalau orang nampak kami bersama orang akan kecam, sekarang kalau muat naik foto bersama apa pun orang tak kecam, orang okey,” katanya pada sidang media Dol’s Podcast bersama Shuib dan Fizie di Tasty Chapati, di sini, hari ini.


Berkongsi tentang rumah tangga bersama Fara, Shuk berkata, majlis pernikahannya hanya diadakan secara sederhana sahaja.

“Kami buat secara ringkas sahaja sebab saya perlu menjaga banyak hati yang saya tak boleh puaskan.

“Jadi saya ambil keputusan kita jalankan dulu apa yang wajib. Manalah tahu tiba-tiba ada rezeki lebih, mungkin kita boleh buat kenduri lain dan saya akan jemput,” katanya lagi.


Terdahulu, sebelum bersama Fara, Shuk pernah mendirikan rumah tangga dengan Rossa Sera pada 2015 tetapi bercerai pada 22 Mac 2023.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assyifatu Aimi, 5 tahun.

Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 10-7-2024 06:12 AM
Pemaaf?
No.
Cepat lupa?
Yesh.
Quote bambimo 10-7-2024 06:53 AM
Edited by bambimo at 10-7-2024 06:55 AM

Tercapai la impian wife nk kawen dgn artis .
definisi sekufu..Birds of a feather flock together
Selamat berbahagia
Quote akuMNdia 10-7-2024 07:09 AM
bambimo replied at 10-7-2024 06:53 AM
Tercapai la impian wife nk kawen dgn artis .
definisi sekufu..Birds of a feather floc ...

tak dapat shah jazle, dapat shuk pun jadi laa

Quote lee_sakura 10-7-2024 07:14 AM
pemaaf tp netizen xblh lupa...
Quote pocongkiutss 10-7-2024 07:22 AM
Mmg pemaap pun

Ira zakar & yahooda tersinyum manis
Yahooda paling disochikan skali yach..bagus taktik dia acah2 jd 3rd party masuk porem

Ruhainies kemut bolehlah tiru taktik dia..yg penting ..KO DIAM..Jgn nk acah2 kunun maafkan org lain la..Allah shayang la..bla bla bla Once ko diam di medsoc ko akan auto suchi di mata netijen especially acik porem..hakikat
Quote matjerk 10-7-2024 07:28 AM
Netizen tgk jugak siapa pelakunya.. ada yg netizen maafkan... ada yg netizen x maafkan...

Nak dimaafkan, bila buat skandal, kau kena nangis2... n klu ada aib pasangan, kau dedahkan, maka tumpuan akan beralih kepada pasangan.  Hal skandal kau, akan dilupakan.

Dan lagi satu, kau dah bujang kan skrg? So takde lagi istilah "curang". Yg kau boleh cuba adalah menyondol bini org.  Dah ada contoh, penyondol versi lelaki yg dimaafin ummah. Tak diboikot. Malah disanjung2.

But, buat apa nk sondol bini org, janda pun ramai.  Ada janda ni... (seorang anti penyondol) baru2 ni kantoi menyondol laki org. Cuma x berlaku step seterusnya. Sebab laki org tu x melayan. Laki org tu pun, pilih2 gak agaknya.. boleh lah syuk try.  Padan dgn syuk.
Quote red_velvet 10-7-2024 07:33 AM
Gelinya si boroi ni.. muka tembok!...sape maafkan ko? Ko tak buat salah pun tapi dengan appearance selekeh ko, dengan mulut suka double meaning ko, dengan suara kahak tebal ko, dengan perut boroi menggelebeh ko -- semua benda jadi dosa kat mata aku . Menyampah tebgok ko dalam tv... Tak pernah aku tengok pun ko hosting ke, ko berlakon ke, melawak ke . Geli .. tolong jqngan perasan!
Quote pocongkiutss 10-7-2024 07:41 AM
matjerk replied at 10-7-2024 07:28 AM
Netizen tgk jugak siapa pelakunya.. ada yg netizen maafkan... ada yg netizen x maafkan...

Nak dimaa ...

"Nak dimaafkan, bila buat skandal, kau kena nangis2... n klu ada aib pasangan, kau dedahkan, maka tumpuan akan beralih kepada pasangan.  Hal skandal kau, akan dilupakan"

Kalau nk mengata nabelah..alipnajis pun guna taktik sama..dh kantoi berskandal dgn kemut..didedahkan aib nabelah utk alih tumpuan khenzzz

Kalau nk ngata ratu porem gigi..ex laki dia pun sex text berskandal sebelom kahwin dgn skandal..perangai dia yg mereng tu pun sama jah dgn ex laki..cuma bonus penyondol dah diam.. auto nampak sochi siap org concern dgn mental health penyondol pulek skrg..hahahaha..dia dulu pun sondol smpai si bingai jd gila meroyan sbb satu2nya pencapaian hidup bingai ialah berkawin dgn pizroshdi lembam . Pizroshdi lembam kalau mmg shuringai tu perangai hanjeng skalipun.. ceraikan dulu sebelum ko nak get back dgn ex gelpren ko yg sama huduh tu !!
Quote bvsf06 10-7-2024 07:59 AM
pocongkiutss replied at 10-7-2024 07:41 AM
"Nak dimaafkan, bila buat skandal, kau kena nangis2... n klu ada aib pasangan, kau dedahkan, maka  ...

Preach!
Quote matjerk 10-7-2024 08:11 AM
pocongkiutss replied at 9-7-2024 11:41 PM
"Nak dimaafkan, bila buat skandal, kau kena nangis2... n klu ada aib pasangan, kau dedahkan, maka  ...

Betul tu.
Quote September14 10-7-2024 08:26 AM
Ntahla x folo sgt kesah rumahtgga dia ni tp dia sesuai jd host yg racngn teka penyanyi tu… yg skg ni ntah hapa2
Quote myhairisbad 10-7-2024 08:36 AM
Yela byk lg masalah lain dlm dunia ni.. netizen ni pun ada suis on off mengecam. Bukan la pemaaf pun, kecam tu pula ikut isu apa tgh trending.
Quote TomyamPuteh 10-7-2024 08:56 AM
Untung Syuk dpt kawin bekas Syuk jugak.
Quote slyfynx 10-7-2024 09:00 AM
“Berbanding dulu kalau orang nampak kami bersama orang akan kecam, sekarang kalau muat naik foto bersama apa pun orang tak kecam, orang okey,” katanya pada sidang media Dol’s Podcast bersama Shuib dan Fizie di Tasty Chapati, di sini, hari ini.


Ko kene paham, org bukan okay kalau ko upload gmbr bersama. Org dah x amik tau.
Quote KamikuP 10-7-2024 02:10 PM
Hujung2 si gundu ni kena sondol dengan ex bini melopong si farra ekekekeke
Quote hokeypokey 10-7-2024 04:01 PM
eh thread dia lagi, dh stop kecam sbb ko pun dh menikah, ex ko plak sibuk sondol laki org lain
Quote christmaseve 10-7-2024 04:23 PM
red_velvet replied at 10-7-2024 07:33 AM
Gelinya si boroi ni.. muka tembok!...sape maafkan ko? Ko tak buat salah pun tapi dengan appearance s ...

semua benda jadi dosa kat mata aku

Ahahhahahahahahha
Quote goldcarrot 10-7-2024 04:31 PM
Reverse psychology ka? Mcm menganjing pon ada
Quote jihyomelly 10-7-2024 04:37 PM
bekas dpt bekas…helok la sgt!

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.043451 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top