CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Najib Tampil Menjawab Mengapa Harga Barang Naik

19-12-2015 09:44 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 11266| Komen: 98

Oleh Adib ZA

Perdana Menteri akhirnya tampil menjawab mengenai isu hangat masa ini iaitu berkenaan kenaikan harga barang dan juga perkhidmatan.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau amat memahami situasi ini dan kerajaan sentiasa berusaha sedaya upaya untuk mencari jalan meringankan beban rakyat.

“Saya amat memahami isu kos sara hidup rakyat. Namun, perlu saya menerangkan punca sebenarnya mengapa sesetengah harga barang dan perkhidmatan naik,” ujarnya menerusi blog milik beliau.

“Apabila harga minyak mentah dunia turun, maka pendapatan kerajaan berkurangan. Dalam konteks ini, dijangka lebih daripada RM30 bilion pada tahun hadapan. Maka sukarlah untuk kerajaan melakukan campur tangan seperti menambah subsidi.


(Sumber foto: Mstar Online)

“Analoginya, sekiranya kita sebagai seorang individu diturunkan atau dikurangkan pendapatannya, maka terbataslah kebolehan dan kemampuan kita untuk berbelanja.Samalah dengan kerajaan, terbatas dalam kebolehan serta kemampuan apabila pendapatan negara berkurangan,” katanya.

“Namun, ada pihak yang cuba mengelirukan masyarakat tentang punca sebenar kenaikan harga barang dan kejatuhan Ringgit. Mereka cuba menyalahkan kerajaan semata-mata, walhal kerajaan sedang berusaha dengan gigih mencari jalan bagi mengawal harga barang yang naik akibat faktor luaran,” katanya. - CARI Infonet


16

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zach2008 18-12-2015 04:37 PM
Sedang berusaha gigih... apa usaha gigih tu?
Sedang, akan, merancang... dah sebijik macam indon
Quote dino 18-12-2015 04:40 PM
tp kebolehupayaan rosmah n kroni utk menghbiskan duit rakyat.... tdk terbatas bkn?.....
Quote kambeng_masam 18-12-2015 04:40 PM
tang masa harga minyak tinggi apa malaysia buat untuk bantu rakyat? time ko susah ko tekan rakyat, time ko senang ko tibai duit rakyat jugak. hang bagi bunuh semua rakyat malaysia mcm syria kan lagi senang. hang dengan anak beranak hang saja bagi hidup sudah.
Quote Skuau 18-12-2015 04:42 PM
Minta pakar ekonomi yg 'berkecuali'(x pro mana2 parti politik)mengulas isu ini.Rakyat ingin memahami drp sudut 'sebenar-benar perkara'.
Quote dino 18-12-2015 04:43 PM
kambeng_masam replied at 18-12-2015 04:40 PM
tang masa harga minyak tinggi apa malaysia buat untuk bantu rakyat? time ko susah ko tekan rakyat, t ...

time minyak naik bg alasan naikkan harga minyak.... time minyak turun buat2 sonyap
ko takyah ckp byk la bijan..... sluruh rakyat msia sumpah ko hari2.... ko tunggu la balasan kat sana nanti.... balasan utk pemimpin yg zalim...
Quote kambeng_masam 18-12-2015 04:47 PM
Skuau replied at 18-12-2015 11:42 AM
Minta pakar ekonomi yg 'berkecuali'(x pro mana2 parti politik)mengulas isu ini.Rakyat ingin memahami ...

dalam kepala otak najib..logiknya, rakyat malaysia kasi mampuih buang! aku PM aku punya pasal la apa aku nak buat. ko rakyat hina duk diam2! kalau tak aku kasi sengat!
Quote gekkou 18-12-2015 04:51 PM
hujung2 nasib najib jadi macam mustafa kamal artartuk
seksanya
hari2 rakyat doa utk beliau
Quote Simunggu 18-12-2015 04:55 PM
bila harga minyak turun pendapatan Petronas pun kurang oleh itu pendapatan negara juga kurang....harga barangan naik sebab penjual ambil kesempatan dan menyalahkan GST....cuba kita pengguna pakat jangan beli tengok mcm mana apabila supply lebih dari demand mcm minyak apa sudah jadi....
Quote krustykrab 18-12-2015 04:58 PM
dah ko kutip gst kepala bana, ko kata mcm ni pulak....

duit gst yg banyak2 tu ko nak buat apa pulak?
Quote Steelheart 18-12-2015 05:00 PM
GST dlm tempoh 6 bln dh collect 30b katanya.....so, duit tu nk watpe?
Quote periakuning 18-12-2015 05:02 PM
Tapi punca pendapatan negara minyak sahaja ke? Kena kurangkan production untuk stabilize kan harga right?
Ataupun Mungkin kita kena balance kan balik..

At least beras kalau kita buleh produce untuk keperluan negara banyak buleh jimat kos import..

Kelapa sawit dan getah dah takde sumbangan ke? Umm..takpelah..diharapkan kegawatan ni berakhir secepat mungkin..
Quote batmana 18-12-2015 05:05 PM
kalau negara berkurang pn pendapatan.
yg ko dgn bini,anak branak ko belanja cm billionaire tu apasal?

ko tu bill gates ka?
Quote albedah 18-12-2015 05:09 PM
Steelheart replied at 18-12-2015 05:00 PM
GST dlm tempoh 6 bln dh collect 30b katanya.....so, duit tu nk watpe?

Duit tu buat belanja Rosmat laaaa.. Keperluan Rosmat pun meningkat gak ekorang dari kenaikan harga barang.. lagi tamau paham.

Quote dubuk 18-12-2015 05:11 PM




Quote dubuk 18-12-2015 05:14 PM
ayuhh! bekerja sampai tua renta
Quote hatikudus 18-12-2015 05:17 PM
Steelheart replied at 18-12-2015 05:00 PM
GST dlm tempoh 6 bln dh collect 30b katanya.....so, duit tu nk watpe?

Nak buat bayar utang kjaan yg berbilion jugak, utang yg dicipta sdiri utk kepentingan sdiri
Quote v(T.T)v 18-12-2015 05:25 PM
Apabila harga minyak mentah dunia turun, maka pendapatan kerajaan berkurangan. Dalam konteks ini, dijangka lebih daripada RM30 bilion pada tahun hadapan. Maka sukarlah untuk kerajaan melakukan campur tangan seperti menambah subsidi.


Masa harga petroleum naik, tak dengar pulak ko kata pendapatan negara meningkat kurangkan harga minyak. So, petroleum naik harga barang pun naik, petroleum turun harga barang naik juga.
Quote azman1 18-12-2015 05:30 PM
Yg x suka Najib ni nanti PRU 14 undi sapa ? DAP ,PAS , AMANAH , PKR ? Kalau BN menang Najib masih PM ...Kalau PR menang samada Guan Eng ,  Mat Sabu , Wan Azizah jd PM , kalau PAS menang Hadi Awang jd PM ..so sapa pilihan korang ? Keh keh keh...
Quote AbukRokok 18-12-2015 05:31 PM
ini dah ketentuan illahi.. rakyat dan pemerintah kne terima

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.100907 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top