CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Foto perkahwinan tular, peminat terkejut Ben Ladin sudah bergelar suami - “Dulu layan dia dekat program Idola Kecil”

10-7-2024 08:43 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8880| Komen: 24



PENYANYI Ben Ladin dilaporkan sudah mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya dikenali sebagai Shida.

Berita gembira itu disahkan oleh seorang wanita dipercayai ibu saudara kepada pengantin perempuan dikenali sebagai Hamidah menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Hamidah dalam hantaran tersebut memberitahu menghadiri persandingan anak saudaranya dengan Ben atau Muhammad Benladin Munshi Shaihan, 23, namun tidak menyatakan tarikh sebenar perkahwinan pasangan berkenaan.

"Persandingan anak buah dengan pasangannya Ben Ladin. Semoga kekal Bahagia hingga ke Jannah," katanya.

Dalam pada itu, menerusi video yang viral di aplikasi TikTok, Ben dilihat mengenakan pakaian sut berona biru manakala pengantin perempuan memakai gaun serba putih.

Penyanyi itu juga memakai inai di tiga jarinya dan memeluk wanita berkenaan di penghujung video tersebut.


Perkara itu dikongsi oleh akaun TikTok @frzdzhlmi yang merupakan jurukamera untuk majlis nikah dan resepsi Ben dan isteri.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen terkejut dengan perkara itu namun mendoakan hubungan mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat.

"Lah dah kahwin? Ingat lagi dulu layan dia dekat rancangan Idola Kecil kat TV9.

"Ben dah kahwin? Aku tetap pandang dia macam budak-budak lagi.

"Ni tanda aku dah tua ke? Dulu tengok kecil je dia ni, sekarang tahu-tahu dah kahwin," tulis netizen di ruangan komen.



Sementara itu, Ben belum membuat sebarang kenyataan berhubung perkahwinan tersebut atau memuat naik sebarang hantaran berkaitan hari bahagianya di media sosial.

Usaha mStar mendapatkan komen Ben mengenai perkahwinannya itu tidak berjaya apabila panggilan dan mesej dihantar tidak dibalas.

Sumber : Mstar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 10-7-2024 08:48 AM
Adoi
Iols tengok tajuk teringat ben amir
Ingat dia
Rupanya iols salah baca
Quote areyam 10-7-2024 09:06 AM
teringat movie dia belakon... Jeng Jeng Upin Ipin...
Quote asma87 10-7-2024 09:09 AM
Teringat aku drama dia Jadi anak yatim...Si oyen jadi bapak sedara...pompom jadi penjaga dia...dah berbini pon ko yer ..
Quote mamapea 10-7-2024 09:13 AM
tahniah...ingat dok kecik lg rupanya dh jd suami org...
Quote lasagna 10-7-2024 09:17 AM
tahniah Ben, kaka terasa tuek yaaa!
aphal jodoh kau awal dik...
comel bini hang.
Quote lilacomot 10-7-2024 09:39 AM
tahniah dik oiii...akak rsa ko cm bdk2 je lg..rupenye akak yg dh tua...
Quote SalenaGomez 10-7-2024 09:42 AM
Tahniahhh…SG tpaksa google ben ladin ni. Sbb mmg xdo astro n xpernah tgk drama nya. Jeng jeng upin ipin tu xperasan mamat ni yg mana
Quote Nenolen 10-7-2024 09:50 AM
Alhamdulillah...tahniah Ben dan isteri...selamat pengantin baru...

teringan acik2 porum cakap ko mcm pengkid...hehehe
Quote BoongaKertas 10-7-2024 09:53 AM
tahniah ben. comel pengantin.
Quote intan_smsb 10-7-2024 09:56 AM
besar da budak ni
Quote mizruncing 10-7-2024 10:00 AM
congrats dik. nampak matured
Quote bitterchoc 10-7-2024 10:36 AM


Apsal ler parents bagi nama mcm ni. Tak pasal2 heols gi travel obersi mesti immi sana nak interview lah itu lah ini lah.
Quote supernaturalee 10-7-2024 11:06 AM
Nenolen replied at 10-7-2024 09:50 AM
Alhamdulillah...tahniah Ben dan isteri...selamat pengantin baru...

teringan acik2 porum cakap ko mc ...

that time jgk, masa interview mode hadek2


ni mcm terkejut, kawen plk dak ni


Quote TomyamPuteh 10-7-2024 11:11 AM
Tahniah.Kecik2 dulu comel dan pandai berlakon.
Quote Incanto 10-7-2024 11:17 AM
Tahniah…comel pengantin
Quote telracs 10-7-2024 03:08 PM
Ingatkan Zara Zya pengantin pempuan tu.... salah rupanya...
Quote hokeypokey 10-7-2024 03:51 PM
dh besar budak ni, dh kawen dh pun..
Quote akaisora 10-7-2024 11:21 PM
tahniah ye dik.awal jodoh kau sampai.
Quote CurangLagi 11-7-2024 09:07 PM
Tgk IGs ben ni..katanya jgn buat spekulasi.. apakah. Hahahaha..baidewei ben ni mcm2 dia buat. Masa zaman PKP tu aktif juga niaga online. Selamat pengantin bayuuuuu oyenn.hihii

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 06:20 PM GMT+8 , Processed in 0.145555 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top