CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nurul Shuhada Tarik Balik Kes Terhadap Hafidz Roshdi - "Memang Kami Bersetuju Untuk Berdamai Secara Baik"

12-7-2024 01:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 32048| Komen: 393



Pelakon, Hafidz Roshdi, 30, bersyukur apabila bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri menarik balik kes menumbuk pipi kiri yang didakwa dilakukan Hafidz pada 13 Mac lalu sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, di sini, hari ini.

Hafidz ketika ditemui di Mahkamah Majistret di sini, berkata, ini adalah berita gembira untuknya dan berharap dapat menjelaskan kepada orang ramai bahawa mereka sudah berdamai.

"Alhamdulillah, saya rasa sangat berpuas hati. Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada media yang datang. Terima kasih banyak-banyak. Tentunya rasa gembira. Alhamdulillah rasa bersyukur. Selama ini memang dah tenang, hari ini lagi tenang.

"Saya rasa ini berita yang sangat gembira untuk saya. Saya harap ini membuka mata kepada orang-orang di luar sana, bahawa kami sudah berdamai. Tak ada konfrontasi dan sebagainya," katanya.

Ditanya sama ada keputusan yang dibuat Shuhada itu ada elemen provokasi atau ugutan, Hafidz berkata, tidak ada sebarang isu.

"Tak ada sebarang isu atau sebarang provokasi yang berlaku. Memang kami bersetuju untuk berdamai secara baik. Semuanya secara baik.

"Saya harap semuanya berdamai dan berjalan dengan baik. Isu anak-anak itu dapat diselesaikan dengan baik," katanya.

Ditanya mengenai keadaan kesihatan mentalnya, Hafidz berkata, ia semakin stabil dan kini masih lagi menerima rawatan bulanan.

"Alhamdulillah tak ada masalah. Saya pun setiap bulan ada menjalani pemeriksaan dengan doktor dan makan ubat. Makin sihatlah.

"Setiap bulan saya berjumpa doktor untuk dapatkan maklumat terkini keadaan kesihatan saya di Hospital Shah Alam.

Shuhada bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah untuk prosiding semalam.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hanihan16 12-7-2024 02:13 PM
ayat last sekali, utk prosiding semalam? semalam ke hari ni?
Quote penmerah 12-7-2024 02:17 PM
Alahaiii tarik kes pulak
Kalau tak boleh porumers makan maruku enjoy drama sebalik tabir yg dilondeh dlm mahkamah
Quote Manusiabesa 12-7-2024 02:17 PM
Kikiki. Bole ekk berantem kt highway sampai laki blnja penumbuk sedass kt rnr ? Kitonyor singgah rnr kencing berak solat mkn. Kdg tu lena 2jam, nk sambung perjalanan. Doa bg slmt smpai. depa sempat gaduh, smpai bertumbuk. Mcm xda masa kt rumah nk gadoh bhahahahaha. Aku paling xsuka nk spoiled mood travel dgn menda2 negatip. Aku nk njoi , singgah beli a cup of costa. Sungai buloh suka masuk family mart beli onigiri . Sg buaya ni kt mana pulak. Area rawang ke ???????!
Quote Nenekjiwang 12-7-2024 02:18 PM
Mana semorang? Kesian sy takleh masuk bod yg berpagar ???????? haha
Quote hanihan16 12-7-2024 02:21 PM
Nenekjiwang replied at 12-7-2024 02:18 PM
Mana semorang? Kesian sy takleh masuk bod yg berpagar ???????? haha

bod mana yg berpagar? yg rumah flat tu ke? level berapa pagarnya?
Quote chandrahusin 12-7-2024 02:39 PM
bagus lah berdamai
buang masa je bergaduh
Quote menjad 12-7-2024 02:40 PM
Pung pang gitu gini.. last2 tarik kes. Hawauuuuu
Quote BellaThePrinces 12-7-2024 02:45 PM
berani kerana benar la sangat......apo ngai......
Quote cikperiukkera 12-7-2024 02:46 PM
menjad replied at 12-7-2024 02:40 PM
Pung pang gitu gini.. last2 tarik kes. Hawauuuuu

Tu la psl… dua2 sampah. Aritu kemain spill the tea laki berenjut bagai tp nan hadooo vibe dr netijen x se hype mcm kes ps sol dulu.
Quote PejuangBerani 12-7-2024 02:58 PM
BellaThePrinces: berani kerana benar la sangat......apo ngai......


mmg suspicious die tarik kes..dah pumpang sini sana..dan die yakin die kene tumbuk..why tarik kes..demi keadilan katonyo proceed laaaa

Quote prince_marhaen 12-7-2024 03:02 PM
SURENGAIIIII takooottttt ke banyak lagi bukti dia ajak si BIOL tu kongkekkkk dalam kereta sampai kena debik? hahahahahahaha...
Quote matjerk 12-7-2024 03:05 PM
Laaa tarik balik ke... habih tu.. yg dah berkumpul kau suruh bawak sepanduk kat KKB NI.. mcm mana ni? Duit sepanduk pun x habih byr lagi.
[twitter]https://twitter.com/obijuekto/status/1808540876110713005[/twitter]
65_3000_0 s(1).jpg
Quote sk8er 12-7-2024 03:20 PM
matjerk replied at 12-7-2024 03:05 PM
Laaa tarik balik ke... habih tu.. yg dah berkumpul kau suruh bawak sepanduk kat KKB NI.. mcm mana ni ...

Suara mcm lawyer yg viral kat tt tu...dia ke PL? hmmm
Quote marchikobonzo 12-7-2024 03:29 PM
Alah..kejap nau, tak sempat nak dengar "kebenaran" ngai..
Quote christmaseve 12-7-2024 03:29 PM
matjerk replied at 12-7-2024 03:05 PM
Laaa tarik balik ke... habih tu.. yg dah berkumpul kau suruh bawak sepanduk kat KKB NI.. mcm mana ni ...

Lawak betul troll PL ni
Quote PejuangBerani 12-7-2024 03:33 PM
matjerk replied at 12-7-2024 03:05 PM
Laaa tarik balik ke... habih tu.. yg dah berkumpul kau suruh bawak sepanduk kat KKB NI.. mcm mana ni ...

adoii lawaknya..
Quote Binodino 12-7-2024 03:44 PM
Baguslah kalau betul2 berdamai. Jangan ada pulak sesi melondeh lepas ni. Jangan ada pulak sesi throwback kisah silam penuh penderitaan masa buat live, semata2 nak kumpul view & jual produk.
Quote anilanil 12-7-2024 03:49 PM
Seiras pulak muka shu & mantan suami kat gambar atas tu. Mudah-mudahan kembali sebagai yg kedua. Bole honeymoon di hotel potetoes...
Quote anggeriklatifah 12-7-2024 03:54 PM
Edited by anggeriklatifah at 12-7-2024 03:57 PM

Lol. .ngai puihcess tak datang ke
Penat laaaaa pompuan yg kena cerai dek laki ambil cuti harini  semata2 nak bawakk sepandukkk untuk menyokong ngaiii puihhcesss
Sekali tak dtg lak idola dan icon kepada pompuan kena cerai dek laki
Ngai2 kau memag tak hargai peyembah kau eh..sekali diorng turn back sokong yuhada baru kau tau

Lihat semua komen(393)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 08:17 AM GMT+8 , Processed in 0.181104 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top