CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Operasi balai polis berjalan seperti biasa walaupun pintu pagar ditutup - KPN

10-7-2024 08:17 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5947| Komen: 5



Kuala Lumpur: Arahan penutupan pintu pagar balai polis di seluruh negara selepas 10 malam tidak akan menjejaskan proses penyampaian perkhidmatan polis kepada masyarakat apabila ia dilaksanakan.

Arahan itu akan dilaksanakan selepas prosedur operasi standard (SOP) arahan itu disiapkan oleh Jabatan Pengurusan, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, pelaksanaan arahan itu ketika ini tertumpu di balai yang hanya mempunyai kekuatan penugasan dua anggota pada waktu malam.

"Seorang anggota bertugas sebagai prowler (balai pengawal) manakala seorang lagi bertugas di bahagian inkuiri (kaunter laporan polis).

"Secara amnya penugasan dua anggota ini wujud di balai polis di kawasan terpencil dan luar bandar, namun ia juga turut merisikokan keselamatan anggota terhadap sebarang ancaman seperti yang berlaku di Balai Polis Ulu Tiram," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Razarudin berkata, penutupan pintu pagar balai polis bukannya bermaksud sesebuah balai itu ditutup, namun ia tetap beroperasi secara normal dalam memudahkan proses penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat setempat.

"SOP pelaksanaan arahan ini akan dibentangkan oleh Pengarah Jabatan Pengurusan Datuk Seri Azmi Kassim, sebelum dilaksanakan secara berperingkat di balai-balai, terutamanya kawasan terpencil dan luar bandar.

"Seperti yang ditegaskan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution, kita seharusnya mengimbangi bahawa balai polis adalah tempat rakyat mengadu dan pada masa sama balai polis turut menjadi sasaran ancaman, jadi kita seimbangkan antara dua keperluan itu," katanya.

Beliau turut mengulas bahawa sebarang proses pengaduan dan membuat laporan di balai polis berjalan secara normal.

"Orang ramai boleh meletakkan kenderaan mereka di kawasan lapang yang tidak mengganggu kelancaran lalu-lintas tidak jauh dari kawasan balai polis ketika berurusan selepas 10 malam.

"Secara normal, anggota yang bertugas di Pos Pengawal Balai Polis akan merekodkan tujuan kehadiran ke balai polis sebelum dibenarkan masuk untuk berurusan dengan anggota inkuiri," katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan semua balai polis di seluruh negara diarah menutup pintu pagar premis itu pada 10 malam, susulan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru pada 17 Mei lalu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilapor berkata, ia adalah antara arahan yang dikeluarkan dalam usaha memperketat keselamatan dan bersiap siaga atas sebarang kemungkinan pencerobohan atau tindakan luar jangka ke atas balai polis.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 10-7-2024 09:56 AM
SOP baru ni iols sokong jer. sbb nak pastikan keselamatan anggota kan.
Quote Momohizan 10-7-2024 10:11 AM
Lepas ni kalau ada orang follow I kat highway memalam lepas pukul 10, kena call polis la, tak boleh drive terus gi balai. Nak parking, pastu jalan kaki...kalau sensorang habis kot kena rompak
Quote blue_blur 10-7-2024 10:21 AM
bukannya semua baca berita.... gantung la signboard kat pagar tu, "open"
Quote kakigebang 10-7-2024 10:50 AM
Momohizan replied at 10-7-2024 10:11 AM
Lepas ni kalau ada orang follow I kat highway memalam lepas pukul 10, kena call polis la, tak boleh  ...

Ko drive je gi balai...polis ada jepengawal kat gate tu 24 jam...

Quote Momohizan 10-7-2024 11:11 AM
kakigebang replied at 10-7-2024 10:50 AM
Ko drive je gi balai...polis ada jepengawal kat gate tu 24 jam...

I pembaris.

I baca ...""Orang ramai boleh meletakkan kenderaan mereka di kawasan lapang yang tidak mengganggu kelancaran lalu-lintas tidak jauh dari kawasan balai polis ketika berurusan selepas 10 malam."

Ye kan, boleh je berenti depan gate balai.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.333150 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top