CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pasangan pempengaruh yang ditahan reman disyaki kaut RM3 juta sejak 2020

11-7-2024 06:07 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 25089| Komen: 18




Pasangan pempengaruh yang ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan kes penyelewengan dana derma awam, disyaki sudah melakukan perbuatan itu sejak 2020.

Sumber berkata, siasatan mendapati kutipan derma diseleweng apabila tidak disalurkan dengan cara yang betul.

"Dianggarkan kutipan derma terbabit mencecah kira-kira RM3 juta dan siasatan masih di peringkat awal.

"Pada masa sama, dua lagi suspek turut ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes sama," katanya.

Keempat-empat suspek ditahan antara jam 6.30 petang hingga 11 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan pasangan suami isteri yang juga pempengaruh yang tular berhubung kes derma awam direman empat hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan.

Turut direman, dua lagi lelaki iaitu pengarah dan pemegang saham terbesar platform kutipan derma berkait kes yang sama.

Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin mengeluarkan perintah terhadap pasangan yang mencipta kontroversi berhubung masalah rumah tangga itu, selepas membenarkan permohonan daripada pihak SPRM.

Sebelum ini, pempengaruh terbabit menerusi peguamnya menafikan semua dakwaan penyelewengan dan pecah amanah membabitkan dirinya seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Pasangan suami isteri itu turut menegaskan dia dan suami tidak pernah menggunakan wang itu untuk tujuan peribadi.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 11-7-2024 06:28 PM
tergelak aku nengok gambar yg dikaburkan.. sampai tak bleh teka langsung siapa orangnya..
Quote royaldanish 11-7-2024 06:45 PM
tu la… dulu sedapppp sangat nipu kawen dua pastu bini pulak tersakiti

adan uke…
Quote wikedsaikel 11-7-2024 06:51 PM
2nd wife mana
Quote cintasuraya 11-7-2024 06:53 PM
Kena blur muka pun

Org tetap kenal lah
Quote noell 11-7-2024 06:53 PM

jaga anak tiri??
Quote makneng 11-7-2024 07:09 PM
Padan muka!!! Acah2 alim, tunggang lagi!!! Tunggang!!!’
Quote Enola 11-7-2024 07:13 PM
They look good on orange
Quote downiey 11-7-2024 07:37 PM
naseb ttp muke, kalo x mesti org tau tu aliff tegahh
Quote Rogue98 11-7-2024 07:50 PM
Wahhh ecahhh.....selalu pakai semua hitam...harini oren..
Quote Zezo 11-7-2024 08:02 PM
Orange is the new black .

Kan sebelum ni, kerap pakai warna hitam.
Harini warna oren yerrr..

Quote azurro 11-7-2024 09:01 PM
Syarikat pengutip derma jaa.. budak tadika pun boleh buat, saya ingat syarikat perniagaan produk2 apa bagai. Sembang syarikat bukan main hebat.
Quote Hoola 11-7-2024 09:16 PM
steadi dia x katup muka ya
Quote aienul 11-7-2024 11:38 PM
azurro: Syarikat pengutip derma jaa..  ...

Rasanya ecah ada jual tudung, sebab kawan saya pernah cerita beli tudung ecah tu. Diorang ada tulis buku motivasi ke apa ntah
Quote Purestteam1 12-7-2024 05:37 AM
apa nak jadila
Quote shark_eow7 12-7-2024 09:14 AM
geng scammer lain tgh bz clerkan account la kot sekarang..
Quote prettygood 25-7-2024 01:32 AM
3juta mat..
Quote noor2 25-7-2024 05:29 AM
Merasala jd banduan pakai baju kuning
Quote noor2 25-7-2024 05:30 AM
royaldanish replied at 11-7-2024 06:45 PM
tu la… dulu sedapppp sangat nipu kawen dua pastu bini pulak tersakiti

adan uke…

Mmg x kawin dua ke...

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-9-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.047984 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top